Naik Bukit 300

 Isnin, 9 Zulkaedah 1444 Hijrah.

Hari ni, anak kedua punya kelas tambahan mula pukul 8 pagi. Jadi, tak dapatlah saya keluar awal untuk berlari. Suami kerja. Sayalah kena hantar anak. Pukul 8 pagi tu, dah panas. Nak lari dalam rumah, bosan pula. Jadi, saya pun pergi naik bukit hari ni. Lagi pun, bila baca Puan Ujie cerita dia naik bukit, terus saya rasa macam,"Eh, aku pun dah lama tak masuk hutan, naik bukit". Hehe... 

Bukit 300 ni, terletak dalam kawasan Teluk Batik, Lumut. Saya pun tak tahu kenapa nama bukit ni, 300. 

Minum air siap-siap sebelum tinggalkan kereta. Pakai kasut potong getah. Iye, saya tak ada kasut trail. Rugi pulak rasa kalau beli, kasut trail tu, mahal, tapi naik bukit jarang sekali. Kasut potong getah tu, sudah memadai. Kasut warna hitam, dibuat dari getah. Bawa tongkat sebatang. Tak ada hiking pole juga. Guna tongkat peninggalan arwah mak saya, dari buluh.

Parking sebelah kereta ni. Masa saya sampai, pemilik kereta tu pun, dah turun bukit dah. Mesti naik pukul 7 pagi. Berpeluh lenjun baju uncle tu, dah la dia pakai baju putih. Peh... 

Checkpoint 1

Ada sesetengah kawasan, agak licin. Sebab semalam, hujan. 

Checkpoint 4

Saya ambil gambar checkpoint yang saya nampak sahaja. Adalah selisih dengan 4 orang yang sedang turun bukit. 

Masa ni, menyesal pula saya tak bawa bekal air. Basah wei... peluh. Ingat ke, naik bukit, takde direct sunlight, dilindungi oleh pokok-pokok besar, tak panas sangat nak beriadah. Oh, silap di situ. 


Dia punya canak tu.... peh.... semput den! Padan muka, dah lama tak training bukit. 

Checkpoint 5

Checkpoint 7

Almost there. Don't give up.


Alhamdulillah... sampai ke puncak. Selpiaq satu, hantar wassap kat suami. Nak ambil gambar di bukit 300 punya papan tanda tu, ada orang. Segan pula. Kita selfie dari jauh je. Nampak kan, papan tanda Bukit 300 di belakang tu.. huhu... Suami sedikit risau saya naik bukit sorang. Sebenarnya, tak digalakkan kita naik bukit sorang-sorang, lagi-lagi orang perempuan pula tu. Seeloknya, berteman. Apa-apa jadi, terjatuh ke, tersalah masuk jalan ke. Tapi sebab ni bukan pertama kali saya naik bukit ni. Cuma lepas sampai bawah, pun, saya wassap suami juga, sudah sampai bawah, supaya pakcik tu tak risau.

Ada je, sewaktu saya turun bukit, selisih dengan ibu bawa anak-anak naik. Tapi yang tak bestnya, ada couple ni, boleh bawa anjing pula, naik bukit ni. Kalau anjing dia melepas, korang rasa, dia kutip tak? Haa... dah la di kejiranan banyak anjing keluar pagi-pagi, tuan dia lepas suruh lepas hajat luar rumah. Ni, atas bukit ni pun, dia bawa anjing juga. Entah apa nak jadi....

Alhamdulillah... selamat naik, selamat turun, Bukit 300. Memang lain macam naik bukit ni. Tak sama dengan berlari di kawasan rata. 

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 😊

29 comments:

  1. wahhh..caiyok caiyok... best tu

    ReplyDelete
  2. Kita tengok aje ni pun dah tercungap tau. Lepas ni mesti Nur gian nak naik bukit lain pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat masa sekarang, tak kot, SK. Sakit peha dan betis tak habis lagi ni. Kikiki...

      Delete
  3. naik sorang² ke nur? bahaya naik sorang in case jadi apa² xde yg tau kt trail atau kt atas tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, kakmim. Sorang je. Dah biasa naik Bukit 300 ni, kakmim, itu yang berani naik sorang. :)

      Delete
  4. pehh mesti seksi habis apek baju putih basah kuyup peloh tuhh.. ammvoii

    ReplyDelete
  5. Sesekali tukar aktiviti.
    Alhamdulillah selamat naik dan turun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Ye, NA, tukar angin sesekali, masuk hutan.

      Delete
  6. Sini ada gunung lambak. Memang haus kalau tak bawa air haha.. half way je setakat ni tak sampai puncak pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gunung tu, tinggi. Boleh cuba, kalau dekat. Slow-slow, sambil menikmati panorama alam. :)

      Delete
  7. suasana sekeliling tampak sejukkk je... kalau ramai2 tak terasa dah😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab cuaca memang panas masa naik bukit hari tu, Anies. Bahang.

      Delete
    2. oo ye ke? laa ni kan dah hujan. masih bahang lg?

      Delete
    3. Kat Lumut ni, dah 3 hari tak hujan, Anies. Mungkin juga sebab tepi laut kot, panas dia memang sampai lenjun baju kita kalau beriadah.

      Delete
  8. semangat jogging olahraga pagi kak. mbul pun suka jogging 😊 bukit nampak sejuk penuh pohon rindang...jangan lupa bawa air putih untuk minum kak hehe...selamat beraktivitas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, sama kita, suka jogging. Terima kasih, Mbul.

      Delete
  9. Perghh…hebat Nur, dekat 5km cuma 1.5 jam je! Memang berlari sambil mendaki ya?

    Takde sivik sungguhlah orang yang bawak anjing tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa daki, jalan sahaja, Ujie. Masa turun, sambil jogging sikit-sikit. :)
      Itu la dia, kadang rasa rimas, mana-mana ada anjing.

      Delete
  10. Nama bukit 300 agaknya sebab ketinggian 300?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, Ujie. Saya pun rasa begitu. Ketinggian bukit.

      Delete
  11. yelah kan kak skrg awal pagi pun dh panas kan, lenkali bawak air sesiap kak walaupun tak lama sampai atas tu. Udah kang kita penat2 terpijak tahi anjing lak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Dana, lain kali memang kena bawa air.
      Itu la pasal, Dana. Tak fikir tentang orang lain, orang macam ni.

      Delete
  12. semakin mencabar pulak aktivti awak lepas berlari..nasib baik dapat suami yang sporting...kalau tidak boleh kena sound hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Alhamdulillah, dapat suami yang memahami. :)

      Delete
  13. naik bukit lebih banyak guna kederat...mmg exercise kardio yg best...saya pernah pening mendaki bukit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak.. ye ke? Belum makan ke, waktu tu?

      Delete
  14. lama tak naik bukit sejak ada anak ni. agak2 semput nanti

    ReplyDelete