KL Trip, day 1

 Semasa cuti sekolah di bulan Disember lepas, saya dan keluarga pergi bercuti di Kuala Lumpur. Agak susah nak pergi jalan-jalan bila ada anak terlibat dengan periksa penting. Sebab hujung minggu, anak ada kelas tambahan. Jadi bila anak kedua bagitahu, kelas tambahan sudah tak ada, jadi kami pun cepat-cepat buat tempahan hotel, pack barang, dan jalan. Lari sekejap dari rutin biasa, tukar angin, lihat tempat orang. 


Pada 22 Disember 2023, kami sekeluarga pun bertolak ke KL. Sudah tempah tempat penginapan di Sky Suite KLCC, melalui aplikasi Booking. Saya lebih suka duduk hotel dari apartment. Tapi apa nak buat, waktu tu, semua hotel sudah banyak yang penuh. 

Orang pergi bercuti di tempat yang tenang, tepi laut ke, masuk hutan ke, jauh dari orang. Kami ni, datang tempat sesak. Ye la, kat tempat kami jarang-jarang ada trafik jem. 😁

Lokasi tempat penginapan adalah 5 minit saja berjalan kaki ke KLCC.

Tapi ada juga yang tak bestnya. Bukannya check-in di lobi bangunan apartment. Tapi, melalui ejen. Tunggulah saya di luar bangunan untuk urusan check-in. Nasib baik cuaca tak panas sangat. Ejen pula, bukan orang Malaysia. Dari slang English ejen, saya rasa, dari India. 

Urusan melalui wassap juga. Sebab kita tak kenal rupa ejen macamana pada mulanya. Lepas tu, saya bayar deposit RM200, juga kena bayar parking untuk 3 hari, RM60. Satu hari caj parking kereta ialah RM20. Bayar asing, walaupun kita sudah bayar online untuk penginapan 3 hari 2 malam di apartment. 

Lepas bayar, dia bagi video melalui wassap, penerangan macamana nak masuk ke bangunan dengan kereta. Dia ada sediakan pass card untuk kereta dan pass card untuk jalan kaki dan lif. 

Anak sulung saya ada teman saya waktu urusan check-in, sebab saya takut saya miss-out any info yang penting. Cakap English slang India ni, bukannya faham sangat. Berbelit-belit tebal bunyinya. Kalau ejen handsome macam Saif Ali Khan, takpe juga. Ini, so hairy, besar badan, kang kalau dia scam aku ke, bawa lari deposit ke, ish.. tak ke naya. Tapi rupanya, dia ada juga bagitau segala info berkaitan melalui wassap. Dan benda bukan-bukan yang bermain di kepala otak saya, tidak berlaku. Alhamdulillah, semua selamat.

Masa bawa kereta masuk parking, kereta cuma perlu lalu satu gajet macam bentuk tv flat screen ni, yang terlekat di dinding. Dan automatik, palang besi pun naik, bagi kereta lepas. Sebab kami mana pernah datang. Jadi tak boleh nak bajet stering kereta tu kena korner habis, untuk naik tingkat seterusnya. Jadi, ke depan, ke belakang la kami, sat ke depan, sat gostan, untuk muat kereta lalu laluan ke tingkat atas parking. Dia dah tetapkan kami boleh parking tingkat berapa sahaja. Dan juga di petak yang tiada perkataan reserved atau dikhaskan. Standard bangunan tinggi, jadi tempat parking pun sempit dan bertingkat-tingkat. Kami parking kereta di tingkat 8. Apartment kami di tingkat 54. Tinggi tak? Hahaha.. 

Pass card untuk kegunaan lif dan buka pintu di main entrance

Dalam lif dia, tak ada banyak butang pun. Rupanya, bila kita touch sahaja lif pass itu, dia terus bawa kita ke tingkat apartment kita. Sudah already programmed inside la. Tak payah nak tekan butang apa. Pertama kali naik bangunan macam ni. Huhu... jakun kejap. Lepas tu, setiap kali naik lif, telinga berdengung. Tinggi sangat.

Pintu apartment

Ada kod 10 angka kami kena masukkan supaya boleh masuk rumah. Saya rasa, tuan rumah mesti buka rumah dia guna thumb print. Pertama kali la tengok tombol pintu rumah biometrik macam ni. Huhuhu...

Bila masuk dalam, apartment dia, biasa-biasa je. Tak adalah deko macam hotel atau resort ke. Meh saya bawa tengok dalam apartment.

