I am so happy

 Alhamdulillah... saya sudah selamat pos hadiah kepada kelima-lima top pengomen 2023 blog saya ni. Tiga sahabat bloggers sudah selamat terima pun. Syukur Alhamdulillah, selamat sampai kepada penerima. Lagi dua lagi, on the way, semasa entri ini saya tulis.

Minggu ini, setiap hari saya ke pejabat pos. Ada hari, sampai 2 bungkusan saya pos. Saya belajar benda baru. Contohnya, bila kita nak hantar lebih satu bungkusan, masa isi borang parcel online di web pos Malaysia tu, selepas habis isi penerima pertama, kita boleh screen shot QR code yang dipaparkan. Lepas itu, kita boleh terus edit butiran penerima dengan memasukkan nama penerima kedua pula. Jadi, jimat masa. Bila sampai pejabat pos, boleh terus scan dan print out, settle dua bungkusan sekaligus. Hari tu, saya tak tahu. Saya isi satu persatu. Alhamdulillah, dapat ilmu baru. Encik pekerja pejabat pos Lumut ajarkan. 😊

Senang je sekarang, nak hantar barang.

Gambar tiada kena mengena dengan cerita. Saja nak share, larian 21 Disember lepas. 😁

Balik kepada tajuk. Sejujurnya, untuk tahun 2024 ini, saya tak pasti sama ada saya mampu untuk beri cenderahati lagi kepada top pengomen sepanjang tahun. Ini adalah kerana, hasil kerja tangan saya yang ready-stock sudah pun kehabisan. Hehehe... kena kait barang baru. 

Saya tak kisah akan kos bahan mentah untuk siapkan sesuatu barang kait itu. Walaupun harga benang kait makin tahun, makin meningkat. Bagi saya, kos masa itu lebih mahal dari kos bahan mentah. Nama pun hobi. Benda yang saya cuma usahakan di masa lapang. Jadi, sesuatu barang kait itu ambil masa agak lama untuk siap. Itu lah untuk tahun 2023 lepas, saya cuma mampu bagi untuk 5 orang pembaca bertuah sahaja. Untuk tahun ni, tak pasti lagi. Insya-Allah, saya akan usahakan.

Ada rasa gembira terbit dalam hati. Berbunga-bunga. Bila bagi hadiah kepada orang. Saya sangat suka. Apatah lagi, hasil handmade ini adalah unik dan tak boleh didapati di kedai. Tiada hasil kerjatangan yang sama. Itulah antara sebab saya berbesar hati dapat hadiahkan hasil kait saya kepada pengomen terbanyak.

Larian indoor 29 Disember. Nama pendek saya Kenek. Nama panjang saya, Kenek Kenek si Bongkok Tiga. 

Benda yang kecil, tidak semestinya senang untuk siap. Ada bezanya antara kait jarum satu (crochet) dan kait dua jarum (knitting). Hadiah berupa bantal kait, adalah hasil knitting. Sementara yang selimut ripple tu, adalah hasil crochet. Nama selimut tu ripple sebab corak macam ombak zig-zag. Boleh la skodeng kat blog kawan-kawan yang sudah share hadiah yang mereka terima, iaitu NA dan SK.

Larian indoor 30 Disember. Hello.. nama saya Ketot Junior. Saya dapat nama Ketot sebab ekor saya kontot. 

Saya terinspirasi dengan semangat seorang lagi sahabat blogger, iaitu Anies. Yang berjaya update blog sepanjang minggu dan cuma off Sabtu dan Ahad. Saya pinjam sikit semangat Anies ye, tahun ni. Sabtu dan Ahad, saya akan peruntukkan untuk mengait, jadi tiada entri lah, pada dua hari tersebut, ya. Itu pun, hari ni, lewat juga update blog untuk hari Jumaat. Saya cuba semampu boleh. Insya-Allah.

Ok. Jumpa lagi, ye. 😊

38 comments:

  1. Tahniah buat semua penerima hadiah istimewa hasil kerja tangan Nur.

    ReplyDelete
  2. Syukur penerima hadiah selamat menerima hadiah masing2.. Tahniah :D

    ReplyDelete
  3. Salute yg pndai mengait dan menjahit...kawan linda pun beljar tgok u tube je.. Hebat betul dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun belajar crochet dari youtube je, Linda. Tak susah mana, kalau ada minat.

      Delete
  4. betul tu. service pos malaysia dah makin bagus skrg. cuma tempoh menunggu tu hrp lbh pendek lg.😁😁

    patut laa tersedak td. ada org sebut nama kite rupanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo, ha ah. Tengok tempat juga kot. Ada pejabat pos besar, dia buka banyak kaunter, jadi tak lama kena tunggu, Anies. Tempat saya ni, pekan kecil, walaupun hanya ada 1 kaunter buka, tak tunggu lama pun, sebab tak ramai orang masuk pejabat pos.
      Hehe..

      Delete
  5. p/s sabtu ahad dan cuti umum🤭😁

    ReplyDelete
  6. Pasti senang yang terima bingkisan hadiah,karena limited edition buatan tangan dari pemilik blog sendiri,..selamat yaa,..

