Cuti Hari Wesak...

 Khamis, 13 Syawal 1444 Hijrah.

Cuti, anak-anak tak sekolah. Tapi, saya tak pergi lari hari ni. Mood mengait on. 😊

Bukan boleh mengait lama-lama, dah tua-tua ni. Mata cepat letih. Bila rasa penat, masuk dapur, masak.


Lauk sambal telur masih ada. 

Rasa nak makan sup ayam hari ni.


Saya menggunakan perencah sup Siam Adabi. Letak juga tomato, dan perah air limau nipis. Suka rasa sup yang masam dan pedas. Letak cili api juga.


Siap! Sup ayam. Buat lauk berbuka. Biar je dalam periuk. Nanti senang nak perangat. Lepas masak macam ni la, kena bawa masuk. Kalau biar di dapur luar, nanti beruk yang makan.

Selain ayam masak sup siam, saya goreng sikit beberapa ketul..


Sebab ada budak tak berapa suka lauk bersup. Goreng ayam guna tepung bistari. 

Alhamdulillah. 

Selamat bercuti pada pembaca sekalian. Best la orang Johor, Kedah, Kelantan, esok cuti lagi, long weekend. Ok, jumpa lagi, ye. 😊

21 comments:

  1. hari cuti boleh santai2 sikit kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Afzan. Tak perlu terkejar-kejar masak, nak kena ambil anak sekolah lagi.

      Delete
  2. Esok hari bekerja Pak Inche, tapi, dia amek cuti tahun. Eh, nanti nak try la rempah sup siam tu, nampak macam menjadi pulak sup siam Nur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo.. gitew...
      Jadi, SK. Boleh ler, buat makan sendiri.

      Delete
  3. sedapnyaaaa sup kaki ayam👍👍👍 sy mkn kuih teaw je. baru jap td keluar cr pisang goreng hehehe lama x mkn

    ReplyDelete
  4. Belum pernah try perencah sup siam tu, menarik untuk dicuba.

    ReplyDelete
  5. kalau rajin masak memang puas makan...lagi-lagi makanan sup yang boleh kita layan selalu berbanding makanan bergoreng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul. Masak di rumah lebih puas hati.

      Delete
  6. Sayapun suka sup pedas dan masam. Hehe. Tidak makan kaki ayam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama taste kita. Kaki ayam, ada kolagen. Dulu, saya pun tak reti makan. Dah tua, baru makan.

      Delete
  7. betul kan kak jeles kt negeri yang jumaat cuti hahahha. Dana pun suka sup yang ada rasa masam-masam kak. Dana semalam petang masak menu berat untuk berbuka masak tempe goreng je kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal. Hehe...
      Akak dah lama sangat tak masak tempe, Dana.

      Delete
  8. wah..ada perencah sup mcm ni ker? x jumpa lagi..leh cari & try ni.
    suka sgt sup siam sbb pedas & masam2 kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada, jual kat pasaraya.
      Betul, sup siam panas-panas, makan dengan nasi dan telor dadar, pehh...

      Delete
  9. Sy pun suka rasa sup siam... masam-masam pedas gitu tp x pernah pulak cuba buat sup guna perencah ni.. kalau fly ke sana je dpt taste sup sebegini... sup di sarawak ni mmg xdelah rasa sup siam.. sendiri pun x buat sup macam sup siam.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. sup Sarawak pun sedap juga. Makan panas-panas.

      Delete
  10. Belum pernah gunakan perencah sup siam, tapi pernah masak ayam sup siam. Sedap sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Amie. Rasa sup yang masam-masam pedas.

      Delete