Jamuan raya

 Jumaat, 21 Syawal 1444 Hijrah.

Semalam telah berlangsungnya jamuan raya anjuran ofis suami saya. Saya dan suami saja yang pergi, lepas maghrib. Anak-anak tak mahu ikut. Jamuan diadakan di Rumah Perak. 

Dulu, Rumah Perak ni, rumah orang. Saya selalu lalu kawasan perumahan situ bila ambil atau hantar anak sekolah masa dia orang sekolah rendah. Laluan short-cut, ikut kawasan perumahan. Sudah 3 tahun tak lalu jalan tu, sebab anak bongsu pun sudah sekolah menengah. Sekarang, Rumah Perak ni sudah dijadikan lokasi orang boleh sewa, untuk buat kenduri kawin, jamuan dan sebagainya. Memang akan perhati rumah ni setiap kali lalu, sebab ini satu-satunya rumah kayu di situ. Sebelah kiri dan kanan, berhadapan, semua rumah batu, satu-satu, lot banglo.

Rumah Perak dari luar.

Cantik tempatnya. Pertama kali kami datang ke Rumah Perak ni. Bagus juga jamuan dibuat malam. Tak la begitu panas banding siang.

Pandangan dari meja kami

Panjangnya meja hidangan raya.


Sesuai sangat buat majlis kahwin sini. Ada 2 stage. Sana dan sini. 

Pentas utama

Majlis dimulai dengan bacaan doa. Lepas tu, acara makan-makan la. Meh tengok, hidangan raya yang kami ambil.

Nasi minyak, lauk daging hitam, acar jelatah, rendang ayam berkuah, dan ayam masak merah.

Nasi ambil dua pinggan, mula-mula suami makan dulu, pastu saya pulak repeat.

Kambing golek bersama kentang goreng, roti bawang putih dan coleslaw.

Suami beratur di kiosk kambing golek. Minta 1 pinggan je, bagi pihak saya. Tapi dia bagi 2 pinggan. Suami tak makan kambing. Jadi, saya habiskan 2 pinggan kambing golek ini. Sedap! Daging kambing lembut.

Ayam bakar, sate, kuah kacang, lemang, nasi impit cicah rendang ayam

Yang ni saya suka! Sebab sudah 20 Syawal, barulah saya dapat merasa lemang dan nasi impit. Alhamdulillah, dapat juga makan. 

Apam polkadot, karipap, 2 ketul sosej dan kuih seri muka

Sambil makan, boss beri ucapan. Lepas tu, ada persembahan slide, menunjukkan aktiviti ofis masa bulan ramadan yang lepas. Turut diselitkan, cabutan bertuah dan acara penyampaian duit raya oleh bos besar kepada anak-anak kakitangan. Ruginya, anak-anak kami tak ikut. Dia orang acara majlis macam ni, tak suka ikut.

Mi kari

Mi kari kongsi makan. Perut sudah mulai gendut.

Teh panas dan laicikang

Teh panas untuk saya, dan laicikang suami punya. Teh dia tak manis sangat. Turut disediakan air mineral satu botol di setiap meja.


Pencuci mulut, aiskrim KitKat mini. Yummy... 😋

Tiba-tiba nombor suami saya dipanggil. Memang suami saya sejak dulu, kalau ada cabutan bertuah, dia selalu kena. 


Atas setiap meja juga, ada sebalang biskut florentine.


Dah rasa sikit. Sedap. Kami bawa balik yang atas meja kami. Itu gunanya bawa handbag besar ke jamuan raya sebegini. 🙈

Ada makanan yang kami tak ambil, seperti laksa penang dan spagetti carbonara, juga pencuci mulut, fruit cocktail. Perut sudah penuh.

Selain staff sekarang, ada juga kakitangan dari cawangan Gurun dan Segamat turut serta jamuan raya ni. Turut dijemput, kakitangan yang sudah bersara. Memang meriah. Saya juga dapat jumpa Kak Siti, yang sudah lama tak jumpa, sebab dia sudah pencen. 

Sebelum balik, pihak catering membungkus makanan yang tak habis ke dalam plastik, supaya sesiapa yang nak bawa balik, boleh lah ambil. Juga, turut diadakan sesi bergambar beramai-ramai.


Suami bergambar di depan Rumah Perak. Tangan kiri tu, bawa balik nasi minyak dengan lauk-lauk. Alhamdulillah. 

