Majlis graduasi anak

 Cerita semasa bulan Disember 2023, sebelum cuti sekolah hari tu. Anak kedua beritahu, sekolah akan buat majlis graduasi untuk pelajar tingkatan 5. Saya pelik juga. Awal benor buat. SPM pun belum lepas. Ada minta sedikit bayaran. Majlis dibuat di Orient Star Resort, Lumut. Wow! Ibubapa tak dijemput pulak tu. Hahaha... 

Ok la. Sekolah nak beri anak-anak ni semangat nak menghadap SPM, kot kan. Anak minta beli baju coat. Saya pun, whatttttt? Senyap-senyap saya wassap cikgu, tanya apa pakaian boleh dipakai semasa majlis graduasi. Cikgu kata, boleh pakai baju melayu lengkap atau baju coat. Rasmi la. Gitu. 

Saya sarankan anak saya pakai baju melayu lengkap je. Sebab semua dah ada di rumah. Tak perlu beli. Tapi anak start buat muka masam dia tu. Mengalah juga lah kita. Pergilah kedai bundle, cari blazer dan kemeja lengan panjang. Alhamdulillah, jumpa. Cuma seluar slack je, kami beli baru, sebab pinggang anak kecil, tak jumpa saiz. Ye la, kedai bundle kan banyak jual saiz besar.

Seterusnya, hantar blazer dan kemeja ke kedai dobi. Blazer kena dry clean. Kedai dobi kedua saya pergi baru terima. Kedai dobi pertama, sudah penuh, minggu depannya baru boleh siap. Minggu depannya, anak dah nak pakai. 


Sudah siap. Tali leher, bapaknya kasi pinjam.

Tibalah hari kejadian. Pelajar semua diberi kelepasan balik awal, pukul 12 tengahari dah boleh pick-up. Sebab majlis graduasi pukul 2.30 petang, murid-murid sudah kena ada di hotel.  


Tersengih je dia, gumbira. Sekejap kata, dia nampak macam salesman. Saya cakap, tak lah. Macam orang kerja office la. Kasut tu pun, bapak dia punya. Bapak dan anak, sama saiz kaki. Bagus juga. 


Sijil tu, sempena lulus peperiksaan percubaan SPM. Alhamdulillah. Ye. Inilah anak yang buat uban di kepala saya keluar lebih banyak. Inilah anak yang missed satu paper trial, dia tak hadir tu. Nasib baik boleh repeat paper Matematik Tambahan. Sebab ada MC. 

Allahuakbar. Cepat-cepatlah habis SPM, anakku. 

Semoga anak saya, anak-anak kawan pembaca sekalian yang ada ambil periksa SPM tahun ini, dapat menjawap periksa dengan tenang. Rajin mengulangkaji pelajaran, solat 5 waktu, ingat mak bapak dan berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat. Aminnn.... Terima kasih kepada cikgu-cikgu yang menunjuk-ajar anak-anak kami ni. 

Jumpa lagi, ye. 😊

44 comments:

  1. bila anak buat muka terpaksa mak mengalah kan kak...
    moga Angah berjaya dalam SPM nanti..berjaya juga jadi anak soleh dunia akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la, Afzan. Sabor je la banyak-banyak.
      Aminn, atas doanya. Terima kasih, Afzan.

      Delete
  2. Semoga berjaya anak"nya ya..jadi anak berguna bagi nusa bangsa dan agama

    ReplyDelete
  3. sekarang ni senang... kedai bundle semuanya ada... nk bundle murah bundle mahal semua ada... cun pulak sizing di badan org bujang tu.. all the best utk spm nnt abg ngah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, kakmim. Dia yang pilih. Boleh cuba sendiri walau di kedai bundle, ada fitting room. Terima kasih, kakmim.

      Delete
  4. Kalau saiz macam ni, senang jugak cari di bundle. Bagus jugak idea Nur tu, beli di bundle, kemudian htr dry cleaning. Ialah, kita ni kdg tak sampai hati nak hampakan permintaan anak, mungkin dah janji la tu dgn kawan² nak pakai suit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab benda nak pakai sekali, kot. Bukan selalu, itu yang kami pergi bundle tu. Ha ah, dia dah pakat dengan kawan-kawan nak pakai suit. Huuu...

