Kerja dalam pembikinan

 Sabtu, 22 Syawal 1444 Hijrah.

Pagi ni, saya tak pergi lari. Saya pergi pasar pagi Bota. Jalan-jalan cari makan. 😁

Semalam, saya pergi lari. 

Tupai comel turun pokok

Semalam punya larian adalah sejauh 7.5 kilometer. Alhamdulillah.

Sudah lama saya tak share hasil kait saya, kan. Salah satu work-in-progress sekarang adalah granny square blanket.  


Boleh buat alas meja. Boleh buat sebagai sofa throw, ikut citarasa masing-masing la. Sudah lama saya mula. Tapi belum habis lagi. Setakat ini, baru boleh cover 2 seater punya sofa. Saya bercadang untuk besarkan lagi, sehingga dapat cover sofa 3 seater. Bila dijangka siap? Mungkin lagi 5 tahun kot. Hehehe.... 

Baiklah. Entri ringkas saja hari ni. 

Kalau rajin, petang ni, saya pergi berlari.

Kalau malas, petang ni, saya lepak depan tv.

Selamat hari Sabtu, semua... selamat pergi jemputan open house di hujung Syawal ni. 

Jumpa lagi, ye. 😊

24 comments:

  1. tergelak saya baca 5tahun lg tu kak,teringat kisah sy menjahit sy tak minat apatah lg nak rajin macam akak kait macam2,awal kahwin dulu waled beli kan mesej jahit,daftar masuk kelas menjahit utk saya tapi saya tak pergi kelas.mesin jahit dia beli saya jual semula..saya tak pernah tanya knp dia nak saya bljr menjahit...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. sweet. Kenapa dia tak tanya dulu, Afzan minat ke tak, ye. Sayang juga, sebab dah daftar kelas, dan dah ada mesin pun.

      Delete
  2. Cantik betul hasil kait Nur tu.
    Warna-warni macam warna pelangi.
    Selamat beristirahat Nur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Amie. Memang istirehat pun, dua hari saya tak berlari. Huhu...

      Delete
  3. Sama macam saya, klu datang mood malas tu asyik bertangguh je smp la dah terpaksa baru buat hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. memang, kalau nak buat sesuatu, kena ada mood. Kalau tak, hasil tak mencapai kualiti yang kita tetapkan. Chewah.. :D

      Delete
  4. teruskan usaha untuk buat kerja kait mengait...moga nampak hasil sesuai dengan peredaran masa yang sangat pantas sekarang ini

    ReplyDelete
  5. benang-benang kait ni selalunya beli kat mana? online ke?

    corak sple je tp dah jd mmg👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya beli di kedai alat-alat jahitan dekat rumah. Ada juga beli online, di shopee, kalau kedai di luar tak ada kod warna benang yang saya nak.
      Terima kasih, Anies. :)

      Delete
  6. Kalau saya pandai kait, saya ingat nak buat topi baby ke camtu. Rasa macam cute sgt haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Kalau ada baby atau nak bagi pada kawan-kawan yang ada baby, apa salahnya. Kalau berminat, refer je kat youtube, ada banyak tutorial ajar kait topi baby.

      Delete
  7. Pergi jemputan hari Sabtu itu sahaja tapi makan lama duduk atas jalan raya. Beraya di Kuala Selangor.

    ReplyDelete
  8. boleh geng ngan Ibu MA..suka mengait ni..

    ReplyDelete
  9. rajin dan teliti kait mengait utk 2 seater., hehe

    ReplyDelete
  10. cantiknya kak... takkan la 5 tahun lg kak ehhehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Dana. Hehe.. sebab projek sampingan. Ada lagi projek lain, Dana, berjalan dalam satu masa. Hehe...

      Delete
  11. Cantik warna-warni!
    Emm..saya ni dah berpuluh tahun masih tak siap kaitan bekas tisu 🤣. Sebab tu saya tabik dengan Nur, tekun orangnya.

    Bila memerhati alam, nampak tupai di pokok pun boleh buat kita senyum bahagia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh.. ada kait bekas tisu ye? Hehe... kena tunggu seru mengait datang ni, Ujie. :D
      Betul, rasa aman tenteram tengok tupai dan pokok-pokok yang besar dan redup.

      Delete
    2. Ada, sebelum kawin dulu belajar mengait dengan kakak. Tapi tulah, tak tekun separuh jalan berhenti. Terbiar gitu je barang-barang mengait saya 😅

      Delete
    3. Laaa... ye ke.. mungkin minat Ujie ke arah lain. Saya nampak, macam lebih pada fotografi dan video editing. :D

      Delete