Jumaat, 28 Syawal 1444 Hijrah.
Tiba-tiba ada banyak pulak gambar dalam telepon saya ni. Saya share kat sini ye, nak buat banyak-banyak entri, sejenis pemalas. π
Ni sarapan semalam, iaitu hari Khamis. Suami balik rumah pukul 9 pagi, setelah habis shif malam. Saya ajak dia sarapan di rumah sahaja. Ada roti gardenia. Kang expired, jadi saya buat scrambled egg, dan bakor roti, sorang, 2 keping. Ramen yang dimasak hari sebelumnya, ada secoet dalam peti ais. Perangat, share makan. Saya minum air milo panas. Suami buat nescafe o ais. Makan kat rumah macam ni lagi nikmat, dari makan kat kedai, saya rasa. Memang sedap makan kat kedai, lagi-lagi makanan yang saya tak reti masak, tapi bila makan kat rumah, seronok dan suka hati aku nak pakai baju apa, takde orang di rumah, kita berdua je, kalau seksi pun, bukan ada orang nampak, laki bini juga, sekian.
Sardin setin dalam bekas besar |
Lepas sarapan, terus masak nasi, masak sardin (gambar di atas) dan goreng telur dadar untuk makan tengahari. Ini kali, cuba teknik tak pernah dibuat, goreng dulu ikan sardin hingga hitam. Suami tolong gorengkan. Yeh... apa yang penting? Kerjasama! Saya dah cakap, bila goreng ikan sardin dalam tin, tutup kuali tu, nanti meletup. Suami kata, takpe, dia kebal orangnya. Pastu sardin pun meletup-letup, dan saya gelakkan dia, "Hahahahahaha" Dia dah la tak pakai baju semasa memasak, pakai kain pelekat je, sekian.
p/s: Sedap, masak sardin, kita goreng dulu ikan. Saya suka! Rasa dia pun lain. ππ
Larian hari ini, 4 kilometer sahaja. Santai-santai lah sayangku,
Pergi mana laju-laju?
Ini bukan kereta baru
Asalkan aku denganmu...
Playground digenangi air. Semalam hujan. Langit pagi tadi pun berawan, macam nak hujan lagi. Sejuk dan berangin masa lari pagi tadi. Cantik cuaca, bagus untuk lari lama-lama. Tapi saya balik awal, sebab dah janji dengan suami nak pi pasor bila dia balik kerja pukul 8 pagi.
View pagi tadi. Syoknya... saya boleh berjam duduk sini tengok laut. Sambil angin sejuk bertiup lembut menyapa muka... π
Bihun goreng dan ayam goreng seketul. |
Sebelum pi pasor, kita isi perut dulu, di Restoran Tokgat Nasi Kerabu. Saya tak nampak dia ada ayam bakor. Saya pergi ambil ayam goreng. Saya tukar ayam dengan suami. Dia makan nasi berlauk.
Gambar hasil carian google, Restoran Tokgat |
Pergi pasor, beli ikan keli sekilo, dan ayam seekor. Masa pilih cili, rasa macam barang dalam plastik bergerak. Ingat orang langgar barang yang kita pegang. Laaa... ikan keli aku hidup lagi, bergerak-gerak dalam plastik, padahal dah suruh orang tu siang! Huiii.... kome berani tak siang ikan keli sendiri? π
Untuk makan hari ni, saya masak nasi goreng sardin, dan goreng tauhu 2 ketul, cicah sos cili.
Alhamdulillah, atas segala rezeki dan nikmat dari Allah. Salam Jumaat semua...
Jumpa lagi, ye. π
Kuantan pun dah hujan lebat malam tadi sejuk sikit cuaca...
ReplyDeleteKann, Afzan... Alhamdulillah, hujan dah turun.
DeleteAlamak…tak reti saya nak siang ikan keli π. Masak pun tak pernah sebab kita sorang je yang makan.
ReplyDeleteJadinya Nur siang ke?
Ikan keli tu sudah disiang oleh penjual ikan, tapi masih bergerak-gerak. Kepala dah potong pun. Huhu...
DeleteKalau saya, mesti patah balik dan suruh orang tu siang ikan keli tu sebab saya tak reti nak bunuh ikan keli apa lagi nak menyiangnya π
ReplyDeleteSama la kita. Penjual tu sudah katok (pukul) dah kepala ikan keli yang saya beli. Lepas tu, disiang. Tapi badannya masih gerak-gerak dalam plastik, Carneyz.
Deletesaya memang tak berani siang ikan keli masa hidup-hidup....hhehehe
ReplyDeleteSama la kita. Memang wajib suruh penjual siang dulu, kan.
Deletemcm arwah mak cik sy. bla msk sardin dia mesti goreng ikan tu. dia suka dgr bunyi ikan tu meletop letop dlm kualiπ bla dah jd lauk mmg sedapppp tambah arwah mmg terer memasak...
ReplyDeleteWahh... betul, Anies. Sardin jadi lebih sedap bila digoreng dulu. Lagi satu, saya belum cuba. Nak tambah petai bila masak ikan sardin lain kali. Pehh... :D
DeleteItu yang seram ikan keli hidup lama walaupun dah mati.
ReplyDeleteSaya awal-awal tidak makan ikan keli atas itu.
Memang rasa lain kalau goreng ikan sardin dahulu.
Kan.. hehe..
DeleteLama saya tak makan ikan keli. Dulu kecik-kecik selalu makan ikan keli, tapi tak pernah siang. Emak yang goreng. Kadang-kadang nampak ikan keli gerak-gerak dalam kuali. Tak pernah jumpa ikan keli di LD.
ReplyDeleteOoo... gitu..
DeleteBanyak kisah dia hari ni, tapi bab makan masak di rumah tu, sy setuju. Lantak kita nak pakai baju apa, tak yah nak bertudung & bedak2 pun ya juga.
ReplyDeleteBetul. Bebas makan di rumah, lebih nikmat, kan.. :)
DeleteSaya tak terlalu suka sardin karena aromanya fishy sangat. Tapi sedikit penasaran juga rasanya kalo digoreng dulu. Mungkin bisa mengurangi baunya ya kak. Krn biasanya kalo ikan digoreng saya lebih suka
ReplyDeleteLebih enak, Fanny, bila digoreng dahulu. :)
Delete