Aidilfitri

 Isnin, 6 Syawal.

Entri kali ni, saya nak share cerita tentang raya pula. Syukur Alhamdulillah, atas semua rezeki dan nikmat yang Allah beri. Tahun ini, saya dapat puasa sebulan Ramadan. 😁 Seronoknya rasa di hati, sebab tak perlu ganti puasa, seperti tahun-tahun lepas. 

Lagi satu, saya dapat pergi sembahyang raya di masjid. Sudah lama sangat saya tak berpeluang pergi sembahyang raya. Saya selalu jadi orang dapur, yang kerja tak habis-habis sediakan makanan, bila keluarga balik masjid atau tetamu datang, makanan semua sudah terhidang cantik atas meja makan. Hanya seorang diri memendam rasa. Tapi tahun ni, Alhamdulillah. Merasa juga saya pergi. Dalam kelam-kabut juga lah, saya bersiap. 

Saya bersama dua orang kakak saya, bersama anak sulung (yang ambil gambar ini), pergi ke masjid di pagi raya.

Nikmatnya, ya Allah. Rasa syukur sangat. 💓

Selesai sembahyang dan khutbah raya. Sama tak muka saya 3 beradik? Hehe.. sepesen je. 

Kedua kakak saya bermalam di hotel berdekatan. Nak balik masjid tu, kakak sulung kata, seeloknya, kita balik jangan ikut jalan kita datang tadi. Buat satu pusingan, singgahlah Zus, beli kopi. Hehe... eh, bukan kita orang je yang pergi Zus pagi raya tu, pakai telekung. Ada orang lain juga pun sama. Orang kerja Zus pun pakai baju raya pagi tu. Cian deme yek, hari raya pun kerja.

Sampai rumah, kakak sulung masak nasi tomato. Lauk pauk semua sudah ready atas meja makan. Saya dah perangat pagi-pagi. 

Lepas nasi tomato sudah masak, apa lagi, makan la dulu. Nanti tetamu datang, tuan rumah perut lapor pula.

Bahagianya rasa dapat makan sekeluarga.

Tidak kelihatan dalam gambar, dua orang anak yang tidak ikut ke masjid, mereka sudah makan terlebih dahulu. Papa dan makcik pun baru sampai. Dia orang stay di hotel yang sama dengan kakak-kakak duduk. Suami saya pun baru sampai, balik kerja shif malam.

Hidangan di hari raya ialah nasi tomato bersama lauk kari ayam dan acar jelatah. Lemang bersama rendang ayam. Juga paru masak hitam. Saya masak kari ayam dan paru masak hitam tu, hari sebelumnya. Kakak masak rendang ayam 2 ekor. Jelatah, pagi raya baru saya buat. Semua sedap! 😋

Lepas isi perut, kami sekeluarga beraya, bermaaf-maafan antara kita. Ada drama air mata ke tahun ni? Ada, sikit. Hehe... tak yah share la ye. Maluuu....

Lepas beraya satu family, kami ambil gambar kenangan di luar.


Tema baju raya adalah multiple shades of purple. 😁 Papa dan makcik je lain, hijo.

Suami, saya, dan anak-anak.

Saya, kakak sulung dan kakak tengah. 

Tak lama lepas selesai bergambar, tetamu pun tiba untuk beraya. Serentak pula tu, datang. Meriah jadinya rumah kami.

Family Aunty Lei, dan family Aunty Bada.

Aunty Lei adalah pengasuh kakak sulung saya dulu, masa kecil. Sejak arwah opah saya masih ada. 

Bagi yang veteran makan dulu, meja makan tak cukup tempat.

Anak sulung saya dengan Nana, Nurin dan suami.

Yang muda, main catur dulu. Ingat tak hari tu, saya ada kongsi entri makan kenduri, tapi saya balik awal tak sempat jumpa pengantin? Boleh klik sini untuk entrinya. Yang pakai sedondon dalam gambar di atas lah pengantin barunya.

Sembang itu ini, bertukar cerita. Tak lama lepas Aunty Lei dan family balik, seorang lagi kenalan lama arwah mama saya datang beraya. 

Timing Allah sangat cantik. Rupanya, uncle Ah Chuan dan Aunty Bada saling kenal. Jejak kasih di rumah kami. 

Bergambar beramai-ramai, family saya, family Aunty Bada dan uncle Ah Chuan.

Walaupun mama saya dah takde, tapi kenalan mama masih datang, ingat pada kami. Rasa seronok dan terharu di situ. Semoga silaturrahim terus terjalin dengan baik, tanpa mengira bangsa dan agama. Sebagaimana saya tanya pada uncle Ah Chuan, macamana saya nak panggil dia? Dia suruh saya panggil nama je, "Acuan". Macamana acuan, begitulah kuihnya, dia cakap. Fluent betul uncle ni cakap melayu. 👍 😁

Ok la. Ingat tu, ingat juga pada saudara kita di Palestin, dan doa tidak pernah putus supaya mereka temu keamanan yang dicari. Tapi anak-anak kita berhak juga untuk gembira dan merayakan hari kemenangan setelah menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara membatalkan puasa sepanjang Ramadan. Kenangan hari ni, belum tentu kita dapat rasa untuk Ramadan atau Syawal berikutnya. Entah-entah, pendek umur, kita pergi dulu. Hargai masa bersama keluarga, rakan dan taulan. 

