Jumaat, 14 Syawal 1444 Hijrah.
Salam Jumaat, semua... 😊
Hari Jumaat sibuk sikit, sebab anak-anak balik sekolah awal. Lepas lari, kena cepat-cepat mandi dan masuk dapur, masak, supaya bila anak-anak dah balik, ada benda nak makan.
Semalam punya ayam goreng tinggal 2 ketul. Saya goreng lagi ada ayam dalam freezer. Kemudian, saya sambalkan. Eh.. ada ke perkataan 'sambalkan'? Hehe..
Simple je. Buat lauk berbuka.
Bila tengah tunggu anak balik sekolah bawah pokok, Encik Ninja Van whatsapp, cakap nak delivery barang. Takpe, letak je kat pagar, jap lagi je saya balik.
Saya terbeli tudung online. Dua tudung, harga RM50. Tudung jenis ada tali, tie-back. Baru nak berjinak-jinak pakai tudung jenis ni. Saya tertarik sebab tengok video orang pakai, terletak je awning tu, dan nampak kemas. Tak perlu pin. Tak perlu gosok.
Dasar orang perempuan. Dah ada banyak tudung, beli lagi. Aritu raya, dah beli tudung bawal. Ye la, ini last, ok.
Babai. Jumpa lagi. 😊
nanti tunjuklah gambar pakai tudung baru...
ReplyDeleteSaya sudah tunjuk, dalam entri baru. :)
DeleteSy pun berkenan jugak tudung macam tu.. tapi risau tak kena dengan bentuk muka. Orang rajin lari macam Cik Nur, mukanya kecik, mesti cantik terletak gitu. Nanti ambil gambar tau, tudung dan orangnya sekali.
ReplyDeleteHehe.. tak jugak, SK. Muka saya bulat, kalau salah pilih tudung, nampak pipi montel.
DeleteTidak tahu pula ada tudung ikat belakang
ReplyDeleteSaya pun kebetulan terjumpa, NA.
DeleteSaya selalu nampak iklan tudung ikat belakang di FB. Suka tengok sebab nampak kemas jew pemakainya.
ReplyDeleteSama la, dekat FB saya pun. Cantik dan kemas, kan.. :)
DeletePerempuan dan shopping tidak dapat dipisahkan...berbanding lelaki perlu fikir panjang dan masak-masak hehehe
ReplyDeleteKikiki...ye la, lelaki memang cerewet kalau nak beli barang, punya la lama memilih, kat kedai. Tengok orang perempuan, senang je, beli online. Jimat duit minyak. :D
Deletelauk paling ringlas. dah siap mmg lega😁
ReplyDeletedan lagi yaa shopping online😀
Hehe... dah tu, Anies. Saya dah insaf. Tudung tu, last beli.
Delete