Bilik tidur utama

Saya chop yang ini, orang tua kan. Mesti ada bilik air dalam bilik tidur. Kot nak buang air tengah malam, senang. Tapi tingkap tu, view rumah sebelah. Itu yang saya tutup. Beg hitam dalam gambar atas tu, diletak atas ironing board, dan board tu ada kesan terbakor. 😏 Aircond, semua bilik ada, termasuk tengah rumah.

Almari biasa je. Bukan built-in cabinet pun. Itu yang saya cakap, macam duduk rumah biasa je.

Ruang dapur

Ada fridge, microwave dan pinggan mangkuk semua. Tuala tak lengkap, ada 3 je. Walaupun dah beritahu, kami satu family, 5 orang. 

Pandangan bila masuk rumah.

Buka pintu apartment, yang nampak dulu belah kanan, ada pintu tertutup. Ingat dalam, ada kabinet kasut. Tapi bukan, ada washer/dryer. Pintu kedua, bilik tidur utama. Lepas tu, ada koridor kecil yang terus ke ruang tamu serta dapur. Tiada balkoni. 

Ruang tamu

Ruang tamu ada tv, sofa, meja kopi. Saya tak ambil gambar sofa, anak kedua tengah terbongkang atas sofa, pakai seluar pendek je. Dia chop tidur atas sofa. Dia memang tak suka share katil. Walau sebenarnya, boleh je share katil dengan abang sulung, sebab katil double.

View dari ruang tamu

Pemandangan dari tingkap ruang tamu. Tingkap dia luas dan tinggi. Bukan sliding door. Tak boleh buka pun. KLCC kat tepi je. 

Bilik air luar dan bilik tidur kedua

Bilik tidur kedua, anak sulung ambil. View dari tingkap dia pun cantik juga.

Bilik ketiga, tepi ruang dapur.

Anak bongsu tengah baring atas katil sambil main telefon. View tingkap bilik dia, adalah rumah orang sebelah juga. Sama macam view bilik kami. Itu yang tutup langsir.

Lepas berehat sebentar, solat jamak, kami pun keluar la. Nak kena beli tuala, sebab tuala tak cukup untuk 2 orang. Itula, kalau hotel, boleh juga kita call room service, minta tuala. Tapi ni, apartment, telefon apa takdak. Tapi saya dah tulis review kat apps Booking tu. Kikiki...

Nasib baik ada Decathlon kat tepi KLCC. Apa lagi, serang....!

Lepas beli barang di Decathlon, masuk Suria KLCC pula. Sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 22 pada 24 Disember, suami kata, dia nak belanja saya kasut. Saya pun, apa lagi....

Kasut Hoka satu!

Hehe... syoknya, saya ada kasut lari baru! 😍😁

Lama juga la kami duduk dalam Suria KLCC tu. Naik atas, turun bawah, penat, duduk kat foodcourt, minum sambil tengok orang ramai. Keluar kejap, tengok pokok krismas yang tinggi kat depan water fountain kat luar tu.

Selfie satu family, sebagai kenangan.

Cantik pula tempat ada pokok-pokok ni. Lokasi tepi KLCC je. Tepi jalan P. Ramlee tu. Kami jalan kaki je dari apartment. Memang kereta tak keluar langsung sepanjang kami di KL. Mana-mana kami pergi, jalan kaki je. 

Hujan sekejap waktu petang. Lepas maghrib, kami keluar balik. Makan malam di Nasi Kandar Pelita di Jalan Ampang. Jalan kaki je. Suami nak makan nasi kandar, tapi dia punya barisan, punyalah panjang. Suami tak sanggup nak beratur. Kesian dia, tak makan pun. Dia rasa sikit la, mee goreng mamak saya pesan.

Lepas makan malam, kami pergi ke Pintasan Saloma. Pertama kali kami datang sini. 


Orang memang ramai. 


Ada je orang yang nak ambilkan gambar kita, lepas tu jual. Kami ambil gambar sendiri je. Orang macam ni, di KLCC pun ada. Tak payah la guna khidmat jurugambar tu. Sekeping sampai RM80. Baik tak payah.


Berubah-ubah warna lampu di Pintasan Saloma ni. Cer tengok belakang tu, ramai betul manusia.

Kalau ikut saya dan suami, kami straight ke Kampung Baru, jalan-jalan cari makan. Tapi, ada anak dah start buat muka masam, nak balik. Huuu... amenda ler... Dah la bukan selalu datang. Dok kena ikut angin dia je. Kami pun tak jadi la pergi. Walaupun musykil, Pintasan Saloma ni, tembus ikut kawasan mana di Kampung Baru ni, kalau kami melintas seberang sana. 

