Rejeki hari ini

 Selasa, 18 Syawal 1444 Hijrah.

Petang semalam, saya makan malam di luar, dengan suami.

Dinner Isnin, maggi celup

Saya makan maggi celup di kedai tomyam. Walaupun dia ada bagi bahan tambahan seperti chilli flakes, cili jeruk, garam dan gula, dalam bekas hijau dalam gambar di atas, tapi saya tak tambah satu apa pun. Sebab saya rasa dah cukup rasa, maggi celup saya. Ada ayam dan daging juga. ๐Ÿ˜‹ 

Pagi tadi, saya lari solo. Lepas hantar anak-anak ke sekolah, saya pun pergi ke tempat lari, macam biasa.

Gambar matahari naik

Cuaca pagi tadi, tak panas sangat. Berangin pula. Syok jugak, sebab layan angin kuat, sampai terlajak 10 kilometer, saya lari pagi tadi.

Balik rumah, saya siram pokok, basuh kain, bagi kucing makan, bersihkan litter box kucing, dan saya buat yoga sekejap.

Sesetengah pose yoga yang saya buat, rasa sangat selesa. Lebih kurang macam regangan badan. Rasa macam nak tertidur pun ada. 25 minit kemudian, bunyi mesin basuh selesai cuci baju. Jadi, saya pun pergi sidai pakaian dulu di ampaian. Waktu menunjukkan sudah lebih pukul 10 pagi, saya belum sarapan lagi. Rasa macam buat intermittent fasting pulak.

Selesai sidai baju, saya mandi. Bila badan sudah segar, tengok jam, sudah pukul 11. Elok saya masak dulu, sebab budak form 3 balik sebelum pukul 1 hari ni. 

Saya tak masak nasi. Saya masak spagetti carbonara.

Spagetti carbonara

Nampak kosong je spagetti carbonara saya. Saya gunakan bahan yang ada di rumah saja. Ada sikit daging cincang. Lepas tu, tambah sos spagetti cheese and herbs. Resepi sendiri je, campak-campak.

Selesai masak, suami pun sampai rumah, pukul 12.30 tengahari. Dia kerja shif malam. Suami bawa balik nasi dagang, 2 bungkus. Ya Allah, macam magic! Dah la saya belum makan pagi. Cantik betul aturan Allah. ๐Ÿ˜


Sedap betul makan nasi dagang, lauk gulai ikan tongkol dan ada acar. Dah lama tak makan. 

Kat rumah saya ni, kuih raya semua dah lama habis. Baguslah, saya fikir, boleh mula eat clean. Tengok-tengok, suami bawa balik kuih raya juga, ada orang bagi.


Apa nama kuih bentuk bunga tu? Dahlia ke? Entah, saya tak tahu, tapi bila makan, atas dia ada nestum. Sedap, empat-empat jenis kuih raya di atas. Almond london memang tak rasa lagi, tahun ni. Tart nanas dia, cukup rasa. Tart warna ungu tu, rasa macam anggur. Bila makan, tak boleh cakap. ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

Alhamdulillah... rejeki hari ini. Berbaloi saya lari 10 keyem hari ni, dapat makan kuih raya sedap. 

Ok. Tu je la. Jumpa lagi, ye.

18 comments:

  1. Alhamdulillah.
    Banyak rezeki hari ini.
    Nikmati saja.
    Esok lari lagi hihihiii.

    ReplyDelete
  2. Lamanya x jogging...xde masa nak buat..tambah masih x kuat...hahaha...covid second time ni buat immune jauh lari terbabas...jalan sikit mengah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, semoga SA cepat-cepat sembuh sepenuhnya, ye. Nanti bila selamat diijabkabul, boleh jogging dengan suami, on weekends. Hehe...

      Delete
  3. saya teringin tengok mee celup tu kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. sila, sila, Afzan. Pekena panas-panas, memang umpphh!

      Delete
  4. Replies
    1. Alhamdulillah... syukur. :) Salam kenal, aswaleyla.

      Delete
  5. Sayapun tahun ini tidak makan lagoli almond london.
    Produktif hari Puan Nur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Dapat settle kerja rumah pun rezeki dari Allah juga, semua berjalan lancar.

      Delete
  6. Serba salah saya nak makan-makan ni, pasal langsung tak berlari ๐Ÿคญ
    Bagus hari Nur, aktif ๐Ÿ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh... laaa... makan je la, Ujie. Hidup untuk dinikmati! :)
      Terima kasih.

      Delete
  7. tetiba rasa mcm dah lama x mkn carbonara๐Ÿ˜ hmm bangkit cheese kot? sbb tgk mcm sm je yg sy mkn kt opis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rupa macam sama, Anies. Tapi bukan bangkit cheese. Macam rasa semperit tapi ada nestum atas.

      Delete
  8. pertama kali dengar mi maggie celup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita boleh pilih, Encik Hanafi. Nak mi celup ke, bihun celup ke, atau maggi celup. Maggi yang dia gunakan, maggi siam. Takde jumpa kat kedai atau supermarket kita.

      Delete