Cerita Sabtu dan Ahad

 Ahad, 16 Syawal 1444 Hijrah.

Semalam, Sabtu, saya lari dalam rumah saja. 


Lari selama 1 jam 35 minit, dengan jarak 10 kilometer. Lari dalam rumah tak berapa panas. 

Gambar di atas adalah kuetiau goreng kerang, yang saya makan berbuka puasa hari Jumaat. Sedap kuetiaunya. ๐Ÿ˜‹ Beli di sebelah Padang Astaka, Sitiawan. 


Gambar cokodok, yang saya goreng, petang Sabtu.


Ini pula bihun goreng buat berbuka semalam. Banyaknya bihun dia... suami tolong habiskan. Dia beli kat kedai tomyam Bukit Permata.

Saya rasa macam bulan puasa. Tak tahu nak masak apa dah. Suami kata, takpe, nanti dia bangun, masak untuk sahur. Tadaaa...


Nasi goreng suami masak, menggunakan perencah nasi goreng kampung Seri Aji. Hehe... Alhamdulillah.

Kacau Miau tengah tido..

Walaupun puasa, saya keluar juga lari di luar. Bosan lari dalam rumah. Tapi takde la lari sangat pun. Sebab ada pertandingan memancing la pulak, di tempat saya berlari. Larian pagi tadi, sejauh 7.3 kilometer.


Tengok.. ramainya orang memancing... 

Masa saya baru sampai, pukul 7 pagi, takde ramai orang lagi. Saya terdengar bunyi 'gedebush' di belakang. Saya toleh, tengok mat saleh ni tengah gosok-gosok lutut dia, sambil tengah terduduk lagi. Alamak, camne nak tolong ni. Badan dia agak besar, dan dia nampak lebih tua dari saya. Lelaki pulak tu. Saya patah balik, tengok dia boleh bangun berdiri. Haa.. ok pun. Saya tanya, dia ok tak?

Dia jawap, ok. Salah dia. Dia tersadung batu. Terima kasih.

Sebenarnya, lokasi omputih tu jatuh, saya juga pernah terjatuh juga. Same spot. Jatuh terjerembab. Koyak seluar saya, dua-dua belah di bahagian lutut. Memang situ tak boleh berlari. Banyak batu. 


Yang saya musykil tu, banner yang diikat di situ kata, pertandingannya minggu depan. Awat pula berlangsung hari ni? Kalau saya tahu, takde la saya lari sini pagi tadi. Baik saya pergi tempat tak ramai orang. Tengok tu, hadiah pertama dia, lumayan, kan....


Usaha betul mereka ni. Yang datang dalam kumpulan ada. Yang datang bawa anak isteri pun ada. Anak bini bentang tikar, piknik kat tempat teduh berhampiran. Tempat parking pun penuh. Ada beberapa meja jualan dibuka, yang jual barang mancing, yang jual air, meja urusetia. 

Begitu lah cerita semalam dan hari ni saya.

Apa rancangan anda hari ni? Ada jemputan rumah terbuka ke?

Orait. Jumpa lagi.

14 comments:

  1. Eh, memang musykil. Pertandingan minggu depan tapi berlangsung hari ini. Lumayan betul hadiah pertama tu Nur!
    Rancangan hari ini harapnya dapat penuhi undangan ke rumah terbuka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. 15 ribu tu, banyak betul boleh shopping dengan duit sebanyak itu. Eh.. hehe...
      Oooo... dapat pergi ke tak, Amie? Nanti saya baca di blog ye. :)

      Delete
  2. Mesti Puan Nur sudah habis puasa ganti dan sunat.
    Hari ini duduk rumah. Rehat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sudah settle, NA. :)
      Berehat di rumah di hari Ahad memang syok!

      Delete
  3. dah ok treadmill...gebu gebas cekodok tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Treadmill tak ok lagi, nohas. Saya lari keliling meja makan, masuk ke ruang tamu dan bilik anak. Hehe.
      Hehe.. cokodok gemuk memang sedap dimakan. Guna tepung naik sendiri.

      Delete
  4. Okay yg menarik perhatian saya makanan2 yg puan nur makan ni, nampak semuanya sedap hihih.

    Jemput Singgah :Harga dan Spesifikasi Proton X90

    ReplyDelete
  5. Bagus Nur ni, tak segan berlari.. sy ni segan (malu) campur malas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo... sebab Esplanade Lumut tu, memang tempat orang berlari. Kita tak buat salah apa-apa, tak perlu malu.

      Delete
  6. betul.. lari dlm rumah or gym.. x best sgt .
    kalau lari kat luar..luas pemandangan gitu

    ReplyDelete
  7. knape x ajak cik teh tu lari sama? asik membuteee je keje dia๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Teh tak cukup tido. Semalam dia overtime dating. Muhahahaa.

      Delete