Saya la. Mula dari semalam. Saya berhenti minum air manis. Dan tidak makan nasi. Terpengaruh dengan suami saya.
Suami saya sudah agak lama juga tak minum air manis. Walaupun minum kopi, dia akan pesan Americano tanpa gula. Suami saya ada makan ubat kencing manis. Saya pun ingat-ingat lupa. Tapi rasanya, sejak dia balik dari kursus fitness somewhere in December 2023, dia sudah mula berhenti minuman manis.
Nak kata bersenam setiap hari tu, tak juga. Sebab suami kerja shif, jadi bila dia tak kerja, dia rehat rumah. Cuma kadang kalau time dia belum masuk kerja dan saya nak pergi lari, dia ikut sekali.
Suamiku berjalan santai. |
Suami saya tak nampak macam orang yang punya BMI obese, sebab dia tinggi. Untungla. Bukan macam kita yang renek ni, bila everweight je sikit, dah nampak lebor.
Saya ada baca di blog kawan-kawan juga, seperti MamaTisya dan SK, juga ada berhenti minuman manis. Baguslah yek, tahun baru, usia semakin bertambah, bila lagi kita nak jaga makan dan jaga kesihatan.
Saya kongsi perbezaan suami saya, ye. Tak lama la, rasanya, dalam 2 bulan juga baru suami berhenti minuman manis ni. Dia masih makan nasi. Kadang bila hari off kerja, ajak saya cari nasi kandar. Hehe..
Berat sebelum: 95 kilogram
Berat selepas: 90 kilogram
Perut sudah makin mengecil. Hebat abe ku..! Slow-slow ye, kita berusaha...! 💪💪
Bukan senang. Banyak air sedap-sedap kat luar sana. Kopi blended yang ada topping, teh tarik, cendol, memang perlu kuat untuk tolak godaan air manis.
Saya pun terikut lah sekali. Baru mula semalam. Saya tak keluar lari. Cuma jump rope di rumah. Selain tu, saya ada buat IF juga, 16 jam.
Berat hari ini: 59.5 kilogram |
Hari sebelum mula berhenti air manis, berat adalah 61 kilogram.
Hari ni, saya timbang, setelah sehari stop air manis: 59.5 kilogram.
Turun 1.5 kilogram.
Itu pun saya tak pergi lari. Bersenam di rumah sahaja.
Jadi, betullah apa yang dikata, jika nak kurangkan berat badan, kurangkan atau berhenti minum air manis.
Doktor Zaidul Akbar kata, challenge yourself, satu minggu:
1) Jangan guna minyak
2) Jangan ambil makanan based on tepung
3) Berhenti gula
4) Berhenti nasi putih
Selain seorang doktor, beliau juga adalah seorang pendakwah, konsultan dan pengamal pengubatan sunah dari Indonesia. Kalau tak kenal, boleh google saja beliau.
Saya tak mampu buat keempat-empat di atas, buat masa sekarang. Tapi, bolehlah cuba mana yang mampu. Sihat, supaya dapat buat amal ibadat. Tak lama lagi nak puasa. Marilah kita sama-sama jaga kesihatan. Ayuh!
Jumpa lagi, ye. 😊
saya susahnya nak bhenti makan nasi...sehari dua boleh,masuk hari ketiga dah kelaut
ReplyDeleteSama la kita, Afzan. Akak pun dah makan nasi. Rasa, tak cukup keperluan kalori. Nak lari, tak larat.
Deleteno 4 tu
ReplyDeletewaduhhh
memang payah nak elak
hahahaha
tekak melayu tulen... banggg
hahaha
Ye la, kan, Anies, makanan ruji kita.
DeleteEh, teringat pulak bapok cerita Badul dulu. :D
Deletemungkin kita tak boleh serentak or secara mendadak...
ReplyDeleteslowly but surely... kita kurangkan pengambilannya...
Ye, betul tu, Anies. ambil baby steps, omputih kata.
Deleteaduhai nak benti makan nasi tu susah sikit hehe
ReplyDeleteBetul, betul.
Deletegeng la ngan MA... memang lama dah stop minum air manis...
