Selamat jalan, anakku...

 Selasa, 11 Syawal 1444 Hijrah.

Petang semalam, hantar anak sulung di hentian bas. Dia dah nak balik Dungun.


Bila lambai anak, muka ada senyum... tapi dalam hati, menangis, anak nak pergi jauh.

Anak sulung dah besor dah. Dia dah ada pendapat sendiri, perangai sendiri. Kita cuma mampu bagi nasihat. Kebanyakan masa, bukan nak ikut nasihat orang tua ni. Suka pilih jalan sendiri. Apa yang kita mampu buat? Doa dan redha. Itu hidup dia. Biarlah dia buat silap berdasarkan keputusan dia, supaya dia boleh rasa dan belajar sendiri. Dah tegur, dan sudah beritahu mana lebih baik. Semoga anak sulung pandai jaga diri dan belajar rajin-rajin, demi masa depan dia. Selamat jalan anakku... semoga dalam lindungan Allah selalu... sobss.. sobss.. 😢

Pagi tadi, lepas hantar lagi 2 anak ke sekolah, saya pergi lari dengan suami. 

Jinak-jinak merpati

Memang cuaca panas ye, sekarang. Sempat lari 5 kilometer je. 

Lepas lari, pergi sarapan dengan suami di kedai nasi ulam, Lumut. Alhamdulillah.


Saya terlupa nak makan mochi yang saya beli semalam, di Aeon. Bawa anak sulung masa tu, beli barang keperluan dia yang dah habis, sebelum naik bas. Saya suka mochi strawberry ni. Sedap. 😋

Ok ler, jumpa lagi ye...

20 comments:

  1. semlm mmg hari semua hantar anak2 blik asrama hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann... ramai juga la tengok budak-budak belaka, yang naik bas.

      Delete
  2. Suatu masa manti semua anak akan ada kehidupan sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la, Wak. Sedih pula saya pikir macam tu. Kena lepas juga dia orang, kan.

      Delete
  3. Yang penting, ibu bapa tak pernah putus bagi nasihat & panduan. Tak banyak, sikit mesti ada yang terkesan di hati anak.

    Tak perasan pulak ada mochi di Aeon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul cakap Ujie. Mudah-mudahan, kan...
      Ada, di bahagian sushi.

      Delete
  4. Bertabahlah jadi ibu.. ibu2 kita dulu pun macam dulu, kan. Keringkan hati dan jangan putus doa, insyaAllah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, SK. Macam tu jugalah mak kita rasa dulu. Sekarang kita yang rasa. Insya-Allah. Mekasih, SK.

      Delete
  5. semoga anak ambil perhatian saranan & nasihat ibubapa....nmpak sedap mochi strawberry..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn...
      Sedap, nohas. Inti dia, mochi dia, rasa semua cukup. Dan tak manis sangat pun.

      Delete
  6. Harap sedar juga si anak itu.

    ReplyDelete
  7. Sebagai orangtua kita hanya bisa kasih saran dan nasihat, tapi semua keputusan serahkan ke mereka. Itu cara saya juga supaya anak2 bisa belajar mengambil keputusan sendiri kak. 😊

    Saya ingat dulu papa mama selalu memilihkan apapun yg mereka anggab bagus, tapi tak mahu tahu apakah saya suka dengan keputusan itu atau tidak. Saya tak nak seperti itu ke anak2. Biar saja mereka belajar memilih 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, bukan untuk mengongkong, sebab anak-anak punya pendapat sendiri.

      Delete
  8. agaknya mcm ni jg laa kot mama sy rs dulu. sbb dr form 1 smpi habis u sy duduk luar (negeri lain) habis cuti blk naik bas...😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Anies. Macam tu la perasaan seorang ibu. Rindu dengan anak-anak yang duduk jauh. Kalau boleh, nak anak dok bawah ketiak je. Hehe..

      Delete
  9. alahai....semua dah balik asrama yer...
    bestnya gi lari pagi2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, tinggal la kita dengan anak yang masih sekolah sini. :D
      Alhamdulillah. Memang seronok dapat keluar peluh, Mummy_Ayu.

      Delete
  10. semakin besar semakin berjauhan daripada kita...itu adalah perkara biasa buat kita semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cakap Encik Hanafi. Kena biasakan dan redha.

      Delete