Update cerita dan hadiah dari Syazni Rahim

 Lamanya saya mengabaikan blog saya ni. Last posting masa hujung Februari. Haha... hadoi. Saya sibuk sikit, dan juga malas. Banyaknya benda buat dalam sehari, sampai masa itu berjalan dengan sangat laju. Masa cuti sekolah, ketiga-tiga anak ada di rumah. Apa saja saya masak, habis. Nasi goreng ke, burger ke, nasi lauk ayam goreng ke, kari ke, semua la. Huii... macam kerja buruh pulak anak-anak saya ni. Makan banyak. 😁  

Pembaca sekalian sudah hantar ke, e-filing (income tax)? Saya sudah hantar suami saya punya, pada hari kedua dibuka tarikh hantar, iaitu pada 2 Mac lepas. Tak pernah-pernah suami saya kena cukai sebanyak ini, tau! Eh, pada pembaca yang tak tahu, saya selaku menteri kewangan keluarga saya, merangkap setiausaha kepada suami, memang tiap-tiap tahun saya tolong hantarkan borang e-filing tu. Saya begitu pissed-off lepas hantar tu. Giler tau! Ibarat suami saya penat-penat kerja overtime tu, untuk bagi separuh kepada kerajaan. Kalau jadi kepada anda, anda marah tak? Banyak ooo, boleh pergi cuti oversea.... Mengucap panjang saya la. Memang 'bersih' kerajaan kita ni. Sampai duit orang pun dia nak sapu bersih. Urut dada sat. Itulah salah satu sebab juga kenapa saya tak update blog. Sebab saya rasa nak carut je. Hari-hari rasa nak mencarut kat orang. Jadi, lebih baik saya diam. Jauhkan diri sekejap. Tapi Alhamdulillah, sudah dapat tax refund hari ni. Boleh la buat belanja keluarga. Ha ah. Cepat dia pulang semula potongan cukai berjadual yang dia ambil tu. Terima dengan lapang dada, rezeki dari Allah. Semua cukai. Cukai taksiran, cukai tanah. Masa awal tahun kan, semua kena bayar. 😒

Tutup cerita tak best. Cerita best pula. Anak sulung ada di rumah, cuti semester. Hari tu, dia pergi ke Uitm Negeri Sembilan, sebab dia masuk Karnival Sukan Mahasiswa Uitm (KARISMA). Dia wakil Uitm Terengganu dalam catur. Alhamdulillah, dapat tempat kedua.

Medal anak, depan.

Medal belakang.

Keputusan peperiksaan semester 3 pun sudah dapat. Alhamdulilllah. Lulus. Bila dia wakil Uitm, bermakna dia masih dapat duduk hostel dalam U lagi. Berita baik juga tu. Nanti masuk semester baru pun, kuliah online. Jadi sepanjang puasa, dia ada di rumah. Lepas raya, baru dia balik Terengganu. Yay! Boleh suruh dia ambil adik dia di sekolah. Lega mama. 

Anak kedua pun sudah selesai SPM. Alhamdulillah. Selamat semuanya. Sekarang tunggu keputusan. Nak suruh dia ambil lesen kereta, sementara dia tak kerja ni. 

Aha. Saya sudah dapat hadiah yang saya menang melalui Giveaway Perfume SR. Saya menang hadiah saguhati kedua. Untuk senarai pemenang giveaway ini, blog rujuk di sini.


Saya terima bungkusan hadiah giveaway ini pada 3 Mac yang lepas. Hadiah di dalam ialah...


...sehelai tuala! Lebih kurang macam tuala Decathlon, yang cepat menyerap dan mudah kering tu. Tapi bukan jenama Decathlon. Label tuala tertulis AuraPro. Pertama kali saya dengar jenama tuala ni. Bila saya buat carian online, rupanya tuala ini boleh dibeli di Shopee, Lazada dan Tiktok. 100% Korean Cotton katanya. Wah... Alhamdulillah. Terima kasih kepada Puan Syazni Rahim, atas hadiahnya. Semoga rezeki Puan Syazni Rahim bertambah murah, berjaya dalam kerjaya dan studies dan bahagia selalu. 