    ReplyDelete
  7. Dah tengok dekat blog SK, cantik sangat blanket kait tu 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Lama ambil masa nak siapkan satu blanket.

      Delete
  8. Selamat untuk para penerima hadiah... pasti senang sekali 😁
    Saya kapan dapatnya ya? Hehe 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin-rajinlah komen sini. Mana tahu, ada rejeki dapat hujung tahun ini. :D

      Delete
  9. Ok baru tahu beza kait 1 dan2 jarum.
    Entah, sayapun isi masa apalah. Cuba untuk banyak baca al-Quran dengan istiqamah. Memang bergelut!

    P.S: Sudah guna selimut berombak untuk duduk kerusi. Selesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa cepat berjalan, kan, NA. Kena selit-selit antara hal seharian untuk cari saham akhirat juga.
      Alhamdulillah. :)

      Delete
  10. Alhamdulillah, bestnye.. seronoknye kalau pandai mengait..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Bolehlah, mengait sikit-sikit, dan slow-slow je, tak terer mana pun. :)

      Delete
  11. Yang menerima rasa gembira, yang memberi rasa bahagia ❤️
    Teruskan hobi Nur, x semua org ada skil mengait ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann... Terima kasih, Puan Hazel. Insya-Allah, saya akan terus mengait, sebab satu terapi pada saya. :)

      Delete
  12. Hobi yang tak ramai sanggup buat...kalau berjaya komersial boleh ke peringkat yang lebih jauh...paling tidak menjadi trainer dalam bidang tersebut.. semoga Nur terus gembira dan kegembiraan perkara yang mahal dan susah nak dapat juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, mungkin saya akan promosi di beberapa platform, hasil kerja tangan saya. Saya tak terer mana, nak mengajar orang, apatah lagi. Hehe..
      Amin... terima kasih, Encik Hanafi. :)

      Delete
  13. Oh, baru tahu pasal kait satu jarum dan dua jarum tu, Nur. Tak apa, kalau tahun ni tak ada hadiah pengomen pun kita tetap setia singgah sini komen entri Nur. Teruslah menulis kalau bukan utk pembaca pun, utk catatan kita sendiri

    ReplyDelete
  14. lama tak singgah pos laju dan pos parcel.. mudah bila dh ada apps, taip2 terus scan dan tampal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul. Cepat siap, lagi-lagi takde orang di pejabat pos.

      Delete
  15. Selamat kepada temen temen yang mendapat kado indah dari kak nur, mbul ingin belajar merajut...dulu hanya bisa bikin kristik saja kak...hahahah...ama sulam taplak meja pake midangan...
    kucingnya imut sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kristik tu, cross stitch ya, Mbul. Dulu pun saya suka juga ber-cross stitch. Tapi harga benang sudah mahal sangat sekarang. Itu yang tukar ke rajut saja.

      Delete
  16. Setuju dengan Nur knitter ni bukan mudah nak dapat di mana-mana. Orang yang tahu kait dan gigih mengait pun tak ramai. Semoga Nur teruskan hobi unik tu.Teringat arwah mil dia rajin mengait ada dia hadiahkan anak-anak cucu dia sarung botol air touching bila nampak sarung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah, Mrs. A. Saya akan terus mengait, selagi diizinkan.
      Kenangan ya, dapat sarung botol air.

      Delete
  17. Yang menerima nanti ni mesti akan update kan...x sabar nak tengok diorang update...

    ReplyDelete
  18. Hadiahnya berupa bantal rajut karya Mbak sudah saya lihat fotonya di blognya Mbak Anies. Cantik sekali pemilihan warnanya Mbak.
    Semoga Mbak tetap rajin update blog. Dan tentunya juga dengan merajut.

    Oh iya hanya info saja, kata "kait" dalam bahasa melayu, disini "rajut". Sedangkan disini kata "kait" itu berarti "hook" dalam bahasa Inggris.
    Perbedaan makna yang jauh sekali ya Mbak.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Insya-Allah, saya coba, Pak Asa.
      Pak Asa, hook itu adalah nama jarum kait yang saya guna, sebab muncungnya ada bentuk lebih kurang abjad V terbalik, yang boleh cangkuk benang. Ya, dalam bahasa Indonesianya, hobi merajut. Bahasa Malaysia jadi, hobi mengait. :)

      Delete
  19. Memang kak, hasil buatan tangan itu pasti beda rasanya saat menerima. Apalagi tak akan mungkin sama dengan yg lain. Tak usah dipaksakan kalo ttg GA , Krn memang semua terpulang kepada kemampuan kita kan. Apalagi knitting bukan sesuatu yg bisa cepat dikerjakan . Saya tahu Krn mama saya hobinya pun sama 😄

    Kak Anies memang best kalo menulis. Saya baru bisa BW setelah balik dari east Europe 2 Minggu. Jadi pasti banyaaak tertinggal cerita teman2 yg lain 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, baru tahu, mama Fanny juga seorang knitter. :)

      Delete