Dalam gerimis

 Ahad, 8 Zulkaedah 1444 Hijrah.

Masa dalam perjalanan pergi ke tempat lari pagi tadi, ada nampak kilat di langit. Tapi pujuk hati, mungkin hujan di tempat lain. 

Suka kacau budak ni, tengah tidur. 😁

Mendung. Tapi matahari pagi keluar, cuaca panas sekejap. 

Saya lari pusing-pusing dalam loop, di kawasan Esplanade sahaja. Sebab tak ada orang hari ni, jadi lapang je, boleh berlari. Sampai lebih kurang 7 kilometer, saya lari melepasi terminal feri ke pangkor, dan pergi sampai ke hujung jalan.


Masa ni, langit gelap mula kelihatan. Juga ada bunyi guruh. Best cuaca macam ni. Saya suka, sebab berangin.

Tak lama lepas tu, hujan pun turun. Hahaha... syoknya main hujan. Alamak, rugi saya tak bawa pouch pinggang saya. Tangan sebelah lari sambil pegang handphone. Jadi, bila hujan, saya sembunyikan handphone bawah tudung, supaya tak basah.

Hehe.. saya suka! Rasa segar lari dalam hujan. Heart rate pun tak berapa tinggi, sebab cuaca sejuk.


Alhamdulillah, pagi tadi punya larian sejauh 10 kilometer. 

Lepas lari, buat regangan sebentar. Lepas tu, saya terus pergi ke pasaraya Billion, beli barang dapur. Billion buka pukul 9 pagi. Betul-betul tepat 9 pagi, saya terpacak depan pintu. Best shopping time orang takde. Hujan pun masih turun. 

Sampai rumah, mandi, lepas tu, masuk dapur, buat french toast dan masak nasi goreng. Saya baru ingat nak ambil gambar french toast, tapi dah tinggal separuh pinggan, padahal saya buat guna lebih kurang 3/4 buku roti gardenia tu. Jadi, tak jadi ambil gambar, ambil gambar nasi goreng sahaja.


Bila ketiga-tiga anak ada di rumah, ini la yang berlaku. Masak apa pun habis. Anak sulung cerita, dia dekat Dungun, makan satu hari sekali je. Bila balik rumah baru boleh makan sedap-sedap. Ler... padahal kita bagi duit poket kat dia, tiap bulan. Duit PTPTN pun masuk juga. Dia kata, saja, nak jimat. 

Ok la ye... selamat berhujung minggu kepada semua pembaca sekalian.

Jumpa lagi, ye. 😊

17 comments:

  1. Budak2 U cam tu la kan, dah bagi duit belanja suh makan pun dia tahan lapar nak berjimat.. hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malas keluar ke cafe, SK. Tak nak usaha, cari makan.

      Delete
  2. Suka jalan waktu angin bertiup. Sekarang tidak panas sangat sebab ada hujan.
    Haha saya masa di universiti boleh beli makanan sedap. Cuma kadang-kadang sibuk kuliah sampai makan lewat. Itu sahaja masalah. Masa ini kenal Kenny Roger's. Kawan kenalkan. Takde istilah jimat ok. Masa ini rajin cuba segala makanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann... sebab masa study, selalu cepat lapar.

      Delete
  3. betul-betul obses berlari...kalau saya tengok kilat atau nak hujan...memang program akan batal juga hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laa... best, Encik Hanafi. Angin kuat, lagi syok ooo, lari...
      Tapi kalau kilat dentam dentum, saya pun cabut lari balik rumah, bahaya pulak, kan...

      Delete
  4. Seronok berlari dalam keadaan sejuk-sejuk, tapi balik rumah kena terus mandi supaya tak demam.

    ReplyDelete
  5. Saya pun suka menikmati cuaca sebelum hujan turun, walaupun kadang macam seram angin kuat, guruh. Tapi entah…syok.

    Bagus jugak anak sulung Nur, pandai atur kewangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann... sejuk suasana.
      Badan dia pun dah sekeping, Ujie, makan sehari sekali je, nasi.

      Delete
  6. Dah lama tk main hujan....hihi...mkn sekali sehari? makan berat kot...kalau x menganggu pelajaran takpe, takut tak boleh nak fokus kalau perut kosong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, dia makan berat sehari sekali je. Snack-snack lain dia ada simpan di bilik, macam biskut dan maggi.

      Delete
  7. bestnya kak sejuk berlari di hujan gerimis kan... best bila anak-anak ada kat rumah kan kak, masak apa je habis. Bagusla kak anak akak pandai nk jimat cermat, adik dana masa dia belajar kt unisza dulu tu pun kdg mengeluh jugak psl makanan mujur belah sana banyak kedai makan harga murah lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, bila dekat U, penting juga jaga makan, kan. Kalau tak, camana nak belajar. Oh, adik Dana belajar di Unisza. Kat Kuala Terengganu tu. Ada makanan murah, ada juga makanan mahal sana. Kalau beli di cafe, berpatutan la. Tapi cafe dia tak buka awal pulak.

      Delete
  8. berlari dalam keadaan sejuk memang syok cuma kena hati2 laa sbb licin kan.. lg satu kalau part kilat...kalau indoor ok lagi😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu penting ada kasut yang masih punya tapak. Bila sampai waktu, haus, gantikan yang baru.
      Oh, kalau ada kilat, saya pun tak berani, Anies. Bahaya...

      Delete
  9. rajinnya jogging waktu sejuk2 mcm ni.. tp kena hati2. malang tak berbau. hehe

    ReplyDelete