Ok. Itu saja untuk kali ini. Jumpa lagi, ye. Selamat berpuasa kepada semua pembaca sekalian. Semoga dipermudahkan segala urusan. Musim panas, bertabahlah kita. Kat tempat saya ni la, panas. Tempat anda macamana cuaca? Selamat berpuasa...! 😊

46 comments:

  1. Selamat berpuasa buat Nur...SA x buat lagi E-Filing...minggu ni insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Selamat berpuasa untuk SA juga. :)
      Semoga dipermudahkan urusan SA.

      Delete
  2. Sayapun mendiamkan diri kalau ada perkara kurang seronok. Lebih suka membaca blog orang.
    Sayapun sudah dapat hadiah minyak wangi bentuk pen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama kita ye, NA.
      Wah, best tu. Senang bentuk pen, boleh letak dalam handbag.

      Delete
  3. Salam Ramadan Al Kareem buat Nur sekeluarga.
    Selamat menjalani ibadah puasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Amie. Salam ramadhan dan selamat berpuasa untuk Amie sekeluarga juga, ye.

      Delete
  4. Salam Ramadhan juga buat kak nur...
    Linda tak tahu psal tax nie.. Husband buat sendri semuanya...gaji linda tak lepas lagi untuk dikira tax

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ramadhan, Linda.
      Oh, gitu. Untung la.

      Delete
  5. Saya pun baru plan nak buat e-filing minggu ni. Moga2 dapat pulangan. Heheh..

    Salam Ramadan dan selamat berpuasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga urusan Syaz dipermudahkan, dan dapat tax refund yang banyak. :)
      Salam ramadhan dan selamat berpuasa untuk Syaz juga.

      Delete
  6. salam ramadhan nur... selamat berpuasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ramadhan dan selamat berpuasa untuk Ako juga. :)

      Delete
  7. Salam Ramadhan.. Alhamdulillah untung dpt hadiah tempat kedua dari Blogger Syazni Rahim.. Anka pun menang acara catur terbaik la semua :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ramadhan dan selamat berpuasa, Encik.
      Alhamdulillah. Rejeki. :D

      Delete
  8. Selamat menjalankan ibadah puasa juga ya sis....moga lancar sampai ujung hari...salam ramadhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, mreneyoo. Aminnn..
      Selamat berpuasa pada mreneyoo juga.

      Delete
  9. ya Allah, betul tu.. kdg2 kene jauhkan diri dr org kalau rs hati kite begitu.. dan perlu jauhkan dr blog.. huhuhu.. sebab rasa terpanggil2 kan nak tulis bukan2. ldy rs itu.. sgt rasa :((

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, Lady. Takut ikutkan perasaan, tulis benda tak elok pula. Jadi, lebih baik jauh dari orang dan blog.

      Delete
  10. wahhh bestnya kak.... dpt hadiah dan ye selamat berpuasa kak

    ReplyDelete
  11. Anak UITM Terengganu ya kampus mana? Saya dulu UITM Kampus Dungun. Time saya dulu macam semua je dapat hostel. Tahniah dapat hadiah dari SR!

    Selamat Berpuasa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak campus Dungun. Sama la, dengan Ezna. Sekarang ramai kena duduk luor, sewa rumah. Terima kasih, dan selamat berpuasa untuk Ezna juga.

      Delete
  12. Selamat Ramadhan kak nur. Selamat atas hadiahnya juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa, Agus. Terima kasih. Selamat berpuasa untuk Agus juga, ya.

      Delete
  13. maknanya cukai thn ni lbh byk drpd sblm2 ni?

    tu diaaaa cantik warna tualanya...
    org ckp apa? warna ombre kan?

