Masak dan makan apa tu?

Sekarang ni, mahal harga barang. Pernah kirim pada suami beli ayam seekor, RM21 harga. Ayoyo. Kena pandai cari tempat la, mana yang ada tawaran murah. Contoh macam beli ayam di Lotus, seekor harga RM10.50. Saiz tak berapa besor la, ye. Orait aaa... 

Saya hari tu pergi pasar, beli ikan keli segar yang masih hidup. Sekilo, RM9. Dulu, masa saya mula beli ikan keli, harga sekilo RM5 je. Memang murah. Sekilo, dapat lah 7-8 ekor. Kalau besar, boleh la 5-6 ekor. 

Daging batang pinang, RM22 setengah kilo. Sekadar nak merasa. 

Belum lagi cerita pasal ikan, udang, sotong. Memang dah lama tak beli. Last sekali, saya beli ikan kembung, 5 ekor, RM20. 


Saya buat masak taucu. Goreng dulu ikannya. Taucunya tak berapa banyak, letak sikit je. 

Sayur pula, beli carrot, kobis bunga, lada benggala hijau, brokoli dan cendawan tiram.


Buat masak sayur campur, pecah telur.

Ada hari, tak mahu makan nasi. Kita goreng spagetti pula.


Masak letak cili kering yang dikisar. Letak bebola ikan dan daging burger. Masa ni la, apa stok bahan mentah ada dalam freezer, boleh digunakan. 

Kadang malas masak, pekena juga mee goreng mamak kat luar.


Tapi ni bukan mee goreng mamak di restoran mamak tu. Yang ini, makan di kedai mee pakcik tepi padang Astaka, Sitiawan. Sedap! 

Saya lupa nak cerita kan, yang anak sulung ada balik masa cuti sekolah 2 minggu hari tu. Bila anak balik, petang-petang buat minum petang.


Saya buat kundas. Saya ada kongsikan resepi kundas ni dulu, di entri ini.

Anak bongsu suka makan ikan keli.


Jadi, saya masak keli berlada.

Sekarang saya dah berhenti beli makanan proses yang disejuk beku, seperti nugget, ayam goreng, kentang, jejari ayam, dan sebagainya. Gantinya, masak telur sahaja. Telur goreng atau telur rebus. Buat sandwich, guna gardenia wrap atau roti hijau gandum penuh tu. Azam baru. Memang sedap makanan frozen tu, tapi agak mahal dah sekarang. Salah satu langkah berjimat. 

Korang hari ni makan apa? 😊

45 comments:

  1. lauk2 basah kalau beli di pasar,mmg segar tp mahal skit berbanding beli di pasaraya...tp dah duduk pekan nie, dan bekerja mmgx sempat ke pasar...pilih je lah dekat pasaraya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli di pasaraya pun ok sesangat. Kadang ada offer, harga jauh lebih murah dari pasar.

      Delete
  2. Saya hari ni hanya masak sup saja, mulut masih terasa hambar, maunya yang berkuah-kuah saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sup panas-panas memang enak. Semoga cepat sihat ya, Mreneyoo.

      Delete
  3. simpleeee banget
    tapi syedapppp
    arghhh lapar laa pulakkk hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... biasa, macam ni la saya, Anies, masak simple-simple je.

      Delete
    2. yg simple tu laa yg bertambah2... x caya? acu goreng telur dgn kicap + nasi putih
      waduhhh... lapar laa plak mlm2 ni🤣

      Delete
  4. akk pun try stop mkn yg sejukbeku..dah x beli...ikan masak taucu, sedapnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la, lagi pun, unhealthy juga kan, makanan diproses ni.

      Delete
  5. pagi tadi masak tomyam daging je kak...pagi sarapan bihun tomyam,tengahari mkn dengan nasi putih je,dari pagi sampai petang 1lauk je hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapnya, Afzan, tomyam daging. Kreatif, pagi jadi bihun tomyam, tengahari jadi lauk dengan nasi. :)

      Delete
  6. Kundas?. Nanti nak search resipinya....

    ReplyDelete
  7. banyak sungguh sis masak.. hari ni lady hanya masak mee rebus 'bodo' . guna kuah sup ayam semalam.. untuk sorang makan.. sebab suami ot, anak sulung sekolah, tinggal anak 4 tahun je di rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan hari yang sama tu, Puan Ladybird. :)
      Sedap juga tu, mee sup. Yummy.

      Delete
  8. sesekali akak beraksi, sedap semua menu akak. Kundas tu macam cucur manis ye kak dana tgk resepinya tu. Sedap tuh, kalau dana ada jugak versi cucur manis tapi dipanggil kuntes, org jawa panggil gitu hhehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Dana. Cucur manis. Eh, lebih kurang bunyinya, kuntes. Hehe..

      Delete
  9. betul tu, laa nih semua bahan mentah naik harga, masak di rumah jauh lebih jimat dan in syaa Allah lebih sedap kan Nur :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul, betul. Lagi-lagi anak ramai, kan. Kalau makan luor, hari-hari botak gak kepala.