      Delete
  5. Ni boleh geng dengan Cuya.. kalau tak dapat je nak tarik muka..kikiki
    Cuya masa form 5 takde majlis graduasi sebab kita sekolah harian biasa.
    Bila dah masuk universiti barulah merasa majlis2 gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...
      ye la, Cuya. Zaman akak dulu pun mana ada. Sekolah sekarang je yang buat macam ni.

      Delete
  6. Igtkn yg kecik2 je buat muka.. Dah besar pun masih buat muka.. Allahuakbar, semoga linda kuat dan sabar melayan karenah anak2... Semoga berjaya ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la dia, Linda oi. Sabor je la.
      Aminn... terima kasih, Linda. Semoga Linda juga kuat menghadapi karenah anak-anak.

      Delete
  7. Hehe budak-budal zaman sekarang, ibubapa yang dengar kata anak.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. nak juga pakai blazer kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal. Pakai baju melayu pun handsome juga, kan.

      Delete
  9. Wah, bagus sekolah buat majlis graduasi ni barulah budak2 bersemangat nak duduk SPM. Btw Selamat Tahun Baru 2024 Nur 🎉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, harap-harap begitulah, Carneyz. Anak-anak kekal bersemangat nak hadapi periksa besar. Selamat tahun baru 2024 untuk Carneyz juga. :)

      Delete
  10. Semoga berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti

    ReplyDelete
  11. apa pulak salesman? mcm aktor korea kot? tgk diorg pakai coat blazer bagai...hensem tuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni kalau anak tahu Anies tulis, kembang lubang hidung dia. :D

      Delete
  12. insya allah time SPM sebenar nanti boleh score punyalah! kami doakan dari jauh ni... aminnnn

    ReplyDelete
  13. mmg tgk ank2 lelaki graduation pki coat smart gitu....all the best utk spm

    ReplyDelete
  14. bukan mcm salesman lah. mcm CEO Megah Holding hehe.. untung juga sama saiz kaki dgn bapak hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... ada ngeye.
      Kan, tak yah beli kasut baru.

      Delete
  15. Aaamin Ya Mujib sama. Sebayalah ni dengan anak Mrs. A yang bongsu si Adik masa majlis graduasi dia pun minta dibelikan blazer satu suit baharu. Majlis hari Sabtu pagi kemahen semangat dia masa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ye ke... lebih kurang sama ya, Mrs. A. Pakai suit juga. Semoga berjaya anak-anak kita dalam periksa ya. Aminn...

      Delete
  16. bagus dan slim fit di putranya kak nur....bagus blazernya...semoga lancar segala sesuatunya, amin amin ya Robbal alamin...mbul bantu doakan dari sini kak

    ReplyDelete
  17. insyaallah..anak yang bagi ubat cepat keluar ni yg akan sentiasa ada dengan kita nanti. mudah-mudahan.

    Semoga tenang ye anak no. 2 ni masa menjawab SPM real nanti..jangan kamu buat hal taknak gi amik paper sudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn.... doa dan fikir yang baik-baik saja, kan, kerja kita, sebagai ibu. :)

      Delete
  18. Selamat untuk anaknya Mbak yang sukses sampai graduasi.
    Semoga kesuksesan lainnya menanti dihadapan...

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn... terima kasih atas doanya, Pak Asa.

      Delete
  19. sekali dia minta nak pakai coat jugak.. buat muka masam tu mmg kalah la hati si ibu hahhaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam ni la, Encik Time Traveller. Kita sedaya-upaya akan penuhi permintaan anak, asalkan anak gembira nak ke sekolah.

      Delete
  20. Replies
    1. Mekasih, Nina. Kembang bontot anak kalau dia tahu. :D

      Delete
  21. Terlihat senang muka dia 😄👍. Semoga dilancarkan semua ujian SPM anak kakak yaaa.

    Atau skr ini udah selesai kak? Saya tak inget SPM Malaysia di bulan apa 😅. Kalo di Indonesia ujian akhir itu bulan june awal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn... terima kasih, Fanny.
      Belum selesai lagi. Hari ini, baru ujian Lisan Mendengar Bahasa Malaysia dan Inggeris. Bukan Mac baru selesai, Fanny.

      Delete