Happy birthday to me...

 Sabtu, 29 Syawal 1444 Hijrah.

Semalam birthday Abe Kie. Hari ni, besday saya. Panjang umur, kita ngeteh ye, sambut birthday sama. Ajak SK sekali, birthday SK, 13 Mei, kan. Hehe...

Saya memang niat nak lari lama-lama pagi tadi. Hadiah untuk diri sendiri. 


Larian pagi Sabtu, adalah 15.26 kilometer. Terasa faktor usia, kerana pace 10 sahaja. Apa pun, syukur Alhamdulillah, sebab dah lama tak lari jarak lebih 10 kilometer.

Tengah buat regangan lepas lari, terima panggilan ada orang nak buat delivery. Saya pun segera pulang ke rumah. Delivery dari kakak sulung. 😍

Abaikan gunting trim pokok kat belakang tu, ye.

Ini dia, jambangan coklat dan rempah ratus jenama Adabi, serta belon. Tot tu, nama panggilan kakak-kakak pada saya. Nama saya, Nurhayati. Sebutan ringkas, Tot. 😁


Tudia.. ada coklat kit kat, dairy milk, coklat crispy, serbuk kunyit, sup bunjut, pelbagai rempah memasak, seperti serbuk kari, rendang, perencah sup, perencah nasi goreng, jenama Adabi. Tak payah beli dah. Kakak sulung kata, mak-mak, kena bagi hadiah untuk masak. Alhamdulillah...

Ada lagi, delivery. Menjelang tengahari, ada penghantaran dari kakak kedua pula.


Jambangan belon juga.


Ada coklat ferrero rocher, kit kat, dairy milk dan tango.

Turut ada dalam delivery, sebiji kek harijadi.


Haaaa.... πŸ˜πŸ˜‹ terharu la, kakak-kakakku ini. Susah-susah je. 

Ucapan dari kakak kedua. Gambar masa kami kecil. 


Gambar throwback masa kami bertiga masuk Hulu Langat Marathon, tahun 2018. Inilah marathon pertama saya. Sepanjang 42 kilometer tu, saya jalan laju jer. Cut-off time 10 jam. Saya sampai garisan penamat 8 jam setengah. Hehe... Syok betul waktu tu. Acara larian yang dia punya water station bukan setakat air, malah ada buah-buahan seperti tembikai, durian, nangka, rambutan. Setiap water station, lain-lain buah. Kenangan manis. 

Alhamdulillah. Orang memberi, kita merasa. Sekadar ucapan sahaja pun sudah cukup. Dah tua-tua ni, malu nak terima hadiah. Kita jumpa, makan-makan je pun sudah cukup baik. Tapi dia orang semua duduk jauh. Kakak sulung di KL, kakak kedua di Kuching. Panjang umur, kita jumpa lagi. Air dicincang tak akan putus. 

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 😊

26 comments:

  1. Birthdays are a new start, a fresh beginning and a time to pursue new endeavors with new goals. Move forward with confidence and courage. You are a very special person. May today and all of your days be amazing!

    happy birthdayπŸŽ‚πŸ’

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Anies. Baik. Saya cuba, Insya-Allah. Aminnn.... :)

      Delete
  2. Seronoknya kakak-kakak bagi hadiah.
    Selamat harijadi Puan Nur. Harap ceria dan diberkati Allah. Amin.

    ReplyDelete
  3. Happy birthday Nur! Semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat selalu. Muka awet muda, mungkin sebab rajin berlari πŸ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn... terima kasih, Carneyz. :)
      Hehe.. dah remaja purba dah.

      Delete
  4. Alhamdulillah banyak dapat hadiah
    Selamat hari jadi

    ReplyDelete
  5. Sanak helwah Nur. Moga sentiasa sihat, ceria dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Rezeki betul dapat banyak hadiah birthday di penghujung Syawal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn... terima kasih, Amie. :)
      Alhamdulillah. Banyak coklat, bagi anak habiskan.

      Delete
  6. alhamdulilah dan tahniah kerana diberi kesempatan sambut hari jadi yang ke ?? hehehe...apa-apapun selamat hari jadi dan moga terus sihat serta panjang umur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harijadi saya ke 45, Encik Hanafi. Ada tertera pada belon dalam gambar. :)
      Aminnn... terima kasih, Encik Hanafi.

      Delete
  7. Wahhhh.. jauh2 kakak2 Nur. Jap.. sy cuba kaitkan Nurhayati dengan Tot.. mana datang bunyi Tot tu, hahaha. Apapun.. sy ucapkan Selamat Hari Lahir, semoga Nur sihat sejahtera dan bahagia selalu.. Amiiinnn.

    Saing2 rupanya bulan hari lahir kita berdua dengan Abe Kie sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurhayati tu, ringkasnya, Yati atau Ti, kan. Tapi, tak sedap. Dia kena ada sengau dalam hidung, tu yang jadi Tot tu. Hehehe..
      Aminnn... terima kasih, SK.
      Itu la, dekat-dekat besday kita. :)

      Delete
  8. Seronoknya Nur dapat hadiah dari kakak-kakak.
    Comel je nama Tot 😁

    Happy Birthday Nur πŸŽ‰
    Moga sentiasa dalam rahmat Allah ❤️

    ReplyDelete
  9. Happy birthday kak nur πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰. Semoga berkah usianya, dikasih kelapangan rezeki selalu.

    Hebat kakak kuat lari 15 km itu, memang sudah terlatih staminanya yaaπŸ‘πŸ‘.

    Paling happy memang kalau kakak beradik ingat ultah kita dan ikut kirim kado πŸ˜„❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn... terima kasih, Fanny.
      Hebat tu, tidak la Fanny. Slow-slow saja, pace siput. Hehe...
      Ye, Alhamdulillah, adik-beradik ingat pada kita.

      Delete
  10. Happy belated birthday...semoga Allah makbulkan segala doa & harapan...byk dapat coklat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn... terima kasih, nohas.
      Alhamdulillah, tak larat nak makan semua coklat. Share-share anak beranak makan. :)

      Delete
  11. happy belated birthdy...dpt adiah jambangan coklat ngan rempah ..mmg rare

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, mama tisya. Happy belated birthday juga pada mama tisya, ye... :)
      Hehe.. dia custom made order untuk flower bouquet tu. Boleh je request benda yang sesuai nak letak, dia boleh letak. Saya pernah tengok, dia letak ayam goreng McD. :D

      Delete
  12. Happy belated birthday Tot eh! hahaha... samalah birthday kita dalam bulan Mei.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Mrs. A.
      Yay, seorang lari sahabat blogger yang sama bulan harijadi, di bulan Mei. :)

      Delete