Kepanasan

 Khamis, 20 Syawal 1444 Hijrah.

Lepas hantar anak-anak ke sekolah pagi tadi, nak je saya balik ke rumah, tidor. Mood malas giler! Tapi saya pergi juga la ke tempat lari.

Cuaca panas lain macam pagi tadi. Walaupun baru pukul 7.30 pagi, panas dia macam sudah pukul 9 pagi.

Tangkap layar berita Bernama

Ha, berita pun cakap kat Manjung ni, panas tahap berjaga-jaga, iaitu suhu 35-37 darjah celcius. Saya lari asyik tengok jam je, dah berapa jauh, cepat la habis lari, tak sabar nak balik. Otak suruh balik, tapi kaki je masih nak berlari. 

Cik Teh cakap,"Makcik, oi, pi balik la! Panas-panas pun lari"

Jogging sampai 6 kilometer je hari ni. Alhamdulillah. Memang heat training betul la pagi tadi. Lenjun baju.

Bila suami balik kerja pukul 9 pagi, dia ajak pergi sarapan luar. Pergi Cafe Ikhwan Manjung. Al-Ikhwan ni, banyak juga cawangan dia, seluruh Malaysia, kan.

Gambar carian Google

Banyak menu sarapan yang dihidang dalam bentuk buffet, seperti nasi lemak, kuetiau, mi, bihun goreng, lontong kuah lodeh, kuih-muih, dan pelbagai jenis roti canai juga. Konsep layan diri.


Saya ambil kuetiau goreng dan ayam goreng seketul. Rasa ayam dia macam ayam keepci.


Ambil juga sandwich sardin dan telur rebus, dan roti goreng karbonara dan sardin.

Rindu nak minum nescafe tarik kat sini. Susah nak cari restoran yang buat air nescafe tarik sedap. Sini memang cukup rasa, dulu selalu juga order. Tapi pagi tadi, saya minum air suam saja.

Selepas sarapan, pergi hospital, ambil ubat. Alhamdulillah, orang tak berapa ramai macam petang semalam. Ok ler.

Bila balik rumah, saya masak nasi goreng untuk makan tengahari.


Minum air banyak-banyak ye. Jaga diri dan keluarga. 

Jumpa lagi.. 😊

18 comments:

  1. Hari ini memang terasa sungguh bahang panasnya Nur!
    Rasa seperti bersauna dari pagi hingga ke petang. Masuk waktu maghrib barulah rasa selesa sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Amie..
      Iye.. macam masuk dalam sauna, saya setuju!

      Delete
  2. Alhamdulillah kat sini walau pun pagi panas, petangnya hujan pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya, hujan turun. Sejuk sikit, kan, wak.

      Delete
  3. betul...pagi pun dah panas, petang apa lagi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye, mummy Ayu. Saya angkat kain pukul 7 petang, sebab kurang sikit bahang time tu.

      Delete
  4. restoran ikhwan di Kuantan pun ada tp sy belum pernah masuk,nanti kita 'cuba try test'

    ReplyDelete
  5. sedap tu makanan kat cafe tu. lps lari mesti lapar kan? Ngap terus!

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Ye. Susun atur meja pun lapang dan ada ruang.

      Delete
  7. Tahan betul lari dalam panas. Hehe saya lama tidak jalan laju. Harap banyak buat kerja rumah.
    Haah sini ada Ikhwan tapi tidak pernah singgah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat kerja rumah pun boleh bakar kalori juga, NA.
      Oh.. cuba lah.

      Delete
  8. Di Jakarta pun luar biasa panasnya kak. Saya sampai tak nak keluar rumah. Yg kasian kucing saya, akhirnya minta masuk kamar, nak dinginkan badan dia , Krn kamar ber AC. 😅.kasian pulak lihatnya 😄. Semoga tak lama sangat serangan panas ini yaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian pada kucing. Binatang juga boleh kena dehydrated. Kucing Fanny pun pandai mau duduk dalam aircond ye. Hehe..

      Delete
  9. wahhh panas2 pun lari juga yaaa👍👍👍 kadang lepas solat terbang semua telekung dek sebab panas. dah pasang kipas pun panas juga grrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Anies. Kena duduk depan aircond juga.

      Delete