Dalam perjalanan balik, suami bungkus burger tepi jalan je. Sebab dia tak makan nasi lagi.

KLCC, waktu malam.

KLCC ni memang ada memori untuk saya dan suami. Sebab masa kami mula kenal sebelum kahwin, suami kerja di KLCC. Saya pula kerja di Plaza MBF (sekarang bangunan Ambank, kan), Jalan Yap Kwang Seng. Kami selalu dating di KLCC. Saya selalu naik LRT, turun dan naik di stesen KLCC. Bila sudah kawin, naik motor, tunggu suami habis kerja, saya selalu tunggu depan KLCC, lepas tu balik sama. Bila dah ada anak, bawa anak main playgorund di taman KLCC. Gitula. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain. 

Di tepi Restoran Nasi Kandar Pelita tu, ada tempat makan food truck. Kami lalu ikut situ, untuk kembali ke rumah penginapan.

KL Tower, waktu malam. 

Gitulah hari pertama kami di Kuala Lumpur. 💓

To be continued. Jumpa lagi, ye. 😊

43 comments:

  1. Fuh…tingginya duduk tingkat 54!

    Ni kiranya menggamit memori di KLCC sempena anniversary lah ya 😀
    Selamat ulang tahun perkahwinan buat Nur dan suami. Moga bahagia dunia akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal. Tak pernah duduk rumah tinggi camtu, Ujie. Huhu..
      Ha ah. Kikiki... malu pulak. Aminn, terima kasih Ujie, atas doanya.

      Delete
  2. alaaa ada yg tak enjoy ke?yg baju putih selfie ni anak no brp kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, Afzan. Ntah budak tu, dia tak suka keadaan sesak dan ramai orang.
      Yang baju putih tu, anak sulung, Afzan. Yang belajar kat Dungun tu.

      Delete
  3. Seronok la...jenjalan macam ni...SA tunggu cuti panjang lagi..nak suruh husband cuti gak and bawak SA serta Dania jenjalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah macam tu. Kerja kuat, perlu cuti-cuti juga kan, SA, jalan-jalan dengan famili.

      Delete
  4. Wah nostalgia ya.. Selamat ulangtahun perkahwinan kak.. ^^

    ReplyDelete
  5. umakk aiii tingkat 54! waahhhh kasut baruuuu! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. itulah pasei, tinggi bebenor, Ana oii.
      Kikiki... orang nak belanja, tak baik tolak rejeki. :D

      Delete
  6. Asiik dapat sepatu baru,biar tambah semangat berlari, selamat ulang tahun pernikahan yaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Alhamdulillah, dapat kasut lari baru.
      Makasih, Mreneyoo..

      Delete
  7. Wah, ofis saya dulu pun tak setinggi tu, baru tingkat 50 dekat klcc dulu hehe. Kiteorg sekarang ni kalau berjalan dgn anak2 sapa yg taknak ikut tinggal je kat rumah / hotel. Malas nak paksa2 berjalan. Bukan selalu dapat berjalan jadi nak la makan angin dgn tenang hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tinggi juga tu, Carneyz. Tingkat 50. Best, dapat tengok view cantik hari-hari.
      Betul juga tu. Tak seronok bawa ramai-ramai tapi ada yang bermuka masam, kan.

      Delete
  8. Salah satu sbb sy x suka pilih homestay @ kondo/apartment ialah complicated betul nak check in pun 😅 Sejenis yg straightforward, lebih suka hotel. Regi, dapat key boleh terus ke bilik. Parking pun free :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita. Kadang terlampau canggih pun, sampai menyusahkan. Baik duduk hotel je, kan Puan Hazel.

      Delete
  9. Pergi Melaka aritu pun, booking online.. Self check-in dekat apartment. Semua arahan di WhatsApp. Sekuriti deposit transfer..kunci dalam box diberi kod, kita snap je apa yg diberi... Nak Check-out pun snap je..dalam tempoh 12 jam, dapat balik sekuriti deposit tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah cara berurusan check-in check-out sekarang ye, Sharhanah. Tak jumpa tuan rumah pun.

      Delete
  10. boleh rasa jem.. betulla.. kite d tempat x jem perlu rasa tempat jem juga kadang2.. hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. rindu lama tak sangkut dalam traffic jam.

      Delete
  11. tu diaaaaa tingkat 54!
    betul2 kayangan ni hehehehe

    ReplyDelete
  12. Haha sayapun pernah duduk apartmen dekat KLCC. Saya jalan seorang sahaja. Puas hati merayap masa itu waktu solat Jumaat. Ramai juga orang. Tidak ingat nama apartmen. Apartmen ini boleh juga ke Pavillion.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh... ye ke.. jalan seorang memang best. Syok ye NA, boleh cuci mata, tengok macam-macam.

