Menginap di the Verve Hotel

 Selasa, 11 Syawal 1444 Hijrah.

Saya tengok-tengok gambar dalam galeri telefon. Saya ingat, saya nak tepek di sini, sebagai kenangan, hotel yang saya dan keluarga duduk masa datang Kolumpo hari tu.

Plan asal adalah tidur di rumah bapak di Rawang. Tetapi pada hari kami datang, dapur bocor. Tandas bawah pula tersumbat. Sudah baiki kedua-duanya keesokan harinya, Alhamdulillah. Kakak kedua yang sentiasa ada plan back-up, telah pun booking hotel ni awal-awal, sebelum dia terbang dari Kuching lagi. Eleh, sebenornya, tidur hotel supaya senang nak jalan malam. Hehehe.... dan tidak mahu susahkan orang tua. Makcik kena buat rawatan cuci darah setiap hari, guna mesin di rumah. 

Ok, meh kita tengok. 

Nama hotel kami menginap adalah the Verve Hotel.


Lokasi di Ara Damansara. Dekat Subang Airport. Boleh jalan kaki dari stesen LRT Ara Damansara. Dekat juga dengan Citta Mall.

Kakak kedua telah menempah 2 bilik. Yang duduk hotel adalah saya dan family (5 orang) dan kakak kedua. 

Family Suite

Ruang depan menghubungkan bilik utama dan bilik single.

Terletak di tingkat 2. Suite family ini terdiri daripada 2 bilik sebenarnya. Bilik utama ada katil queen dan sebuah katil sofa. Bilik ini bersambung dengan sebuah lagi bilik single standard.


Bila baru masuk bilik, semua benda nak buka tengok. 😁 Itu bilik airnya, yang kakak sulung saya tengah buka tu. Sebelah ada katil saiz queen. Yang suami saya pegang tu, sofa bed. Tiga beranak tidor sini.


Ada meja kerja. Anak sulung suka la, dia bawa laptop, wifi hotel pula laju. Power plug pun banyak.


Anak bongsu tidur di bilik single ni. 


Ini bilik air untuk bilik single ni. Cermin tidak dikelabukan. Jadi bila anak nak guna, kena kunci pintu bilik. Bilik standard single ni kecil je. Tapi orait la, sorang je yang duduk.

Deluxe Queen X

Saya dan kakak kedua punya bilik di tingkat 1. Ada sebuah katil queen dan bilik air dan tingkap. 

Ha ah, hotel ini terletak di rumah kedai, jadi ada bilik, tiada tingkap. Kakak kedua kata, sebab dia dah pernah menginap sini, pertama kali rejeki dapat bilik ada tingkap. 


Saya kurang suka bilik air cermin kelabu tu. Sebab boleh nampak bayang-bayang. Jadi bila ada orang dalam, kena tengok arah lain. Tengok tv ke, tengok henfon ke.. camana nak terangkan ye? Tak boleh nampak sebenarnya, tapi boleh nampak bayang-bayang. Hehe... tapi sebab share dengan kakak, ok ler. Suami isteri pun, lantak ler. Kalau kawan-kawan, malu juga la, kan.


Juga ada disediakan meja kerja. 

Alhamdulillah. Dapat rehat dan tidur dengan selesa. Saya dengan kakak kedua sembang sampai lewat malam. Lama tak jumpa. Lepas tu, dengor kroh... kroh... ler.. aku cakap sorang rupanya. 

Bilik air bersih. Dalam bilik, tak ada cerek elektrik. Tapi di setiap tingkat, ada disediakan penapis air, ada air panas dan sejuk.


Di ground floor, ada disediakan mesin kopi, microwave dan peti ais. Tekan je la, nak air apa, ye. Biskut pun ada. Sila layan diri. 

Layanan pun sangat mesra. Minta bantal extra boleh. Minta seterika pun dia kasi. 

Harga bilik termasuk sarapan sekali. Kerjasama Hotel Verve ini dengan the Vanilla Place Cafe. Cafe terletak berhadapan dengan hotel. Seawal pukul 7 pagi, kami sudah turun sarapan hari tu, sebab nak elak jem, pergi zoo. Makanan sedap. Tak ingat nak ambil gambar pun, sebab masing-masing makan dengan lajunya. Nasi lemak ada, sarapan western pun ada, seperti sandwiches, omelette, roti bakar dan sebagainya.

Baiklah. Butiran tentang hotel ini adalah seperti di bawah.


The Verve Hotel @ Ara Damansara

D3A-2, Dana 1 Commercial Center

Jalan PJU 1A/46

47301 Petaling Jaya, Selangor.

Koordinat GPS: 3.11083, 101.58417

Telefon: 603-7842 8820

Whatsapp: 011 1078 4220

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 😊

10 comments:

  1. Cantik dan bersih hotel rumah kedai.
    Tidak sangka disediakan sarapan dan sarapan itu sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, NA. Selesa hotel ni, walaupun saiz kecil. Sarapan pun ada pelbagai menu, di cafe dia.

      Delete
  2. Saya pernah juga dapat hotel dengan bilik air ‘seksi seksa’ gitu. Tapi sebab laki bini, takde isu. Kot dengan anak2 atau orang lain, memang leceh lah 😅

    Wah..pergi Zoo Negara! Saya belum pernah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal. Kalau bertutup dan berpintu macam biasa, lebih selesa nak mandi. :)
      Sila la pergi, Ujie. Sangat best pergi zoo, sekarang. Saya pun tak puas jalan dalam tu.

      Delete
  3. Kalo pergi dengan family, saya pun lebih suka cari family suite, supaya bisa dapat kamar yang spacious dikit 😄. Baguuuus nih hotelnya kak. Ada mesin kopi pula. Buat saya yang penyuka kopi, plus poin sangat nih 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal, fanny. :)
      Sama la kita, suka kopi juga. Tapi sudah jarang minum sekarang. Mudah, kan, bila disediakan mesin kopi.

      Delete
  4. sy pun x suka kalau cermin blk air mcm tu. kalau shower curtain ok lg. krg selesa esp kalau menginap dgn org lain

    ReplyDelete
  5. x best kan kalo tempat mandi tu letak cermin gitu je., dh terlampau modern gamaknye., huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal. Baik fesyen lama lagi, pintu macam biasa. Baru selesa nak melepaskan hajat, kan Wak. :D

      Delete