Makan lagi best

 Rabu,  12 Syawal 1444 Hijrah.

Pergi lari    ❌

Pergi dating ✅

Hahaha.... Hari ini hari MALAS saya, encik! Jom kita pi sarapan! 

Suami pula off kerja hari ni, setelah kerja overtime sokmo, sejak 4 hari lepas. Selepas hantar anak ke sekolah, marilah kita pergi sarapan di Warung Roti Canai Pak Tam di Kampung Sitiawan. ๐Ÿ˜


Ambil kuih lepat pisang, seri muka gula merah dan 2 biji karipap. Sebiji kuih, 50 sen.


Roti canai sorang sekeping. Kuah kari. Saya minum air suam, manakala suami minum nescafe o panas kurang manis. Harga sekeping roti canai, RM1.20.


Nasi lemak ikan bilis sorang sebungkus. Harga sebungkus RM1.50.

Alhamdulillah. Total sarapan untuk 2 orang pagi tadi adalah RM9.10. 

Sarapan kurang dari 10 ringgit, untuk 2 orang. Itu pun tamak, dah makan roti canai, nak nasi lemak lagi. Tak boleh la. Saya suka nasi lemak bungkus daun pisang. ๐Ÿ˜‹

Lepas sarapan, pergi pasar.

Lepas tu, pergi bank, masuk duit dalam ASB. Sekarang saya sudah ingat kenapa saya dah lama tak masukkan duit dalam ASB. Sebab saya punya ibujari selalu ada masalah. Haha! Saya dah buat mykad baru tahun ni, pun ada masalah. Kaunter 1, sampai staf bank cabut, cucuk balik fingerprint scanner tu. Lepas tu, manager dia masuk campur. Test di kaunter luar, saya punya ibujari pass jer. Lepas tu, dia kata, nak buat manual. Tapi lepas tu, dia pass saya ke kaunter tengah, guna sistem juga. Baru lulus. Sejam lebih urusan untuk masukkan duit! Bukan keluarkan duit ribu riban juta juta pun. Masukkan duit jer. Kalau tahu, baik saya pergi pejabat pos. Atau saya masukkan duit dalam tabung haji. Dekat cash deposit mesin pun boleh buat. Hahahahadoiii..... Alhamdulillah, selamat masukkan duit. Suami suruh, lama sangat simpan duit kat rumah. Dia takut saya pakai duit shopping ler tu. Tapi takpe, jangan bagitau dia tau, saya dah ketepikan duit sikit, mana tahu, nak beli kasut lari baru. ๐Ÿ™ˆ

Ok la, jumpa lagi... 

20 comments:

  1. Akhirnya tercapai hasrat mkn roti canai hari ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. terliur tengok Kakmim makan. Alhamdulillah. :)

      Delete
  2. Itulah susah. Sayapun ada masalah ibujari. Kuat peluh.
    Haha saya ingat hendak keluar duit nanti. Tidak tahu bila.
    Ehem banyak duit ke itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, sama NA dengan saya.
      Takde la banyak mana, ada la sikit. Hehe..

      Delete
  3. Lagi senang simpan duit bawah bantal ye kak tp dividen kena tggu encik suami gandakan hehe...akak mkn byk pun tak apa selalu berlari,kalau sy ni habis la berlari2 jarum penimbang nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. ye la, Afzan. Akak malas sebab masalah macam ni ler.
      Afzan kecik je, akak tengok.

      Delete
  4. sedapnya nasi lemak bungkus daun pisang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap, nohas. Kena tahan je rasa nak sebungkus lagi. Heee... nafsu makan kuat!

      Delete
  5. Okay tak bagi tahu biarlah rahsia. Orang pompuan memang kena ada duit rahsia hahahaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. mekacih, Mrs. A. Betul, saya setuju! ^_^

      Delete
  6. Oh, seronok la nanti dapat kasut baru. Nasi lemak daun pisang dgn roti canai, sama2 buat keliru nak makan yg mana satu. Sudahnya, makan dua2, biar menyesal makan dari menyesal tak makan ๐Ÿคฃ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. saya setuju! Nanti balik terbayang-bayang kalau tak makan.

      Delete
  7. Saya study Kat Penang dulu, 2004-2006. Harga nasi lemak dekat campus masih 50cent kurang lebih. Skr harganya 1.5 ringgit, tak naik banyaaak yaaa ๐Ÿ˜๐Ÿ˜.rinduu sangat dengan nasi lemak dibungkus daun pisang juga. Lebih wangi kalo dibungkus daun ๐Ÿ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, gitu. Salam kenal, Fanny. :)
      Betul, nasi lemak daun pisang ada aroma tersendiri.

      Delete
  8. sama laa kes sy. kalau hal2 yg libatkan cap jari ni haihhh makan masa... kdg geram juga laa... bkn sbb berpeluh tp sbb mesin x dpt detact.
    sesekali mkn kat luar lyn tekak sendiri apa salahnya๐Ÿ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, sama kita ye. Ye la, sesetengah bank patut pastikan alat fingerprint scanner tu jenis peka, kan. Ini bila punya tahun, tak bertukor-tukor, pastu tak lulus scan ibujari.

      Delete
  9. Sekarang transfer ASB online pun boleh menggunakan Maybank...tapi perlu tukar duit tunai ke bank dulu...macam leceh dan lebih baik terus ke kaunter jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ye ke. Betul, baik berurusan di kaunter terus.

      Delete
  10. MA baru gi tabung haji cuti ni, simpan duit raya anak2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit, kan... :)

      Delete