Pening

 Selasa,25 Syawal 1444 Hijrah.

Tak berapa sihat pulak. Hari ni baru ok. Alhamdulillah. 

Last sekali berlari, hari Ahad lepas.


Pergi lari di padang Astaka, Sitiawan, dengan suami dan anak bongsu. Sempat buat 7 kilometer.

Gambar di atas adalah semasa jamuan raya yang saya ada tulis ceritanya di sini

Lepas lari, balik rumah, mandi apa semua, saya dan suami pergi Ipoh, saja jalan-jalan di Mydin.

Balik dari Ipoh, saya ok lagi.

Cuma malam tu, dalam pukul 10 atau 11, saya rasa pening. Tak pernah pening macam tu. Kalau sakit kepala tu, lain. Ini, pening yang pusing. Pusing pulak, sampai saya kena pegang kepala saya, ya Allah, tolonglah berhenti pusing. 

Selain pening, saya cerry-berry juga dan muntah. Cerry-berry 3 kali. Lepas muntah, baru boleh tidur. Itu pun, kena kawal pergerakan, slow-slow. Bila baring mengiring je, pening. Jadi, saya kena tidur terlentang. Tak suka posisi macam ni, lebih suka mengiring, tapi apa nak buat.

Esoknya, hari Isnin, iaitu semalam, saya ke klinik. Tekanan darah saya rendah. Doktor ada bagi ubat. Kalau tak baik juga, kena datang check semula.

Semalam, masa solat zohor, saya cuma mampu sampai rakaat ketiga. Masa sujud, rasa bilik berpusing. Jadi, semalam, memang saya tak buat apa-apa. Cuma baring je, rehat. Bangun untuk makan dan makan ubat, lepas tu, sambung rehat.

Hari ni, Alhamdulillah, saya rasa sudah ok. Saya sudah boleh solat subuh. Takde rasa pening.

Tak tahu la kenapa. Itu yang doktor kata, kalau dia kacau hidup, kena datang periksa semula. Puncanya, boleh jadi dehidration. Atau boleh juga,  jadi sebab ada sakit lain. 

Lepas tu saya ingat yang hari Ahad tu, biasa sebelum lari, saya minum air dulu. Tapi hari tu, saya boleh terlupa bawa botol air saya. Tak minum air pun. Nak kata saya kena strok haba, saya berpeluh, malam Ahad tu. Kalau strok haba, saya baca, tidak berpeluh.

Alhamdulillah, hari ni sudah ok. Tapi hari ni saya rileks, tak keluar berlari. 2-3 hari ni, doktor cakap, jangan nak laju sangat la, buat kerja tu. Slow-slow je. Baiklah.

Orait. Semoga anda semua sihat-sihat belaka. Jumpa lagi, ye. 😊

22 comments:

  1. pelan2...semoga cepat sembuh key...

    ReplyDelete
  2. Darah rendah pula. Nasib baik ok. Selamat berehat.

    ReplyDelete
  3. Semoga cepat sembuh Nur. Jgn lupa minum banyak air cuaca panas skrg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Carneyz. Aminn...
      Baik. Saya cuba.

      Delete
  4. Alhamdulillah
    Semoga dianugerahi keafiatan yang berpanjangan

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dah OK.
    Yelah kot, mungkin kesan dehidrasi. Kena berehat dan banyak2 minum air kosong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la kot. Sebab saya berpeluh banyak dari berlari, air dalam badan tak cukup.

      Delete
  6. kalau penat silalah rehat, kalo nk lari sikit2 aje., huhu

    ReplyDelete
  7. Kena monitor bp selalu tu.. kalau pening jgn berlari ya nur.. take care

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik, Kakmim. Insya-Allah, terima kasih.

      Delete
  8. Harap Nur sihat saja dan tiada apa yg memudaratkan ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, saya sudah sihat, SK. Terima kasih, ye.

      Delete
  9. Alhamdulillah, dah sihat..risau jg kan kalau pening sampai berpusing-pusing sekeliling...rest well...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye. Sebab tak pernah alami. Sekarang pun saya slow-slow je. Sebab ada rasa light headed lagi.

      Delete
  10. ada kenungkinana over kardio kot...badan perlu rest...apa-apa semoga terus sihat ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Encik Hanafi. Memang badan kita perlu rehat secukupnya. Terima kasih. Aminnn...

      Delete
  11. mungkin juga sbb cuaca panas. sy pun kadang terasa pening jg kalu berada kat luar lama...

    apa2 pun syafakillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Anies. Betul, cuaca panas ni, mencabar juga, ye.

      Delete