Selamat hari raya dari saya, kepada pembaca blog yang saya hormati sekalian. Saya minta maaf, atas segala salah silap saya sepanjang saya berblogging ini. 💓🤝

Salam Aifiltri. Jumpa lagi, ye. 😊

P/S: Saya dah lama tak lari ni. Dua hari pertama Syawal, kerja mengunyah je. Cepat-cepat mula puasa 6. Hari ni, hari keempat. Nanti lepas habis puasa enam la, mula lari semula. 

34 comments:

  1. Alhamdulillah...seronok kawan2 arwah mama masih datang beraya di rumah...lepas tu multiple races pulak tu...
    seronoknya...
    linda baru stat puasa...tapi, kena pulun ganti dulu...seeloknya kan...

    eh...selamat hari raya kak nur sekeluarga

    p/s - linda orang hutan melintang, suami orang taiping, tu yang lalu WCE lekir tu...selalu musing ikot manjung, pantai remis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Iye, Linda. Meriah rumah.
      Betul, selamat berpuasa juga pada Linda.
      Selamat hari raya, Linda sekeluarga. Minta maaf zahir batin ya.
      Oh, orang Hutan Melintang rupanya. Tak jauh la. Memang dekat lalu WCE. :)

      Delete
  2. Selamat hari raya akak & family.
    Maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, Afzan sekeluarga. Maaf zahir batin ya.
      Sama kita.

      Delete
  3. wow weee geng2 purple gituuu...
    tak jadi eh nak pakai brick orange?
    hahaha
    gurau je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, tak pakai brick orange. Terang la kaler tu. Tak minat. Hehe..

      Delete
    2. kaler tu menyerlah sgt
      utk yg hitam2 kurang manis cm sy ni mmg x sesuwaiiiii
      gituuuuuhhh hahaha

      Delete
    3. Hehe.. manis apa, Anies.
      Orang kulit putih melepak sesuai pakai brick orange.

      Delete
  4. ralit eh main catur...
    tp ni lg bagus dr layan hp kan...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah wahhh meriahnyaaa kenalan mama pun masih tak putus hubungan.. seronok meriah tetamu datang bertandang tu!

    Salam Aidilfitri,maaf segala salah & silap spnjg Ana singgah di blog ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... :)
      Sama ngan akak ya, Ana. Selamat hari raya, maap zahir batin, Ana.

      Delete
  6. Syukur..meriah dengan tetamu datang beraya...Selamat hari raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin Nur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, maap zahir batin, SA. :)

      Delete
  7. Akak-akak itu mana suami dan anak-anak?
    Allah makbulkan permintaan Puan Nur untuk puasa sebulan Ramadhan.
    Hehe lain-lain warna telekung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seorang kakak tidak punya suami.
      Seorang kakak lagi, suaminya bekerja hari raya.
      Dua-dua kakak tiada anak.
      Betul. NA masih ingat ya? Tahun lepas saya ada buat entri, saya ada tulis, bilalah saya nak menopause. :D
      Itula deme ni, suka benor telekung warna lain. Telekung saya semua putih je.

      Delete
    2. Hehe maaflah soalan kalau kurang sesuai.
      Sayapun ada telekung macam-macam warna tapi suka pakai telekung putih.

      Delete
    3. Tak mengapa, NA. No problem.
      Kan..

      Delete
  8. Selamat hari raya maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, zana. Maap zahir batin.

      Delete
  9. Selamat Hari Raya
    Maaf Zahir Batin utk Nur sekeluarga 🌹
    Alhamdulillah meriah rayanya, dgn kehadiran tetamu yg ramai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, PH. Maap zahir batin ya.
      Alhamdulillah... :)

      Delete
  10. selamat hari raya utk nur sefamily...seronok dpt puasa penuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, mama tisya. Maap zahir batin ya.
      Alhamdulillah.

      Delete
  11. selamat hari raya kak.. maaf zahir n batin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, Lady. Maap zahir batin ya.

      Delete
  12. selamat hari raya, maaf zahir batin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, MA. Maap zahir batin juga. :)

      Delete
  13. selamat hari raya idul fitri
    mohon maaf lahir batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, Rezky.
      Maap zahir batin juga.

      Delete
  14. Meriahnya raya, tetamu berbilang kaum datang. Rezeki akak dapat ke masjid tahun ni. Untung juga dapat puasa penuh tu. Cantik tema shades purple. Nampak muda-muda semuanya akak dan adik beradik. Saya awal syawal dah rosak diet. adududu..kena bakar kalori banyak lagi ni. Salam Aidilfitri kak Nur dan keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Fizah.
      Salam Aidilfitri, Fizah. Maap zahir batin ya.
      Takpe, Fizah selalu hiking. Boleh bakor balik.

      Delete
  15. Kak nur, minal aidin wal Faizin 🤗. Minta maaf lah dulu, untuk semua kesalahan dalam berkomentar yg mungkin mengguris hati yaa ☺️🙏.

    Kok bisa full puasanya kak, envy sangaaaaattt. Saya 2 Minggu tak bisa puasa. Krn pakai IUD contraception kan, jadi haid lebih lamaaa. 2 Minggu baru bersih. Nih lah dah mulai ganti pelan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama kita, Fanny. Selamat hari raya, maaf zahir batin ya, atas semua salah silap kak Nur sepanjang kita kenal di alam maya ini.
      Kitaran haid Kak Nur sudah haywired, pre-menopause mungkin. Tapi belum lagi. Sebab doktor cakap, jika umur 40-an, kena tunggu straight 2 tahun tiada haid, baru kira confirm menopause.
      Selamat berpuasa, ya, Fanny. Chaiyok!

      Delete