Tudung Ikat Belakang

 Sabtu, 15 Syawal 1444 Hijrah.

Sambungan dari entri saya semalam, tentang tudung yang baru saya terima. 

Saya beli tudung ada tali, jenis ikat belakang. Ikat belakang di bahagian dalam boleh, atau di bahagian luar pun boleh, ikut citarasa masing-masing. Berikut rupa tudung ni, lepas keluarkan dari bungkusan.


Kain dia ok la. Nak kata lembut, tak jugak. Jenis kain kedut. Saya tak pernah beli tudung kain jenis macam ni. Kejap, saya cuba pakai, ye.


Laa.. camni la kalau ada anak bulu, bila kita nak selpiaq je, dia pun interprem.


Saya ikat tali di belakang, di bahagian dalam. Kain bukan jenis licin. Ok la. Selesa. Labuh, tutup dada.

Tudung ni, nama dia, Durra Cey Crepe. Sekarang ada promosi, beli 2 helai, dapat RM50. Harga normal sehelai ialah RM39. Waktu entri ini ditulis, saya tengok di websitenya, masih ada harga promosi.


Gambar dari tepi pula. Saya tak pakai pin pun kat dagu tu. 

Dia kata, tudung ni tak perlu gosok. Saya suka! ๐Ÿ‘

Saya sertakan link, jika ada pembaca sekalian yang berminat, ye. Saya takde terima komisen apa pun, sekadar berkongsi, barang baik. Boleh klik sini.

Ok, jumpa lagi. Selamat hari Sabtu. 

18 comments:

  1. Yang tak payah gosok tu yang banyak orang suka. Saya pun suka. Tq for sharing Nur.

    ReplyDelete
  2. rasa macam nak beli juga buat anak dan orang rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, sila, sila. Mesti anak dan orang rumah Encik Hanafi suka.

      Delete
  3. Saya pun sekarang dok cari/pakai tudung baju jenis tak payah gosok. Senang travel.

    Nampak elok Nur pakai tudung tu. Tapi untuk saya kurang yakin, sebab muka bulat. Kalau pakai tudung jenis melekap dahi, kurang yakin diri ๐Ÿ˜ฌ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Ujie, senang ada tudung dan baju yang tak perlu digosok ni.
      Ha, ye, ye. Muka bulat elok pakai tudung ada awning sikit, atau tudung bawal.

      Delete
  4. kalo tudung kena gosok letak kat dlm rumah ibarat jerangkap samar je., haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde la, Wak! Orang pakai jugak la (setahun sekali). :D

      Delete
  5. x perlu digosok tu antara kelebihan yg org pompuan suka๐Ÿ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecuali dia dpt iron steam yg best tu barulah dia rajin nk cari material yg kena gosok selalu๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

      Delete
    2. Hahaha... iron steam tu saya tak reti guna, Anies. Old school. Suka iron biasa juga, zaman tok kadok punya.

      Delete
  6. Nampak macam tudung biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, bila ikat di bahagian dalam, nampak macam tudung biasa. Bila saya cuba ikat di bahagian luar, rasa macam tudung indon pun ada. Hehe..

      Delete
  7. nampak kemas, cantik terletak....takyah gosok tu yg best!

    ReplyDelete
  8. leh try jengah ni.. bab x perlu gosok tu.. i like!

    ReplyDelete