Menu posa enam

 Hari ni, saya share gambar makanan je la. 

Mula hari ketiga, baru teringat nak ambil gambar.


Nasi goreng masak waktu sahur hari ketiga puasa enam. Ada masukkan sekali beberapa ketul daging masak hitam.


Tortilla ayam, pertama kali beli di kedai burger dekat rumah. Kedai burger dia lain sikit, selain burger biasa, burger crispy pun ada. Ada deep fryer kedainya. Kenyang juga makan tortilla ni. Inti ayam di dalam boleh tahan. Ada salad juga. Makan waktu berbuka hari yang sama.


Lepas solat maghrib, suami ajak mengopi. Hari hujan pula. Pergi Richiamo Coffee di Manjung Point. Pesan 2 americano, satu ais dan satu panas. Dua-dua tanpa gula. Terbeliak biji mata. Pertama kali cuba Salted Egg Yolk Croissant. Jumlah harga mengopi RM24.70.


Kek lapis Sarawak, perasa lumut cheese. Hari-hari sejak hari raya pertama, saya potong kek lapis yang kakak kedua dari Kuching bawa. Satu hari, satu perasa. Paling sedap, yang luxury cadbury, saiz pun lebih besar dari kek lapis biasa. Yang tu, kami makan raya pertama. Lagi kek lapis, perasa rainbow chocolate, masam manis yang all time favourite sampai 2 biji kek, dan pertama kali cuba perasa creamy marmalade. Pun sedap juga. Hari-hari kek, weiii... Ate, camana ni... walaupun puasa, melahap kek waktu berbuka atau sahur. 😁


Puasa enam hari keempat, bersahur dengan mee segera sahaja. Habis idea mau makan apa.


Cuba yang ini, Mie Sedaap Instant Korean Cheese Buldak Spicy Chicken. Tahap kepedasan boleh laras. Boleh masukkan tahap pedas nikmat, atau pedas gila. Saya masukkan pedas nikmat. Ok. Boleh diterima dan tidak sakit perut selepas makan.


Menu berbuka hari yang sama, makan nasi lauk ikan kembung masak asam rebus, ayam masak lada hitam, juga budu bersama ulam timun jepun.


Menu sahur hari kelima puasa enam, makan nasi dengan lauk telur goreng kicap.


Menu berbuka hari yang sama, spagetti goreng.


Sahur pagi tadi, iaitu hari keenam puasa enam, roti whole wheat bakar 2 keping dengan telur dadar. Ada goreng untuk anak bongsu nak pergi sekolah, jejari ayam. Ambil seketul jejari ayam.

Syukur, Alhamdulillah.

Selamat berpuasa juga kepada semua pembaca yang berpuasa. Orait, jumpa lagi. 😊

42 comments:

  1. waaah laju kak dah habis puasa 6 ye..saya baru hari ke-3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Afzan. Akak mula hari raya ketiga. Tak boleh lama-lama, sementara momentum puasa masih ada.
      Chaiyok, Afzan. :)

      Delete
  2. Wahh...jealous! Nur dah hari ke 6.
    Tahniah 👏

    Salted egg croissant tu kegemaran saya 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Ujie. Alhamdulillah.
      Ha, ye ke.. boleh tahan sedap, yek. :D

      Delete
  3. waahh akak dah hari ke 6 ye?
    Ana baru masuk hari ke 3 hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dah settle, Ana.
      Ok ler tu, lusa dah raya. :D

      Delete
  4. wah dah hari ke 6 dah..SA pun x start lagi...selamat berpuasa 6 Nur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, SA. Alhamdulillah, sudah raya second round.
      Selamat berpuasa enam untuk SA, ya.

      Delete
  5. Selamat berpuasa 6...... wah esok raya puasa 6 ya......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Zana.
      Ye. Alhamdulillah. Sudah settle.

      Delete
  6. seronok tengok menu2 tu...
    linda sahur bncuh air cicah roti @ biskut jaaa...lepas tu baru masak lauk tengah hari utk anak2...
    berbuka, lauk apa yang adanya je...kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simple Linda sahur.
      Betul tu, simple-simple sudah. Lagi-lagi Linda kerja.

