Cerita sebelum raya

 Orang lain sudah up cerita raya, saya masih up cerita bulan ramadan. 😁 Tak kira. Nak tulis juga, walaupun sudah berlalu.

Pada hari Khamis, 4 April lepas, bersamaan 24 Ramadan, saya dan suami telah pulang ke kampung halaman suami di Tumpat, Kelantan. Berdua sahaja. Anak bongsu masih ada 2 hari sekolah, dan anak sulung ada kuliah online. Jika anak-anak ikut, rumah di kampung atau dalam perjalanan, biasanya tiada liputan internet, nanti ganggu pula kelas online dia. Anak-anak pun dah besar, pandai cari makan sendiri, walaupun tak reti masak. Masak mee segera, pandailah. Yang sulung sudah ada lesen kereta, jadi tiada masalah. 

Travelling masa bulan puasa memang letih. Mengantuk tak boleh bawa bincang. Saya beberapa kali terlelap. Bila saya terlelap, tenguk suami steady lagi. Lagi sekali terlelap sekejap, cepat-cepat tengok orang sebelah, dia dah buka mata luas-luas, macam lawan mengantuk. Hehe.. nasib baik tak jadi macam Mr. Bean, letak batang mancis dekat mata. 

Selamat sampai ke rumah suami kira-kira pukul 2 petang. Bertolak selepas subuh. Alhamdulillah. Mek sedang tidur. Kami kemas bilik sendiri. Lepas asar, kami pergi jalan ke bazar ramadan. Cuaca di Kelantan sangat panas terik. Rasa terbakar pipi. Manjung pun panas juga, tapi rasa takdelah panas sangat macam di Kelantan. Beli makanan berbuka. Best, nasi kerabu sana. 😋

Esoknya, kami kemas satu rumah lepas sahur. Kakak ipar bongsu ada belikan tikar getah. Nak letak di dapur. Entah, padahal sebelum ni, ok je dapur tu, takde tikar getah. Tak perlu pun, sebenarnya. Tapi sudah dibeli satu gulung, ok. Bukan ikut meter, tapi segulung tikar getah. Jadi, saya dan suami pun operasi pasang tikar getah. Bawa keluar perabot besar seperti meja makan dan sebagainya. Letih oi, buat kerja tak boleh minum. Pengsan! 

Lepas tu, saya sapu satu rumah, dan mop juga satu rumah. Giler la! Adoi, bengkok badan aku. Suami kemas peti ais. Rumah tu, mek seorang tinggal. Hari-hari, ada je orang sedekah lauk berbuka pada mek, sama ada kakak-kakak ipar yang tinggal berdekatan, atau orang masjid. Mek pula tak makan, dia makan sikit, simpan banyak benda dalam peti ais. Orang tua, kan. 

Lepas selesai operasi cantikkan rumah, kami ke Pengkalan Kubor. Di sini, memang tempat orang shopping baju, barang-barang rumah, macam-macam la. Kami pergi bersama kakak ipar sulung, Mek Yah. Mek Yah pun tak berapa sihat sangat. Last kami balik Kelantan, dia nampak kurus. Sekarang, badannya laaaaaagi kurus. Sebab kencing manis. Tapi bila kami bawa dia bersama ke Pengkalan Kubor, bukan main laju dia jalan. 😁 Semua orang berniaga di situ kenal dia. Semua tanya, kenapa lama tak datang. Tak sihat, gitu.

First stop, beli kacang. Suami beli kacang sambil tidur.

Banyak makanan kering seperti pelbagai jenis kekacang la. Sebut je nak kacang apa, semua ada. Contoh macam kacang gajus, nak goreng ke, bakar ke, semua ada. Kami beli mixed nuts, kacang gajus goreng dan lempuk. 

Lempuk, uols! 

Oh, saya suka lempuk! 😋 Ia dibuat dari durian. Saya mula suka makan lempuk sejak saya kecil lagi, masa pulang kampung bapa saya di Segamat, Johor. Dulu, lempuk dibalut dengan daun ... daun apa ye? Saya pun dah lupa daun apa. Sekarang lempuk dibalut dalam plastik seperti dalam gambar. Ok ler. Walaupun rasa macam manis terlebih gula, bukan makan selalu. Orang kampung dulu buat sendiri je lempuk. Kow sangat rasa durian. Best!

Saya ajak suami ke Pengkalan Kubor tu, sebab nak beli periuk. Bukan di rumah tiada periuk, ada. Tapi periuk besar boleh muat 2-3 ekor ayam, mahu masak rendang, sudah diambil bapa saya, masa dia kawin baru dulu. Takpe la, kita beli baru. Kakak-kakak saya pun sudah sepakat mahu pulang beraya di rumah peninggalan arwah mama, yang saya sedang duduk sekarang. Ni, lain hari saya cerita ya, lain entri, cerita raya.

Bila jumpa periuk 2 telinga, saya tunjuk. Tapi Mek Yah kata mahal. Jom pergi kedai member dia. Jumpa lah periuk sesuai.