ReplyDeletebut nak stop nasi tu mcm emm..mencabar sungguh tu. kurang kan ok la
Wah, hebat MA, dah lama stop air manis. Saya baru start.
DeleteSA juga tengah influence suami untuk tk minum manis dan makan manis..kurngkan nasi dan macam-macam lagi...pergimana-mana sekarang pun wajib minum air kosong..sesekali je kalau makan kat luar but still order air kosong
ReplyDeleteBaguslah, SA. Sama-sama lah kita cuba mana patut ya, semampu kita.
DeleteLinda kalau duduk sorang2 boleh tak makan nasi... Hahaha..
ReplyDeleteTp nie, kita memasak.. Haruslah makan jugak nasi...
Nak tgal nescafe belum kuat... Teh ais... Sedapnya....
Sama kita ye, Linda. Kalau sorang-sorang, tak makan nasi pun tak apa.
DeleteKena ada sebab kuat untuk berhenti nescafe atau teh ais tu. Akak, sebab dah tua ni, bila minum, rasa perut kembung pula.
Alhamdulillah good progress 👍
ReplyDeleteInsha Allah kita sihat sama². PH pun actually dah start cut sugar starting this new year. Cuma nasi tu masih ambil, ikut portion suku² separuh. Alhamdulillah so far so good.
Alhamdulillah.
DeleteBagus ikut suku-suku separuh tu. Saya pun sudah mula sebab tak mampu tinggal nasi terus. Rasa kurang tenaga untuk berlari.
Wah hebat nya bisa stop gula dan nasi, saya belom bisa,tapi hanya mengurangi dikit" memang tambah umur harus perhatikan kesehatan ya..dr Zaidul Akbar saya kadang "nonton juga Chanel YouTube nya👍.
ReplyDeleteIya, bagus Dr. Zaidul Akbar tu, ya, Mreneyoo. Saya dulu jadikan amalan, air kunyit, jahe, serai dan limau nipis, yang diajar oleh beliau. Memang badan jadi lebih bertenaga.
DeleteAssalamualaikum dan salam Jumaat!
ReplyDeleteSaya datang bawa berita!
Jom!
Jemput ke pos SENARAI PEMENANG GIVEAWAY PERFUME SR
Waalaikumsalam warahmatullah, Syaz.
DeleteSudah pun pergi tengok dan isi borang alamat.
Terima kasih, ya. :)
tahniah kepada suami puan..nampak sangat perubahannya....di rumah saya gula 1 kilo berbulan-bulan tak habis...minyak pun macam tak akan habis walaupun 1kg..sebab saya masak sangat kontrol minyak tapi sayang bila beli makanan dekat luar...susah nak elak minyak dan benda manis
ReplyDeleteTerima kasih, Encik Hanafi. Alhamdulillah.
DeleteBetul cakap Encik Hanafi. Memang lebih bagus makan benda kita masak sendiri. Bagusnya, keluarga encik jarang guna gula dan minyak.
Saya ambil kesemua yang empat itu tapi dalam jumlah yang sedikit. Misalnya minuman manis hanya sekali sekala terutama di tempat kenduri atau makan keluarga, dan memang bawa bekal air kosong ke mana-mana untuk 'bilas' kalau terlajak minum manis.
ReplyDeleteKalau beli sekilo gula, memang berbulan jugalah nak habiskan di rumah.
Baguslah begitu. Asalkan jumlahnya sedikit, sudah cukup baik, kan, Amie. Nak berhenti mendadak pun, takut mengganggu hidup kita pula. Stress kang, kalau tak makan nasi. Hehe..
Deletesy x perlu kawal semua tu sbb memang berat turun gara2 diabetes. huhuhuhu....
ReplyDeleteAlamak. Semoga diabetes Abe Kie berada dalam level terkawal dan Abe Kie sihat-sihat sokmo, ya.
DeleteAda hari boleh tahan makan nasi. Ada hari macam 2-3 kali sehari makan nasi.
ReplyDeleteApapun sederhana. Makan semua tapi berpada-pada.
Belum mampu untuk tidak minum manis.
Ye, betul NA. Sederhana dalam makan.