      Delete
  7. oh mi sedap ada versi korean punya...biasa beli yg original je..kalo yg korean punya bli yg ramen samyang tu tp perisa carbonara kurang skit pedas tp tetap pedas juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramen samyang carbonara tu, anak saya ada cuba. Sedap, katanya. Saya pun baru pertama kali cuba mi sedap korea tu.

      Delete
  8. Wah dah nak raya 6 ye 👍
    Kit baru mula kayuh hihi...
    Balik rumah sendiri barulah ada mood nak puasa 6. Kat kg byk acara makan² hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, PH. Sudah settle.
      Selamat berpuasa enam, PH.
      Betul, betul. Bila kat kampung, menyesal kalau tak makan. Hehe.

      Delete
  9. knape terbeliak minum kopi tu?
    manis leting ke?
    or x leh tido?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab saya asal malam je, mengantuk giler, Anies, jenis tidor awal. Dapat kopi, segar terus. :D
      Kopi dia ok. Saya pula pesan takde gula. Nak kata kow tu, tak sangat, just nice.

      Delete
  10. Untung dapat rasa macam-macam perisa kek lapis.
    Saya baru mula hari ini untuk ganti puasa.
    Wah esok sudah boleh pergi lari! 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Orang memberi, kita merasa.
      Selamat berpuasa, NA. Chaiyok!
      Hehe.. ye, ye.

      Delete
  11. sedapnyaaaa kek lapis sarawakkkk
    fav sy tu...
    penah angan2 1 hari nnt nak beraya kat sarawak nak mkn kek lapis smpi pengsan
    hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. bahaya Anies. Sedap memang sedap, tapi tahap manis tu, boleh potong kaki. Huhuhu...

      Delete
  12. Menu menu menggoda betul bila tengok time puasa ni. Kek lapis tak jumpa lagi raya ni. Saya baru mula puasa hari ni. Kalau puas, malam malam lah baru kita mengopi. Tapi tulah kadang jadi susah nak tidur pulak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa, Fizah. Chaiyok!
      Iye. Sekali-sekala, boleh la Fizah, mengopi malam-malam.

      Delete
  13. dana dah 2 hari sahur lontong je kak, sbb mls nk msk lain heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. makan apa yang ada je, Dana. Asal perut tak lapor nak puasa, kan.

      Delete
  14. Wah, dah habis puasa 6. Saya belum mula lagi hehe. Selamat hari raya Nur, maaf zahir & batin ✨

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama kita ye. Selamat hari raya, Carneyz. Maap zahir batin juga.
      Selamat berpuasa enam, ya.

      Delete
  15. Wow semua terlihat enak enak banget kak nur...mbul suka lapis serawak...kelihatannya lembut dan lezat...dan juga nasi goreng adalah favorit mbul sekali...croissantnya unik karena ada yolknya ❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, gitu. Memang enak kek lapis Sarawak.
      Alhamdulillah.

      Delete
  16. Alhamdulillah dah mula puasa enam..kita ni baru balik.. nak start mungkin depan kot hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila, sila, Encik Time Traveller. Selamat berpuasa enam, ya.

      Delete
  17. Seronok tengok dia punya menu sahur dan buka puasa enam. Lama sy tak mengopi di Richiamo.

    ReplyDelete
  18. Waaah kue lapis itu saya penasaran nak coba 😍😍😍. Macam sedap memang.

    Mie sedap saya jaraaaang beli 😅. Krn memang di sini masih kebanyakan Indomie yg paling banyak laku. Nantilah sesekali nak beli juga mie sedap 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sangat, Fanny. Makan sambil pejam-pejam mata. Next time kalau Fanny pergi Sarawak, cuba, ya.
      Indomie pun Kak Nur suka juga. Pernah cuba dulu.

      Delete
  19. Replies
    1. Ada masa lagi ni, Lady. Hari ni, baru 12 Syawal.

      Delete