    👍👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Anies.
      Kaler purple. Nampak lain, sebab cahaya di rumah.

      Delete
  14. p/s selamat berpuasa utk sis sekeluarga✌️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa untuk Anies sekeluarga juga. :)

      Delete
  15. Patut lah lama tak bersiaran...sibuk urus keluarga...tahniah dapat hadiah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Encik Hanafi. Tak banyak sangat masa untuk online tengok blog.
      Terima kasih, Encik.

      Delete
  16. Rasa macam husband saya dah buat income tax tu. Hidup sekarang keras sungguh kan kak.

    Tahniah buat anak sulung akak. Bagus aktif dapat stay kolej lama.

    Alhamdulillah. tahniah kak dapat hadiah best tu.

    Salam Ramadan, Selamat berpuasa kak Nur dan keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju cakap Fizah. Sabor je la, kan.
      Mekasih, Fizah. Rezeki dia, lagi pun dia suka main chess sejak dia sekolah menengah lagi.
      Terima kasih. Selamat berpuasa untuk Fizah sekeluarga juga.

      Delete
  17. Aduh, siapa tak sakit hati psl income tax tu. Husbnd sy pun salu merungut. Tahniah, dapat tuala baru. Best tuala serap air ni. Ni anak dah tolong amek adik balik sek, ada la kot masa nak update blog, hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la, SK. Apa nak buat. Sabor je la, kan.
      Haha.. tak jugak. Sibuk buat korje lain.

      Delete
  18. Selamat menyambut bulan suci Ramadan, Mbak.
    Selamat menjalankan ibadah puasa.
    Mohon maaf lahir dan batin.

    Rupanya bulan puasa ini bisa berkumpul dengan anak yang kuliah ya Mbak. Karena study-nya bisa on line. Jadi ramai di rumah di bulan Ramadan ini.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama saya, Pak. Mohon maaf atas salah silap saya. Selamat berpuasa, Pak Asa. Ya, Pak. Buat julung-julung kalinya, anak sulung ada di rumah. Jadi, meriah sedikit la ramadan kali ini.

      Delete
  19. abg long Ana pun sakit hati juga pasal income tax.. tiap hari mcm nak carut katanya :P wahhh anak ada kt rumah lega lah mama ada org blh tlg ambil adik hehehe.. moga sihat selalu & dpt menunaikan ibadah spnjg bln ramadhan aminnnn :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. sabor je la, kan, Ana.
      Amin. Mekasih, Ana. Semoga Ana juga sihat-sihat selalu dan dapat menjalani ibadah puasa dan lain-lain di bulan ramadan dengan jayanya. :)

      Delete
  20. Alhamdulilah semua diperlancar ya kak nur....kakak dan adik bisa kuliah dan sekolah dengan smooth....hadiahnya cantik

    ReplyDelete
  21. Tempat saya tak kira tempat kerja di PJ atau rumah di Seremban mmg panas teruk. Rasanya di Seremban lebih panas kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke. Aduh.. bertabahlah ye. Semoga perjalanan Ammi pergi balik tempat kerja dipermudahkan.

      Delete
  22. Kak nur, kalo masalah tax sbnrnya Indonesia lebih tinggi 🤣🤣. Tertinggi no 2 di Asean bahkan 🤣. Tapi saya dah pasrah soal ini. Mo protes tak bisa pun. Di sini sistemnya juga progressive , jadi makin tinggi salary, makin besar tax. Suami saya pula dan mencapai potongan tax tertinggi 35% 🤣🤣🤣. Macam mana nak protes. Dan tak ada refund macam di sana 😅

    Dah laah biarkan saja, nak minta tax rendah, berarti turun gaji lah 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la Fanny. Seperti peribahasa di Malaysia, lebih besar periuk, lebih besarlah keraknya. Lagi banyak salary, lagi banyaklah cukainya. Banyak ye, Fanny, 35% potongan tax. Semoga Fanny dan suami tabah.

      Delete