Ramen dan popia otak-otak

 Khamis, 27 Syawal 1444 Hijrah.

Semalam, saya goreng ramen. Kurang selera makan nasi. Saya tak pernah goreng ramen ni. Biasanya, saya guna mi gardenia, kalau nak goreng mi.


Ini adalah ramen yang saya guna, jenama Vit's. Vit's ni, mi kering pun dia ada, yang bentuk dia macam maggi tu.


Inilah hasilnya. Saya tumbuk bawang putih dengan cili api, tumis, letak udang, ramen, kicap manis dan sos cili. Lembut ramen ni, tak macam mi biasa, teksture dia. Sedap, tapi terpedas sikit, guna cili api banyak. 😁 Boleh la. 

Lepas tu, saya ada goreng popia otak-otak. Ni pun pertama kali saya beli. Beli yang frozen, di pasaraya.


Macam popia biasa, tapi isi dia, ikan. 


Ni bahagian dalamnya. Memang rasa sebiji macam otak-otak biasa, yang dalam dia, isi ikan. Patut mahal sikit, RM12 sepaket, ada 16 biji popia. 

Abaikan background belakang tu, ye. Depan tv, siap bentang tilam, tempat lepak layan movie. 

Uiii... Ape ni... Tak lari, asyik makan je.. 

Haha... Jumpa lagi.. 😊

20 comments:

  1. Apa rasa ramen goreng? ada x rasa laksa goreng? x pernah pun try ramen walupun selalu ke sushi king

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pernah makan laksa goreng. Tapi laksa tu, kenyal. Ramen ni, lembut, kakmim. Sejujurnya, saya lebih suka ramen goreng ni, daripada mi goreng biasa tu.

      Delete
  2. mcm menarik je ramen goreng tu....dap nampak

    ReplyDelete
  3. Di mana beli Vit's itu? Tidak silap ada mi segera Vit's juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada, mi segera kosong jenama Vit's. Saya beli di pasaraya, sama rak dengan mi, maggi bagai.

      Delete
  4. Belum pernah try ramen. Mi jenama Vits tu saya selalu jugaklah beli yang kering. Senang nak buat mi goreng.

    Nur cakap pasal popia otak-otak, terus teringat popia otak-otak kat rumah ni masih belum digoreng 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, saya pun pernah beli juga, Ujie.
      Haha.. sila, sila. Buat minum petang, sat je habis. :D

      Delete
  5. Replies
    1. Boleh la, SK. Saya lebih suka ramen ni, daripada mi kuning biasa. Lebih lembut dan sedap.

      Delete
  6. Kuat makan dan kuat kardio...maka seimbang...tak akan gemok punya hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berat saya tak turun-turun, Encik Hanafi. Huhuhu...

      Delete
  7. sedapnya popia... kalau buat minum petang mmg👍👍👍

    ReplyDelete
  8. Saya bisa bayangkan ramen goreng tuh sedap 😄👍. Kadang kalo bosan yg berkuah, sayapun goreng juga kak.

    Popiah ini saya sebut lumpia kalo di sini. Suka juga, isiannya pun macam2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan rasanya, Fanny.
      Oh, lumpia...

      Delete
  9. sedap popia otak-otak..byk intinya...ramen goreng buh byk udang, terbaikk..

    ReplyDelete