Ayam goreng seekor

 Kat rumah saya ni, ada anak yang sangat suka makan protein sahaja. Sumber protein adalah ayam dan ikan, tak kira masak apa pun. Nasi, dia kurang makan. Kadang-kadang saja. Bak kata cerita Badul dulu-dulu, "Eh, makan lauk je. Nasi-nasi takde?" 😁 Ate, orang jaga body, katakan.

Dekat Lumut, ada satu kedai jual ayam. Kebiasaannya, ayam goreng, dijual seketul-seketul. Tapi di kedai ni, dia jual seekor, gitu. Tak pernah jumpa. 

Kredit foto: Ayam goreng Mak Ani

Besar ayam dia. Harga ayam goreng seekor, adalah RM18.

Kulit ayam garing. Dalamnya, isi ayam lembut, dan masak dengan elok.

Kredit gambar: Ayam goreng Mak Ani.

Ini lah kedainya. Ayam goreng Mak Ani. Kadang bila saya kurang rajin nak masak, kirim kat suami, time dia nak balik kerja, beli ayam goreng di sini saja. Yang harga RM1.50 tu, yang seketul-seketul. 

Selain ayam goreng, kedai ni juga ada jual makanan yang cucuk-cucuk tu, seperti dalam gambar di bawah...

Kredit foto: Ayam Goreng Mak Ani

Ada sekali, suami saya beli sekali lemper. Rupa dia macam pulut panggang. Tapi yang bezanya, dalam pulut tu, intinya ayam. Tak ingat pula nak ambil gambar lemper. 


Inilah ayam goreng seekor yang dibeli. Bila balik, saya biasanya ambil chopper, dan potong ayam kepada 4 bahagian. Ok sesangat. Alhamdulillah.

Lokasi kedai ini adalah depan kedai Eco, Jalan Padang Tembak, Lumut. Jalan yang nak pergi ke Teluk Batik, tu. Ada 2 pulak kedai Eco situ, satu, Eco harga RM2.40. Satu lagi kedai Eco, harga RM2.30. Huh.. macam-macam. 

Kedai ini dibuka bermula pukul 11 pagi, sehinggalah habis jualannya. Hari Sabtu dan Ahad, kedai tutup.

Kalau datang ke Lumut, Perak, singgahlah ya. 

Saya tak terima apa-apa komisen pun. Sekadar berkongsi je. Sebab saya pun, tak reti nak goreng ayam yang seekor, tidak dipotong sebegitu. Kena ada skill juga kan, sebab boleh jadi tak masak, ada bahagian berdarah. Atau boleh jadi overcooked. Setakat saya pernah beli 2-3 kali ni, Alhamdulillah, ayam rasa sedap dan tidak kering.

Ok, jumpa lagi, ye. 😊

49 comments:

  1. biasa orang jual sekor2 macam ni ayam golek kan kak..ni lagi best ni kalah kfc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Afzan. Lagi murah pulak tu dari KFC. Lagi pun, dah lama tak makan keepci sebab boikot, kan.

      Delete
  2. Tak pernah jumpa ayam goreng tepung sekor mcm ni, kalau ayam goreng kecik² tu biasa nampak orang jual kat taman sy ni. Sy pun selalu terngiang² dialog Badul tu, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... SK. Hehe.. lama tak tengok cerita Badul.

      Delete
  3. sedapnya jual sekor2...SA selalu buat..sejenis yang suka buat macam ni goreng sekor lepa tu makan rebut2 ngan anak- anak buah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, pernah buat ayam goreng sekor, SA. Betul, makan ramai-ramai memang syok! :D

      Delete
  4. Hash susah goreng seekor. Baguslah ada versi jualan bayam goreng seekor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isk tidak perasan silap taip. Hehe. Ayam jadi bayam.
      Itulah tidak pernah jumpa orang jumpa ayam seekor digoreng. Kalau rangka ayam seekor digoreng itu adalah. Suka makan. Boleh bayang buat lauk unruk satu keluarga.

      Delete
    2. Hehe... takpe, NA, saya faham. Saya suka juga, makan rangka ayam tu, bila pi pasar malam je, mesti beli.

      Delete
  5. Uncle ni kalau ke pasar malam, suka nau cari yang cucuk2 tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, samalah, uncle. Saya pun beli juga yang cucuk-cucuk tu, sebab anak suka.

      Delete
  6. Ayam goreng seekor!
    Comel jew, tak kecik tak besar.
    Kami makan ayam goreng seekor di KK bulan lepas, harga RM50, saiz untuk makan empat orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah... KK pun ada ye, Amie, ayam goreng seekor. Mahal juga, harga tu.

