Bihun dia sedap

 Selasa, 3 Zulkaedah 1444 Hijrah.

Semalam, pay day. Jadi, kena keluar untuk uruskan bayar ansuran kereta dan kredit kad. Walaupun dah masak lauk di rumah, encik suami ajak lepak ngeteh. Tak kan ngeteh je kot, dinner sekali la. Kami pi Restoran D' Nur Qaseh.


Lain macam bihun goreng di atas. Bila bihun goreng ni sampai, sebukit rupa dia. Suami saya dah bahagi dua siap-siap, baru saya ambil gambar. Sini kalau pesan makanan, kena kongsi makan. Kalau sorang makan, boleh tak habis. Sedap bihun goreng dia. 😋


Hidangan sampingan adalah kentang goreng.

Pagi tadi, saya pergi berlari, seperti biasa.


Saya slowjogging, sampai cukup 10 ribu langkah. Dapat 5.57 kilometer. Saya sampai awal di tempat lari, sebab tak perlu hantar anak. Suami yang hantarkan, sebab lepas tu, dia pun ada program riadah ofis dia. 

Sampai rumah, saya sempat siram pokok dan sidai baju. Bila suami balik dari program riadah dia, kami pun pi sarapan di Restoran Nasi Ulam Lumut.


Saya makan nasi putih, lauk ayam bakar, sayur bayam campur petola dan sambal belacan. Alhamdulillah.

Korang time sarapan, makan apa, biasanya? 

Orait. Jumpa lagi, ye. 😊

22 comments:

  1. Biasanya sarapan makan cereal, roti atau telur. Tak biasa makan berat2. Tapi kalau saya jenis berlari pagi2 macam Nur mungkin akan ambil breakfast yang berat jugak 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun lebih suka bersarapan macam Carneyz. Tapi bila dah kawin orang Kelantan ni, pagi petang, nasi. :D

      Delete
  2. Kita sarapan roti jer kalau hari kerja tapi kadang2 kalau roti habis, beli la bihun ke mee goreng kat kantin. Nampak bihun goreng Nur, teringat pagi tadi ambil juga bihun goreng tauchu.

    ReplyDelete
  3. waduhhhh waduhhhh ayam bakar menggodanyaaaaaa

    ReplyDelete
  4. kalau sy hari sekolah akn bekfes apa yg anak bekal kat sekolah... nasik atau mee.... nasi goreng, nasi putih berlauk, mee hoon grg tomyam @ sos tiram... hari jumaat selalunya bekfes roti atau sandwich... hehehe... hari ni nasi goreng ayam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakmim rajin sediakan bekal anak-anak ke sekolah. Kipidap, ye.

      Delete
  5. nasi campur macam tu berapa RM kat sana? kalau sini letak ayam je dah kompem RM6.

    ReplyDelete
  6. Saya kalau di rumah, buat sarapan yang mudah je. Kukus kuih frozen atau buat roti telur. Kalau di luar, biasanya makanan berat. Itu yang naik berat, tak berlari macam Nur 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Ujie selalu travel. Jadi, rugilah kalau diet, tak cuba makanan yang best sepanjang perjalanan.

      Delete
  7. sedap semua menu kak, kalau banyak tu lepas bahagi dua mmg banyak la mehun nya tu. Tadi dana sarapan telur scramble je kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap, telur scrambled, Dana. Akak suka. :)

      Delete
  8. Sarapan Rabu pagi keropok lekor.

    ReplyDelete
  9. berbaloi..order 1 boleh makan berdua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Alhamdulillah. Portion dia banyak.

      Delete
  10. kadang kalau sarapan.. akan elakkan mkn benda berminyak.. huhu. lebih suka masak sendiri

    ReplyDelete