Marilah join saya lari

 Rabu, 4 Zulkaedah 1444 Hijrah.

Rasa nak lari, tapi tak ada motivasi? 

Marilah join saya lari sama, dalam Runliga Malaysia Challenge 2023.


Tarikh event: 17 Ogos hingga 16 September 2023

Background

Tahun 2021, saya join.

Tahun 2022, saya tak join. 

Tahun 2023, saya kembali join.

Gambar tahun 2021

Ini event virtual. Korang lari lah di tempat masing-masing. Lepas lari, submit run. Boleh secara manual  atau boleh link kan aplikasi jam sukan dengan app Biib.

Saya pilih kategori 25 km. Jadi, selama sebulan, saya cuma perlu lari cukup 25 kilometer, untuk bergelar finisher. Tapi, saya kan giler lari. Pagi dan petang saya lari, sampai berat saya masa tu, turun ke 54 kilogram sahaja. Suami cakap, macam peluk tiang. Rasa tulang, isi dah takde. 

E-certificate Runliga 2021

Jumlah jarak saya berlari adalah 415 kilometer. Sekaligus, rekod peribadi saya, paling banyak berlari dalam sebulan, seumur hidup saya.

Kenapa perlu join?

  • Sebab bila kita dah bayar, dan daftar masuk, nak tak nak, kita akan ada rasa perlu lari.

  • Dapat kenal ramai runners, yang baru mula, yang sudah berpengalaman, sebab ini adalah aktiviti berkumpulan. Bila daftar, anda perlu pilih pasukan.

  • Tak semestinya berlari. Berjalan dan hiking juga boleh dikira jaraknya.

  • Kalau submit manual, perlu ada peta. Jadi, aplikasi MAPMYRUN boleh digunakan. (Free je, download)

Cara untuk join:

Daftar online. Klik sini.

Klik Join As Team.

Ada 3 kategori untuk anda pilih. Sama ada 25 km, 150 km atau 550 km. Saya pilih kategori 25 km sahaja. Kena habiskan tau, sebab bila anda tak habis jarak yang anda pilih, satu team tak dapat title finisher. Gitew... apa yang penting? Kerjasama! 💪🏃

Pilih kategori team GRT - Casual/Grassroot Team & Others

Pilih team Malaysia Women Runners. Masukkan password "mwr23"

Isikan butiran peribadi anda.

Di bahagian Referral ID, masukkan NAZL50. Di bahagian Discount Code pun, masukkan NAZL50. Boleh dapat diskaun RM3, jika gunakan referral code saya.

Buat bayaran, dan settle.


Kalau sehari cuma lari atau jalan 1 km, 25 hari dah siap. Santai-santai. Ikut masa bila kita free, larilah. 

Jika anda berminat la ye. Benda ni, sangat bahaya. Sekali anda join, nanti akan rasa nak join lagi. Haha... tapi apa salahnya. Yang dapat manfaat, kita juga. Lari untuk sihat.

Ok. Itu saja saya nak war-warkan. Jemputan masuk event lari virtual.

Jumpa lagi, ye. 😊

P/S: Lelaki pun boleh join, berlari untuk team Malaysia Women Runners. Cuma, tak boleh masuk group wassap je. Hehe... 

26 comments:

  1. Wah, tak sangka pulak ada cara larian yg macam ni, dipanggil virtual ya? Sy baru tahu. Kalau Nur ambil 25 km, 2 hari jer siap lari tu, harap semua ahli dalam team Nur dapat selesaikan larian masing2 juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, SK. Virtual run. Hehe.. mana ada, 2 hari.
      Aminn... terima kasih, SK.

      Delete
  2. wahhhh 25km jauh tu tapi bila dah biasa kejap je rasanya... lagilah boleh buat sikit2 kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, dalam masa sebulan, Dana. Boleh rileks-rileks la. :)

      Delete
  3. wahh rajin nya. kalau sekali join dia terus jadi addict kan

    ReplyDelete
  4. happy belated birthday kak...maaf lambat ucapannya,moga semuanya yang baik-baik utk akak...teringin nak join lari tapi risau cuma mampu terdampar atas katil je huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Afzan.
      Aminnn... terima kasih ye. Hugss...
      Afzan kerja. Rehat dengan family je, ok.

      Delete
  5. Selamat berlari Nur... setakat ini larian paling jauh pernah saya sertai setakat 6km jew.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Amie.
      Jauh juga tu, 6 km. Sikit-sikit, boleh perbaiki, kalau kita konsisten.

      Delete
  6. Selamat berlari. Haha saya belum pernah guna aplikasi apabila jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, NA.
      Wah... ini lagi hebat. Tak guna tracker pun untuk bersenam.

      Delete
  7. suami org tu yg kutuk body bini ramping xde tulang tu xnk join sekali kewww. huhuhu 😅 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... pakcik tu, sibuk kerja, Wak... :D

      Delete
  8. Selamat berlari...virtual run best jg, takde pressure, boleh santai-santai lari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, nohas.
      Betul, betul. Kita buat bila kita free je. Tak perlu bangun awal, siap-siap nak ke event seperti event physical.

      Delete
  9. Fuh…415 km dalam sebulan! Memang gila lari ni Nur 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang giler, Ujie. Udah kena sampuk, suami saya cakap.

      Delete
  10. saya pun mahu lari dan cuba menghidupkan kembali amalan yang mulia ini

    ReplyDelete
  11. sblm pkp sy mmg aktif lari sana sini. lps pindah byk dah tinggal benda yg sy suka. kekangan masa buat sy terlps byk benda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anies boleh lari masa free. Utamakan mana yang lebih penting.

      Delete