Barang beli di Pengkalan Kubor.

Brader kedai periuk yang juga kenalan Mek Yah bagi diskaun beli periuk. Harga pricetag RM69. Dia jual pada kami RM45. dapat sudip percuma. Yay! Dapat juga periuk besar mau masak rendang. Alhamdulillah. On the way balik, sempatlah beli beras siam dan buah tembikai buat berbuka.

Lepas solat Jumaat, saya dan suami ke Aeon Mall Kota Bharu. Ramai, hari Jumaat, orang cuti, tak kerja. Semua kedai penuh dengan manusia. Hajat kami, nak cari kasut baru. Saya bila keluar berjalan, pakai sandal saja. Tapak sudah haus dan licin. Saya hampir terjatuh hari tu, sebab sandal lama. Dapatlah beli. saya sepasang, suami sepasang. 

Saya selalu amazed dengan Aeon di Kelantan, sebab ada banyak butik, tak macam di Aeon tempat saya, iaitu Manjung. Kuasa membeli orang sana memang hebat. Antara kedai yang ada sana tapi takde di tempat saya ialah Harvey Norman, H&M, Dermalogica, Garmin, BananaBro, Uniqlo, PUMA, A&W, Brands Outlet, Clarks, Guess, Hot & Roll, Nando's, Nasken Coffee, Padini, Polo Hill, Rolex, Sembonia, Swatch, Texas Chicken, Coffee Bean & Tea Leaf, Manhattan Fish Market, Vincci, dan ada 2 kedai handbag branded tu, saya lupa nama dia. Banyak, kan. Kaya-kaya orang sana. Lepas tu, saya tengok, macam tak boikot je, kedai-kedai tu. Masih awal, tapi sudah tapau di kedai yang biasa orang boikot sini. Bila kita pergi tempat orang, barulah kita boleh nampak camana. Pilihan masing-masing.

Sepanjang duduk kampung, saya tak main telefon sangat. Line ada, tapi kena pegang telefon tegak-tegak macam antenna. Sekejap ada, sekejap slowwww..... buat naik angin je, bila line slow. Jadi, saya membaca di masa lapang. Bila ada saudara datang, berbual-buat dengan saudara mara. 

Esoknya, kami sudah mahu pulang ke Perak. Sekejap je. Jadilah, dapat berbuka dan bersahur dengan Mek, iaitu ibu mertua saya. Mek pun sudah uzur. Walaupun masih boleh ke sana ke sini, siram pokok pisang dia. 

Bertambah pula pokok pisang.

Mek kata, banyak pokok pisang mati, sebab cuaca panas sangat. Kadang orang buat kerepek datang beli pisang, dapatlah Mek 50 ringgit, seratus ke. Mek ada pesan juga kerepek pisang tanduk sebungkus pada yang beli pisang dari Mek. Sebab kami balik awal ke Perak, tak sempatlah nak merasa tahun ni.

Buka pintu rumah, ada hutan di depan. Matahari pukul 7 lebih, sudah bersinar terang.

Lain kali panjang umur, kami balik lagi, ye. Suami saya kena kerja semasa hari raya, jadi itu pasal kami balik lebih awal, jumpa Mek, buka puasa bersama, beraya dulu. Memang kerja suami saya macam ni. Dua tahun, sekali je, dapat cuti raya. Gilir-gilir. Kalau tahun ni dia kerja, tahun depan, dia dapat cuti raya. Gitu. 

Masa perjalanan balik ke Perak, memang kenderaan sudah mulai banyak, menghala ke Kelantan, hari Sabtu, orang sudah mula pulang beraya. Tapi kami, balik ke rumah semula. Beraya di Perak. 

Orait. Sambung lain hari, ye. Jumpa lagi. 😊

26 comments:

  1. Banyak betul dapat diskaun untuk periuk tu kan.. Berbaloi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Betul, berbaloi. Elok periuknya.

      Delete
  2. Susah juga tu tak ada line internet. Dah besar-besar taklah risau sangat bila ditinggalkan. Perjalanan jauh bulan puasa ni memenatkan sikit kan.

    Balik haritu pun saya lepas subuh terus mengemas sampai tengahari. Mujur tahun ni tak ada kena pasang tikar getah baru. Faham sangat penat dia tu macamana. Nak alihkan perabot, nak mop lagi. Pingsan! Tapi tulah bila niat kita baik, Allah bagi kekuatan. Kita bantu kemas apa yang termampu.
    Lempuk! Lama tak dengar dan tak jumpa. Dulu masa kecik memang biasa makan lempuk di Segamat. Orang dulu dulu suka buat kot. Sekarang memang susah nak jumpa. Segamat kat mana tu kak? Entah² dekat je kampung kita. Eh, ke rasa macam nak tanya. Lupa!