Eh, takde gambar saya pun? Ada, seorang kakitangan lelaki ni, jadi jurugambar, tapi dia belum upload, hari ni mereka sibuk, ada meeting. Nanti bila dia sudah kongsi gambar rasmi, saya share di sini, ye. Selfie? Sekeping pun saya tak ambil. Bila tengok makanan seperti lemang dan nasi impit, saya fokus makan ye. 

Oh, nak tahu suami saya menang hadiah apa untuk cabutan bertuah?

Tadaaaa....


Dapat hadiah cermin! Hehe... boleh gantung di bilik anak sulung. Sebab bilik dia, tak ada cermin lagi. 

Kami sampai rumah pukul 10 malam. Alhamdulillah... kegendutan ok! Terima kasih kepada pejabat suami yang menganjurkan jamuan raya setiap tahun. Saya tengok dari luar je, Rumah Perak ni. Tapi sebab pintu hadapan dibuka, nampak ada sofa di ruang tamunya. Malu pulak saya nak masuk ke dalam rumah. 

Baiklah. Sekian perkongsian saya. Jumpa lagi, ye. 😊

18 comments:

  1. Oh, asben Nur kerja PGB ye. Saya dulu pernah dgn PGB tapi di HQ KL. Seronoknya dapat jemputan raya dari ofis suami. Ofis suami saya buat jamuan raya utk staff je, tak pernah nak jemput pasangan sekali hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye. Oh, Carneyz di KLCC ye?
      Hehe.. itu la. Rezeki juga, di situ, kalau ada jamuan raya ke, buka puasa ke, turut diundang seisi keluarga. Alhamdulillah.

      Delete
    2. Ye, mungkin suami Nur tak kenal sebab saya tak jaga bahagian RO. Lagipun dah lama tinggalkan PGB sbb pindah ke Bintulu hehe.

      Delete
  2. Sedap-sedap makanannya.
    Kalau saya serbu kambing golek.
    Itulah perut tidak dapat isi semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Semua makanan sedap, NA.
      Iye. Takpe la, bukan selalu jamuan raya. Makan mana mampu je. Hehe..

      Delete
  3. Seronoknya jamuan raya.
    Makanan pelbagai, enak-enak belaka.
    Rezeki suami Nur dapat hadiah cabutan bertuah.
    Happy jew kan Nur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Memang seronok. Setahun, sekali.
      Iye. Saya pulak opposite dia. Langsung tak pernah dapat hadiah cabutan bertuah.

      Delete
  4. venue cantik..kat rumah tradisional org Perak...menu pun terbaik, siap ada aiskrim kitkat..semalam dua2 jamuan tu ada kambing golek tapi org beratuq pjg..last2 tak ambik..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kambing golek memang old time feveret kan, mesti ramai orang beratur di kiosk kambing golek.

      Delete
  5. Waah kambing golek, atau kambing guling di sini sebutannya, saya juga sukaaa 😄👍. Kambing dimasak apapun tetap enak soalnya.

    Selalu beruntung suami Kakak kalo ada hadiah undian seperti ini yaa. Memang ada orang2 yang dikaruniakan seperti itu. Temen saya pun ada gitu juga. Tiap kali ada undian, pasti sering menang 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Fanny. Kambing masak apa pun sedap.
      Ye la, rezeki setiap orang kan. :D

      Delete
  6. saya kalau ada cabutan bertuah....tidak pernah kena kecuali cabutan untuk 7 orang dan ada 7 hadiah hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... sama lah kita, Encik Hanafi. Kurang bertuah dalam cabutan bertuah, tapi mungkin bertuah dalam benda lain, kot.. Hehe...

      Delete
  7. wahhhh dahsyat punya jamuan raya. ni baru betul2 ada vibe raya... makanan pun.... mmg boleh terlupa terus diet mayet😁😁

    mana2 majlis ada je kambing golek konpem q panjang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikiki... ada ngeye, orang Perak cakap.
      Betul, laku betul kambing golek.

      Delete
  8. Cantiklah Rumah Perak tu.. rumah2 lama di Perak, semuanya cantik2. Makin berseleralah makan kalau dapat lokasi yg macam ni. Alaa.. gendut2 pun, nanti Nur lari, hilanglah gendutnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. ha ah, rumah kayu, tak panas, walaupun open air.
      Saya amik tagline SK, biar menyesal makan, dari menyesal tak makan. Muhahaha....

      Delete