Hari ini, hari raya

 Isnin, 17 Syawal 1444 Hijrah.

Selepas hantar anak-anak ke sekolah, saya dan suami sempat berlarian di padang Astaka, Sitiawan. Lama dah tak beriadah di sini. 


Larian pagi tadi, sejauh 6.63 kilometer. Alhamdulillah. Nampak ada awan hujan di langit, tapi hujan tak turun-turun. Mula-mula berjalan laju sambil bersembang. Lepas tu, bila cuaca sudah mulai panas, saya tinggal pakcik tu, pecut laju sikit, nak bagi lepas 10 ribu langkah. Hehe...


Oh.. gitu. Ada waktu riadah di sini. Boleh gunakan waktu yang tertera di papan tanda di atas untuk jogging. Selain waktu itu, kena minta kebenaran nombor yang tertera. Patut saya selalu nampak pihak tentera naik turun, naik turun helikopter di sini. Baik. Baru nampak papan tanda ni. Dulu-dulu parking belah sana. Cuma hari ni, parking di pagar masuk di tengah padang. Parking belah sana penuh. Ramai orang Sitiawan beriadah. Yang berlari di padang ramai, geng taici ramai, geng senam joget-joget-sambil-pegang-tali pun ramai. 


Biasanya hari Ahad, saya cuti masak. Tapi semalam sebab puasa, saya masak juga la. Malas nak buka puasa di luar. Saya beli burger Ramly, saya masak di rumah. Ha, ambik. Tebalnya tomato saya potong. Dari pengamatan saya, berbanding pembelian sebelum ini, burger ayam sudah semakin mengecil. Burger daging pula semakin tebal. Hehe..

Syukur Alhamdulillah. Sudah selesai ganti hutang puasa dan puasa 6 sekali. Jadi, apa lagi? Hari raya, maaa.... kita makan la....!


Ya Allah, nikmatnya makan di siang hari. Sedap bebenor rasa kuah mi rebus makcik under the tree. Sambil pejam-pejam mata menghirup kuah, slurrrppp... sluuurrpppp....


Nasi impit cicah kuah kacang ❌

Cucur cicah kuah kacang  ✅

Hehe... enak sungguh cucuq makcik ni! Sama je rasa dia dari dulu. Walaupun cucuq biasa, bukan ada udang pun. 

Lepas sarapan, ada urusan sat, nak pos barang. Lepas tu, singgah kedai kopi 989, beli kopi.


Saya sudah kurang minum kopi. Berbanding dulu, satu hari sampai 2-3 cawan kopi saya minum. Sekarang, saya minum air suam saja. Kali terakhir saya minum kopi, masa raya pertama hari tu, di kampung suami, itu pun kami kongsi. Hari ni, saya bawa balik kopi americano panas, tanpa gula. Alhamdulillah. Boleh minum, takde rasa sakit perut ke, gastrik ke. 

Semoga segala urusan anda dipermudahkan, ye. Selamat bekerja. 

Jumpa lagi... 😊

16 comments:

  1. saya tgl 1hari lagi nak raya,bila tengok cucur kuah kcg laju2 mesej minta waled belikan juga,macam2 teringin pantang nampak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. makan je la, Afzan, bila teringin. Kalau tak makan, nanti tidur, air liur meleleh. Eh...

      Delete
  2. Selamat hari raya, Cik Nur!
    Teringat pulak cucur udang tak nampak udang kat area umah sy ni, cicah kuah kacang juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. mekasih, SK. Mat ari raye...
      Cucur udang tak nampak udang. Hehe...

      Delete
  3. MA pun suka makan cucur ngan kuah kacang..dappp...
    bestnya dpt lari pagi2... lain feel nya ngan lari petang kan plus sekarang ni musim hujan petang, kalau x hujan plak..panas plus bahang2 lagi.. so memang best kalau dpt lari pagi2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..., MA.
      Betul, lari pagi-pagi, lebih sejuk.

      Delete
  4. nampak sedap bebeno mee rebus tu kak.... mcm pekat kuahnya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap, Dana. Mi rebus paling sedap di Lumut. Hehe..

      Delete
  5. tahniah kerana berjaya menunaikan puasa sunat Syawal,...alhamdulullah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih, Encik Hanafi.

      Delete
  6. sedapnyaaaaa mi rebussss fav sy tu.. kalau g mn2 n resto or gerai tepi jln ada jual mi rebus sy order yg tu dulu

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah tumpang happy untuk Nur awal dah selamat ganti puasa. Selamat hari raya puasa sunat 6 Syawal semoga barokah

    ReplyDelete
  8. Memang nikmat makan lapar-lapar. Saya puasa belum habis. Buat asing-asing.
    Tidak suka kuah kacang untuk cucur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat NA, puasa qada serta sunat syawal asing.

      Delete