    Selamat Hari Raya Kak Nur & family.
    Maaf zahir & batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cakap Fizah. Memang luar biasa kekuatan di bulan ramadan. Susah payah pun, untuk family kita juga, kan.
      Ye la, Fizah, orang dulu rajin buat lempuk. Orang yang rajin buat, semua dah takde. Kampung Sepinang, nama kampung sebelah bapa akak, Fizah.
      Selamat hari raya, Fizah dan family. Maap zahir batin juga.. hugss...

      Delete
  3. Perjalanan masa bulan puasa memang letih...
    Alhamdulillah, dpt juga balik rumah mek...
    Selamat hari raya kak nur dan family...

    Linda alhamdulillah, suami dah habis servis nie.. Tiap2 tahun boleh raya.. Insya-Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, Linda dan family... hugss...
      Alhamdulillah, seronok tu, dapat beraya sama-sama.

      Delete
  4. entri ni entry sedih ke gembire? kenapa la tetibe ldy rs sedih.. :((

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entri ni adalah laporan neutral, sedih idok, gembira pun idok. Hehe..
      Hari baik bulan baik ni, takmo la sedih-sedih ye, Lady. Meh datang rumah akak beraya, meh.

      Delete
  5. Selamat hari raya sis...mohon maaf jika ada kesalahan 🙏....hari raya pertama saya berkumpul di rumah almarhumah ibu..hari raya ke dua baru keliling sanak saudara...kebetulan kakak beradik lengkap kumpul semua,..sayapun belum sempat posting apapun tentang hari raya,belum ada stoknya 😁...saya suka lempok durian...tapi harganya sedikit mahal ya... alhamdullilah bisa kumpul bareng mek walau sebentar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, Mreneyoo. Minta maaf juga, ye, atas segala salah silap saya.
      Hehe.. iya, mungkin sebab susah nak buat kot, lempuk durian.

      Delete
  6. Rupanya balik kampung awal sebab tidak dapat balik masa raya.
    Untung dapat periuk besar murah.
    Selamat hari raya Puan Nur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, NA.
      Selamat hari raya, NA. Maaf zahir batin ye.

      Delete
  7. Mintak encik suami turunkan ilmu beli kacang sambil tidur tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. kena menuntut ilmu tu 7 hari 7 malam uncle, sebab banyak jurus-jurus yang sulit untuk diperkatakan. :D

      Delete
  8. Terlebih dahulu.. Selamat Hari Raya buat Nur sekeluarga. Mula baca pelik jugak, takkan anak² tak ikut balik beraya, rupanya balik dua hari aje ya, puasa dgn mek di kampung. Begitulah putaran masa, manusia akan semakin uzur, giliran kita akan tiba jua nanti. Gambar tidur sambil beli kuali, tak ada ek? Gurauuuu. Tapi, sy pun jika ke Kelantan suka beli kacang. Tganu oun cuaca panas lain macam hati tu, Nur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, SK. Maap zahir batin ye. :)
      Ha ah, balik kejap je, tengok Mek.
      Takde, SK. Beli periuk kena muka mata besor-besor. Susah nak pilih, rambang mata tengok banyak pilihan. :D
      Ha ah, yek. Anak saya pun ada cakap, Terengganu pun paneh bebenor.

      Delete
  9. Alhamduillah, dapat jumpa Mek sebelum hari raya..pergi Kelantan mmg ramai yg beli periuk/kuali besar..cap harimau, cap buaya..tahan lama...feveret kacang gajus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... :)
      Betul, betul. Elok periuknya, kak. Jenis tebal. Dah guna dah pun. Puas hati.
      Oh, sama ngan suami saya, suka bebenor beli kacang gajus.

      Delete
  10. wahhh untung juga dpt diskaun periuk rendang tu siap free sudip lagi ha! hehehe~ ohhh suami akak cuti raya gilir-gilir ye? patutlah akak balik raya awal-awal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Alhamdulillah, rejeki.
      Ha ah, Ana. 2 tahun, sekali je, boleh apply cuti raya.

      Delete
  11. fahammmm sgt2 kalau kena buat keje time bulan puasa niiii
    mmg rasa nak pengsan je...

    ReplyDelete
  12. aeon kelantan tu
    dah serupa pavilion
    macam2 ada
    dasatttt hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ye ke. Lebih kurang yek. Saya pun tak tahu, sebab tak pernah habis explore Pavilion.

      Delete
  13. Isssh muraaah sangat dpt Periuk itu kaaak 😍😍. Jauuh diskount nyaaa hahahahha. Tapi memang kalo beli di tempat yg sudah kita kenal, best lah dpt harga kan.

    Aeon di sini juga beda2 tenants nya kak. Ada yg besar dan banyak premium outlet, tapi ada juga yg biasa. Tergantung tingkat ramai tidaknya orang2 belanja di sana 😅.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... kedai member punya pasal, Fanny. Banyaklah less.
      Iya, kan Fanny. Bergantung pada tahap berbelanja sesetengah tempat, tak sama.

      Delete