DeleteNA kurus. Takpe la. Saya ni, overweight sikit. Berat plateau. Sebab itu, saya cuba kawal manis sikit.
jom kak, kite kurangkan gula dan karbo... :D.. lady perlu sebab kalau ldy gemuk susah lady nak panjat kerusi roda dan naik kereta.. sukaaaaaaarrrr sgt...
ReplyDeleteJom, jom. Mari kita. Begitu. Ye la, LadyBird. Akak rasa pun kita masing-masing ada sebab tersendiri yang menguatkan kita untuk jaga makan. Semoga kita dapat terus istiqamah, ye.
DeleteSaya belum mampu nak tinggalkan gula, tapi saya dah kurangkan minuman manis dari 2 kali sehari ke sekali sehari atau mungkin setiap 2 hari baru minum air manis.
ReplyDeleteBaguslah, Carneyz. Buat sikit-sikit, asalkan konsisten, orang kata.
DeleteKalau stop manis2 memang cepat berat turun. Pembakaran lemak berlaku.
ReplyDeleteSaya baru tahu, Cie. Hehe.
Deletemakanan kita pon byk yg dh manis2., ditambah dgn minuman manis lagi mmg potong kaki la jawabnye., huhuhu
ReplyDeleteItu la dia, Wak.
Deletenak kene cuba jugak la kak, dana ni air teh tarik, kopi kedai ada topping tu jarang minum tp kadang sirap ada gula jugak... adeh
ReplyDeleteKita cuba je la, Dana ye. Mana mampu.
DeleteTahniah buat suami Nur, memang nmpk ada perubahan tang perutnya tu & semoga Nur juga terus istiqomah.
ReplyDeletePengalaman sy, bila berhenti ambil air manis, perut yang akan kecik dahulu. Sebenarnya, masa mula² sy berhenti air manis dulu, sy tak timbang berat pun. Tapi kwn² ramai yg tegur sy nmpk kurus. Wpun berhenti air manis tapi sy tak mampu berhenti ambil nasi, nanti sy migrain, hahahaha.
Aminn... terima kasih, SK.
DeleteHehe.. kita cuba mana mampu la kan, SK. Saya setuju dengan SK. Muka pun nampak kecik, bila stop air manis. Saya takut nak timbang sebab makan banyak. Nak istiqomah pun bukan senang.
br je start awal thn aritu tk minum air manis....alhamdulillah nmpk hasilnya...cuma bab nasi tu tk bole tk mkn..tp skarang cuba mkn nasi 1 senduk tk bertambah...husband la yg slalu bg support kt wifenya sbb die ok je xmkn nasi...smlm br start exercise tp just jln je kt atas treadmill....nmpk perbezaan husband nur tu bila tgk gmbr sebelum dan selepas
ReplyDeleteTeruskan ye, mama tisya. Saya jadi terinspirasi dengan mama tisya dan SK. Jalan atas treadmill pun dah ok sesangat.
DeleteAlhamdulillah. Slow-slow kita usaha.
Banyak perubahannya bila stop gula dan nasi ni. Saya kalau stop nasi boleh gigil. Masih makan cuma kurangkan kuantiti je lah. Manis-manisan pun kurangkan juga. Tak boleh cut terus, slowly but surely gitu.
ReplyDeleteSetuju dengan Fizah. Kita cuba slow-slow. Sikit-sikit, asalkan konsisten.
DeleteAmericano tanpa gula...pahiitt...
ReplyDeleteBetul, kak nohas. Tapi suami saya lebih suka pahit dari manis, dia kata.
DeleteKalo sedang tak traveling, saya ketat dengan makanan yg saya makan kak. Memang tak suka deep fried. Selain habiskan minyak, juga tak bagus kan.
ReplyDeleteMasak bersantan pun saya bisa dibilang sebulan sekali saja. LBH suka tumis. Atau kukus.
Kalo pun nak santan, saya pakai fiber creme, tak lagi santan kelapa. Lebih bagus dan sehat. Rasa pun sama sedap.
Kalo sedang traveling, barulah suka cheating. Tapi sebisa mungkin saya combine dengan ttp olahraga selama liburan.
Setuju dengan Fanny. Memang semasa travel, agak susah mahu kawal makan. Sama dengan saya. Bila balik, barulah boleh kembali ke pangkal jalan semula. :)
Delete