Dua situasi

 Situasi 1

Saya: Assalamualaikum.. nak pos barang ke Sarawak, ye..

Orang: (tak jawap salam, tapi pakai tudung). Kalau bungkusan, kena buka ye, sebab kami nak tengok. Barang apa, ye? (Muka masam, sikit pun tak senyum)

Saya: Alamak.. dah elok balut, kena buka, ye? Nanti kalau dah buka, ada kotak atau plastik ke, boleh beli?

Orang: Ada, plastik ****. Barang apa?

Saya: Sate ikan, ikan bilis dan kad kredit.

Orang: Kad kredit tak boleh hantar. IC pun kami tak terima.

Saya: oooo... Ok la. Terima kasih.

Monolog: Dulu boleh je. Bukan pertama kali guna. Dah banyak kali guna. Cuma perlu bagi nombor IC, dah ada rekod aku dalam sistem. Time kedai 1 pintu, ok jer. Time dah maju, jadi 2 pintu, dah ada kaunter lawa, tak boleh pulak. Dia marah aku datang awal kot, kacau dia tengok henpon. Dah la tak leh cakap helok-helok. Masam je. Bila dah maju, jadi sombong. Aku dah balut elok-elok, disuruh buka. Orang dah bungkus dengan bubble wrap, dengan kertas mahjong, dengan kertas minyak, 3 layer tu. Nasib baik aku tak buka lagi bungkusan. Dah la plastik dia nipis, karang hancur sate ikan aku. 🙈

Situasi 2

Orang: Ye, kak, nak pos barang ke?

Eh, ada orang depan aku, dah layan aku dulu. Oh, layan 2 orang dalam satu masa. 

Saya: Ye, nak pos barang ke Sarawak. Kena isi borang ke?

Orang: Isi online je, kak. Ada bawa henpon? Saya boleh bantu. (Sambil layan orang depan saya). Akak google ********.com. 

Selesai urusan orang depan, saya ke depan kaunter, bawa henpon.

Orang: Ha, klik di sini. Ha, pilih menu ni. Ok, akak isi butiran pengirim dan penerima di sini ye. (Beri penerangan sambil senyum)

Saya ketepi, beri laluan sebab ada orang baru masuk, sementara saya isi borang.

Selesai isi, orang baru masuk selesai urusan di kaunter, saya ke depan semula. 

Orang: Ha.. seterusnya, bahagian ni, kena lengkapkan. Berapa nilai barang akak nak pos ni?

Saya: Dalam 20 ringgit.

Orang: Ha, letak je 30. Jenis barang, letak je, others. (Dia tak tanya pun apa barang saya nak pos).

Senang urusan. Lepas tu, dia print out butiran saya tadi, scan guna alat dia, suruh saya ambil gambar qr code sebagai bukti, saya buat bayaran, ambil resit dan settle.

Orang: Lain kali, akak boleh je lengkapkan di rumah borang ni. Bila sampai di kaunter, hanya perlu scan dengan saya, dan buat bayaran, siap!

Monolog: Senangnya. Alhamdulillah. Mesra pulak layanan. Walaupun ada customer lain, tak tunggu lama pun. Saya suka! 👍👍

Pendapat saya: 

Janganlah sombong bila dah maju. Dulu masa kedai kecik, elok layanan. Dah maju bisnes, banyak pulak procedure. Cakaplah elok-elok. Lumrah manusia. Bila maju, jadi sombong. Bila belajar lebih, jadi riak, rasa diri lebih baik dari orang lain, kritik dan sindir orang (eh, ni dah kes lain ni). Apa pun, pilihan ada di tangan kita. Orang Perak kata, teman pun tak sior! Banyak lagi tempat lain provide servis sama dengan lebih baik.

Sekian, cerita dua situasi. 😊

16 comments:

  1. Hurrmmm... begitulah lumrah dunia.
    Ambil iktibar untuk diri kita supaya tidak begitu apabila berada di kayangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Amie. Bila susah, ujian. Bila senang juga, satu ujian buat kita, kan.

      Delete
  2. Dua kurier yang berbeza ya?

    ReplyDelete
  3. ng kurang kot...jadi mereka layan kita seadanya

    ReplyDelete
  4. kadang rasa malasnya nak berurusan dgn kaunter kan kak,malas nak jumpa dgn org2 yg jenis perangai mcm situasi 1 tu la

    ReplyDelete
  5. mmg ramai yg mcm ni. kdg rasa nak maki je. dia igt org lain x penat ke buat keje?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal. Sabor je la, banyak-banyak.

      Delete
  6. Geram kan kalau org layan nak x nak mcm tu... kerek.. mcm dia pulak tauke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Kakmim. Sebab staf begini, kita patah hati nak guna khidmat company dia lagi.

      Delete
  7. Kannn... satu pintu tutup 10 lagi pintu ada kita boleh pilih ikut keselesaan kita. Kadang tu staff di kedai-kedai fofular pun sama layan kita macam tak nak layan jer... apa ingat kita takde duit ke? #doneluahrasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju sangat! Belambak lagi, kedai lain.

      Delete
  8. Kaak, boleh tahu tak provider apa yg diguna? Soalnya akhir may ini saya nak ke KL, planning mau kirim barang untuk teman saya di KL. Lewat pos oke tak?

    Atau ada provider pengiriman yang lebih baik? Sebenernya saya bisa aja ketemu dengan teman saya, kasih langsung tapi karena esoknya nak ke Melaka, jadi kuatir tak bisa ketemu.

    Worried juga kalo harus dibuka lagi bungkusnya 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Courier dalam Situasi 2 di atas, yang mesra dan cepat layanan tu, Poslaju. Cuma perlu pergi pejabat pos sahaja, untuk gunakan servis ini. Semoga dapat membantu Fanny.

      Delete