      Delete
  10. Cuya baru je pos resipi masakan simple Cuya...
    Jaranglah seketul Cuya nak share resipi bagai...kita dah lah noobies..heehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok tu. Akak zaman anak dara, tau masak nasi dan goreng telur je, Cuya.

      Delete
  11. Kundas??? Bila anak balik cuti mmg seronok la masak hidanagn minum petang.. :D
    Harga brg semua naik, penat jer undi yg jdi kerajaan skrg ni hahaha :P
    Ayam kat lotus je pun kita mampu beli skrg ni ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Encik, kundas. :)
      Kita undi orang lain, Encik. Huhu...
      Kann... Alhamdulillah. Rezeki dapat makan ayam juga.

      Delete
  12. Yummy...ikan yang pertama itu menyelerakan Kak Nur...Mbul suka masak ikan dibumbu begitu...cendawan brokoli dan wortel...kombinasi yang sedap sangat dengan lauk ikan...yang camilannya juga bikin diri ini terliyr....ah sedap lah semua yang kak nur masak ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Boleh la Mbul, buat makan-makan family sendiri.

      Delete
  13. Salam kenal, salam ziarah Nur 🤗
    Setiap kali balik pasar mmg murung jadinya huhu ... Beli itu sikit ini sikit pun dah ratusan...tapi apa boleh buat, nak kena makan kan. Lagipun lebih jimat masak sendiri esp bagi kami yg anak³ tgh selera tinggi nak membesar :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal, Puan Hazel. :) Terima kasih, singgah sini.
      Betul tu. Jauh lebih jimat masak sendiri. Anak-anak pula makan banyak, sedang membesar dengan pesatnya. Hehe..

      Delete
  14. ni sekali harung posting gambar masakan seminggu.. hehehe... betul mknn frozen makin mahal skrg.. sy slow² jugak kurangkan... tp kena rajin masak la utk anak bekal kafa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul. 10 markah untuk Kakmim. :)
      Hari-hari juga kena masak, kakmim. Oh, kecuali weekend, gantung kuali.

      Delete
  15. Makanan memang mahal sekarang ini dan ia merupakan berita baik supaya kita semua jangan makan banyak ..makanlah sekadar untuk hilangkan rasa lapar dan bukan makan untuk sepuasnya..teruskan azam untuk kekal gaya hidup sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, kalau kita pandang sudut positif, betul juga. Macam kenaikan harga beras, kan. Kena kurangkan makan nasi. Hehe. Saya akan cuba. Insya-Allah.

      Delete
  16. Kita hari ni baru minum susu. Tengahari nanti baru masak nasi dan panaskan lauk kelmarin, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya kan. Johor cuti Jumaat. Selamat beristirehat, SK.

      Delete
  17. abe kie suka makan selera kampung je. ikan selayang bakar tawar dicicah dgn budu. Pasti menyangkut! Lebihkan makan ulaman... ayam dah kureng make lo ni. Maklum la dah 5 series ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap, sedap! Ikan bakar cicah budu, terbaik!

      Delete
  18. Haha saya beli ayam goreng dan jejari sejukbeku. Buat makan masa duduk seorang di rumah.
    Ya, saya perasan barang mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. ayam goreng frozen memang senang untuk dimasak. Semua benda kan, NA, naik harga.

      Delete
  19. Setuju sekarang harga barang makanan mahal-mahal belaka.
    Masak sendiri memang lebih jimat cermat portion banyak boleh makan berulang

    ReplyDelete
  20. sedap2 menu2 di atas. suka jugak masak sendiri dr beli. kdg harga makanan melambung naik tp tak sedap pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Nina. Kadang makan di kedai, tak ada rasa pun.

      Delete
  21. SA kan..teringin nak buat masak taucu tu, tapi x pandai..nak plak kat rumah x pernah beli taucu..pernah makan kat kedai je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya biasa beli taucu dalam paket je. Guna satu sudu besar je masa masak taucu, sebab rasa dia masin, bagi saya.

      Delete
  22. Sama kak, saya dah jaraaaaang sangat beli Frozen foods. Palingan baru beli kalau asisten saya mudik lebaran . Karena biasanya toko2 dan pasar banyak tutup. Jadi membantu utk sajikan makanan cepat.

    Tapi kalo tak lebaran, memang lah tak beli Frozen.

    Mahal, dan lagi tak sehat kalo terlalu sering kan.

    Seafood saya sebulan sekali saja beli, mahal 🤣. Paling sering ayam. Untung ayam msh murah kalo di jakarta. Mungkin Krn banyak peternakan.

    Ikan, murah, tapi yg suka hanya anak sulung. Saya sendiri tak bisa masak lauk ikan. Kalo rindu nak ikan, beli sajalah 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya la, beli makanan frozen sebab mudah disediakan, tapi sebenarnya, tak bagus juga kan, sebab makanan diproses gitu.
      Haha.. paling senang, beli sajalah, Fanny, lauk ikan.

      Delete