      Delete
  13. oooo patut laaa pilih KLCC
    ada cerita cintaaaaaa di situ yaaaa

    part masa check in tu sy faham...
    kadang mmg rasa nak marah je tapi... sabarrrr... fuhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... itu ler.. mengenang kisah manis zaman silam.
      Itu la kan. Tapi saya serik la, Anies. Lain kali, saya nak duduk hotel je. Kalau takde hotel, baik tak yah pi holiday. Duduk hotel, ada buffet breakfast, barulah boleh melantak. Hahaha..

      Delete
  14. Tuuuu diaaaa
    tingkat 54!
    Betul2 kayangan ni!

    ReplyDelete
  15. Leceh juga kena bayar parking lain. Sebenarnya baru perasan pertama kali tahu penyewa kena bayar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab owner direct dengan app Booking ni, bukan melalui management apartment, NA. Salah sebenarnya. Kalau pengurusan bangunan tahu owner rumah menawarkan short term rental, boleh dikenakan tindakan.

      Delete
  16. wahh..celebrate anniversary di KLCC...sweet....mahal ya byrn ambik gambar di Pintasan Saloma tapi rasanya depa edit photo, org yg ramai2 tu takde..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tu, saya tak pasti pula kak, saya tak tanya tentang buang background orang ramai tu.

      Delete
  17. Kenangan lama mengusik jiwa rupanya. Budak² kebanyakan memang macam tu la skrg, malas nak berjalan, lagi suka melepak kat bilik main handphone. Tapi, wpun begitu semua tetap sporting bergambar sama². Cantik gambar atas pintasan Saloma tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... dia yang nak ikut. Tapi tak boleh jalan jauh sikit. Susah juga, SK. Lain kali honeymoon dua orang je, senang sikit. Hehe..

      Delete
  18. Jadi liburannya malah ke tempat ramai ya Mbak?
    Liburan dengan keluarga lengkap itu repot saat bikin plan jadwalnya, karena masing-masing mempunyai agenda, apalagi bila anak kita sudah berkeluarga.
    Semoga liburannya menyenangkan, Mbak

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, Pak. Alhamdulillah. Selamat kembali ke rumah, dapat habiskan masa bercuti bersama keluarga.

      Delete
  19. anak-anak ni memang kan... kita nak berjalan dorang sibuk nak balik. nak balik sbb nak wifi buat main game. Geram je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. anak saya tu, jenis tak suka pergi tempat ramai orang, Ammi. Apa nak buat, sabor je la.

      Delete
  20. Patut la suka ke KLCC ada kenangan manis rupanya...penceritaan sangat detail...ingat semua yang ada di situ ...terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Encik Hanafi. Memori manis di masa muda. :D
      Ha ah. Itu yang kena tulis cepat-cepat, sementara memori masih segar dalam kepala. Bila tangguh nak share di blog, jadi makin lupa.

      Delete
  21. Hehehe mengimbau kenangan lalu memang perlu tu. Happy aniversary Nur dan suami moga berbahagia hingga ke syurga firdausi.
    Eh! lebih kurang sama fiil anak-anak remaja ni ya bila mood depa dah ke laut kita pun dah tak happy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn... terima kasih, Mrs. A. :)
      Iya la. Kena sabor banyak-banyak, kan...

      Delete
  22. Saya teringin sebenarnya stay di apartemen kalo ke Malaysia. Tapi THN lalu ada warning utk foreigners tak boleh short stay di apartemen. Memang sih waktu itu katanya Penang only. Tapi saya jadi kuatir state lain pun sama.

    Makanya tiap kali ke Malaysia, saya pasti pilih hotel. Lebih aman buat saya, Krn masalah foreigners nya ini 😄

    Apartemen yg Kaka ambil, best tuh, menghadap twin tower sangat. Dan tak terlalu mahal yaa. Biasanya kalo cari penginapan yg view twin tower, mahal sangat 😅. Mereka jual suasana..

    Oh jumpa pertama di klcc ternyata 😁. Memanglah kalo ada memory di suatu tempat, pasti akan teringat terus. 😘.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh saja short stay di apartment, Fanny. Akak guna booking, dan ada ramai foreigners tinggal di situ. Tapi tinggal di hotel lebih senang, sebab boleh breakfast buffet. Hehe..
      Agak mahal bagi akak, Fanny, hampir 1K, untuk 3 hari 2 malam. Setahun sekali, bolehlah. :D

      Delete