Ikan keli sambal hijau

 Isnin, 2 Zulkaedah 1444 Hijrah.

Semangat! Semangat! Jangan biarkan monday blues menyelubungi anda... kikiki... 

Halo, kucing comei ๐Ÿ˜

Dah lama tak pergi Teluk Batik, jom hari ni, kita pergi lari di sana.

Larian la sangat, kan. padahal berjalan bak itik pulang petang jer, sejauh 5 kilometer.

Alhamdulillah...

Lepas jalan-jalan, saya lompat tali sekejap. 


Sehelai daun, mewakili 100 kali lompatan.

Selepas setiap 100 lompatan, berhenti sejenak, ambil nafas, atau regangkan kaki sebentar.

Ada 10 helai daun dalam gambar di atas, bermakna, pagi tadi, saya buat 1000 lompatan. 

Dengan ini, saya mengambil keputusan untuk tidak lagi lompat tali, sebab?

Sakit lutut den! ๐Ÿ˜…

Dah la tu, saya berlari dan yoga je la. Faktor usia. Sayang lutut.

Balik rumah, saya masak ikan keli sambal hijau.


Ikan keli, digoreng oleh suami saya. 

Saya buat sambal hijau. Saya tak campur ikan keli dalam sambal, sebab kami lebih suka makan ikan keli yang rangup. Bila nak makan, baru letak sambal atas ikan. ๐Ÿ˜‹

Selamat bekerja, ye, pada pembaca blog sekalian.

Sudah makan ke? Makan apa? 

Jaga diri, dan jumpa lagi... ๐Ÿ˜Š

15 comments:

  1. Selalu sambal warna merah untuk ikan keli.
    Oh! Saya makan nasi beriani lagi, abah beli daripada kedai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. sebab anak bongsu lebih suka sambal hijau, tu yang saya masak tu.
      Sedapnya, NA, makan nasi beriani. :)

      Delete
  2. Ya Allah, terbayang sedapnya kalau dapat makan kat nasi padang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo... ikan keli sambal hijau ni, antara menu di restoran nasi padang, ye, SK? Kat sini, sebab saya selalu tapau lauk. Ada 2 jenis ikan keli berlado, sama ada sambal merah atau hijau. Tapi, saya rasa, hijau lebih kick! :D

      Delete
  3. fav ikan keli ..slalu goreng or buat berlado tp dkt umh mak la..umh mertua depa tk mkn sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul juga. Tak semua orang makan ikan keli ni.

      Delete
  4. dana sampai skrg tak berani nk goreng ikan kli takmo meletop hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... kalau ikan keli fresh, dia kurang meletup, Dana.

      Delete
  5. pandai la awak pilih daun...berwarna warni....satu tip untuk elak sakit lutut ketika melompat ialah guna kasut yang sesuai dan jangan beri tekanan kepada kaki sebaliknya kepada tapak kaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, share tips, Encik Hanafi.
      Saya dah forefoot landing dah. Rasa sebab kasut saya dah haus, cushion dah kurang. :D

      Delete
  6. sedapnya keli goreng๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘lauk fav saya ms ddk asrama duluuuuu. lauk plg murah adalah ikan keli. nasi dgn ikan keli goreng baru RM2.50... puas mkn ms tu๐Ÿ˜€

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, betul, betul. Lauk yang murah, selain telur.

      Delete