Pekena mi kicap

 Isnin, 2 Zulkaedah 1444 Hijrah.

Sudah masuk bulan Islam baru. Masa Syawal hari tu, betul-betul raya sampai ke penghujungnya, kan. 

Suami saya masih dapat jemputan jamuan raya hari Sabtu lepas. Saya tak ikut dia pergi. Tapi dia balik malam tu, bawa juadah raya. Saya pula, tak tidur lagi. Apa lagi, kita midnight snacks la! 😁


Lemang sebatang, serta rendang daging. Ada 2 jenis rendang, suami bawa balik. Satu rendang kering, satu lagi ada kuah (dalam gambar atas). Keduanya rendang daging. Rendang kering, terus simpan dalam peti ais. 

Ish ish ish.. dah lama tak makan pukul 11 malam. Makan lemang dan rendang pulak tu. 😋 Tolak ke tepi nilai kalori. Tapi saya takde la makan habis lemang tu. 4-5 potong juga masuk perut. 

Tu cerita malam hari Sabtu. Hari Ahad pula, hujan sejak pagi. Jadi saya pun tak pergi lari. Hujan sekejap lebat, sekejap renyai.

Saya pergi sarapan dengan suami, di tempat baru. 

Gambar dari google. Masa saya sampai, hujan lagi. Malas bawa keluar henfon.

Mee Kari Lagenda, nama kedainya. Terletak di Sitiawan. Menu yang ada, termasuklah pelbagai jenis mee, pelbagai jenis tosei dan nasi lemak.


Saya pesan mi kicap. Datang sekali dengan sup fishball dan crabstick. Rasa mi kicap ok, boleh tahan. Dalam gambar tu, kicapnya ada di bawah. Saya belum gaul rata.


Suami pula pesan mi kari. Rasa boleh tahan.

Kedai ni, ada 2 pintu. Dua-dua belah boleh duduk, makan. Kami turut bungkus 2 keping tosei biasa dan sebungkus nasi lemak ayam merah untuk anak di rumah. Tak pernah saya jumpa tosei orang melayu buat, perempuan pula. Kalau makan tosei kan, di restorak mamak je. Anak kata, tosei dia sedap. Ok la tu, lain kali boleh repeat. 

Gambar dari google

Ni salah satu ruang makan yang pengunjung boleh duduk.

Butiran kedai:

Mee Kari Lagenda

65, Jalan Terus Maju 1

Taman Terus Maju

32000 Sitiawan, Perak.

Buka 7 pagi hingga 7 malam

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 😊

12 comments:

  1. Haah betul susah jumpa tosei di kedai Melayu.
    Semoga terus maju (macam nama jalan) kedai ini.

    ReplyDelete
  2. penah try sekali je mi kicap ni ms g ipoh 2 thn lps... sekadar nk rs...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok tak rasa dia, Anies? Lain tempat, lain, dia punya plating. Saya pernah makan mi kicap, atas dia, ada sambal. Yang saya makan ni, takde sambal pulak, cuma bawang goreng.

      Delete
    2. ok. cuma tekak sy rs mcm masin sket kicap tu. lain2 ok je

      Delete
    3. Ha.. sebab tu, mi kicap selalu dihidang bersama sup, Anies. :)

      Delete
  3. Masa Iman belajar di Ipoh, sy perasan, banyak kedai jual mee kicap dan mee kari. Ehemmm.. pukul 11 malam tu memang time lapar selalunya, tapi selalu sedapkan hati sebab dah nak tidur kan, hihi. Sekali sekala makan pukul 11 onz jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, kat Ipoh pun ada satu kedai femes, jual mi kicap.
      Hehe...

      Delete
  4. pandai dia buat tosei....kekdg frust jg makan mi kicap sebab rasa kicap je...haha...kat kuale, ada kedai mi kicap femes kat kwsn lembah, kedai cina tapi ramai pelanggan melayu makan, depa ckp halal...tak pernah try..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, ye, ye. Saya belum berkesempatan cuba lagi, yang kat kuale tu. One day, boleh cuba. Orang kata, yang kat Ipoh punya lagi sedap, mi kicapnya. :D

      Delete
  5. Mee kicap? Erm, tak pernah lagi cuba. Baiknya asben Nur ingat bawak balik makanan dari open house utk wife ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan rumah yang suruh, Carneyz. Banyak makanan open house tak habis, tuan rumah tak mahu membazir. Habis dia suruh tetamu bawa balik.

      Delete