      Delete
  7. seronoknya ada ayam dijual di sini... bagus banyakkan makan protein.. lama kenyangnya.. dan yg pasti kulit jadi lebih bersih dan badan jauh lebih bertenaga.. :D

    ReplyDelete
  8. Belum pernah jumpa. Kalau ayam golek tu biasalah kan sekor²...
    Mesti deep fry agaknya kan, nak bagi masak sekata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Puan Hazel, biasanya, ayam golek yang dijual seekor.
      Betul, dia deep fry ayam tu.

      Delete
  9. Wuiih gede banget ayamnya, kelihatannya juga garing dan pasti renyah kulit nya, biasanya kalau di sini saya jarang liat ayam goreng utuh,kalau ayam bakar/panggang seekor sih banyak yang jual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Mreneyoo. Memang sedap ayam goreng seekor ni. Masa saya tulis ni pun, rasa nak pergi beli lagi. :D

      Delete
  10. samaaa anak2 rumah ciknur ayam ayamm he hee xda lain
    dulu ada atam singgit, skrg jd
    1.50

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, cik nur, tak habis-habis ayam.
      Kat tempat saya ada lagi ayam singgit, tapi haluih bebenor ayamnya. :D

      Delete
  11. belum sempat coba makan ayam goreng macam ini, melihatnya saja sudah kepikir this too much hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan kongsi 4 orang ni. Kalau seorang, memang tak habis, ayamnya.

      Delete
  12. Ayam gorengnya kelihatan menggiurkan banget kak nur, Mbul suka ayam goreng...apalagi bagian kulitnya yang gurih...ukuran segitu kalau tempat Mbul disebutnya joper atau jowo super
    ヾ(❀╹◡╹)ノ゙

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, gitu. Baru tahu ni. Terima kasih, berkongsi, Mbul.

      Delete
  13. waahhhh selalunya jumpa org jual ayam bakar sekor.. ini best juga ayam goreng sekor! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula dia, memang kat sini pun, dia sorang je yang jual, ayam goreng seekor.

      Delete
  14. best nyaaaaa ada jual seekor mcm ni
    rs puas hati sbb dpt rs mcm2 bahagian ayam
    hehehe

    ReplyDelete
  15. oh ya memang tak ada sos pencicah ya?
    ayam semata?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde jual sos, Anies. Balik rumah, cicah sos sendiri. :D

      Delete
  16. Setuju dengan Nur kena ada skill nak goreng ayam sekor masak helok luar dalam. Kalau Mrs. A tak tahulah berap akali percubaan baru menjadi ni

    ReplyDelete
  17. biasa tgk ayah sekor mcm ni yg bakar...ni yg goreng...mantop tu

    ReplyDelete
  18. Memang lain daripada biasa ni Nur.
    Pandai penjual cipta kelainan. Memang jadi tertarik nak membeli.

    ReplyDelete
  19. Jarang orang jual seekor macam ni selain ayam golek. Macam berbaloi sangat beli dengan harga macam tu.

    ReplyDelete
  20. berebut 10sen eco ni ye. agak2 dia rebus dulu tak ayam tu sebelum goreng...just wonder camna nak dapat texture garing diluar juicy di dalam. kalau ammi buat risau rentung je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu ler, pasal. Kedai Eco pula opposite one another. Sabor je la.
      Tak tahu pulak saya, sebab tak pernah perhati dari mula. Yang ternampak, bila sedang digoreng deep fry dalam kuali besar.

      Delete
  21. biasa rangka ayam je yg digoreng seekor.. tapi ini bukan rangka.. ni betul2 ayam ni.. padu betul huhuhuu :D

    ReplyDelete
  22. teringin juga nak tengok orang yang makan sumber protien jer tu...BTW masak ayam seekor perlu minyak yang banyak sampai terendam semua ayam...paling bagus goreng guna periuk high pressure

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. ada tu, saya tunjuk dalam entri lepas, gambar anak kedua, yang pakai blazer pergi majlis graduasi tingkatan 5.
      Betul cakap Encik Hanafi, memang dia deep fry ayam tu, dalam kuali besar. Aah, macam keepci tu kan, guna periuk special untuk masak ayam.

      Delete
  23. Dia ada keturunan indonesia kah, bisa masak lemper 😁. Ini kue fav saya sangaaat. Tapi saking banyaknya daerah di Indonesia yg buat, jadi tak tahu kota mana yg duluan membuat lemper.

    Naaah saya tuh suka kuatir beli ayam seekor, masaknya tak sempurna. Tapi kalo Nemu yg bagus, dan matang perfectly, memang lah sukaaa.kliatan sedap dan gariiing kak 😍😍

    ReplyDelete