Disneyland Ayer Tawar

 Pada satu hari, masa tu, saya dan suami sedang dalam perjalanan balik ke rumah dari Seri Iskandar. Orang Perak cakap, pergi nyongket. 😁

nyongket (lorat Perak) = berjalan-jalan, bersiar-siar, jalan tanpa arah tujuan

Tukar angin, kami tak masuk lebuhraya WCE. Kami lalu jalan lama, masuk pekan Ayer Tawar, Perak.

Tahukah anda, ada Disneyland, kat sini? Hehe.. mini Disneyland la. Ajom, mari kita jalan-jalan.


Taman rekreasi sebenarnya, lokasi di tengah-tengah kawasan perumahan. Waktu kami datang singgah, hampir waktu tengahari. Ada sekumpulan uncle-uncle sedang bersembang, duduk di kerusi batu bawah pokok. Pokok-pokok besar pun banyak, jadi, ada laluan yang teduh. Selain saya, ada seorang sedang berjalan kaki mengelilingi taman Disneyland ini.

Ada castle.. 

Saya tak cuba masuk la pulak, dalam mini castle tu. Budak-budak boleh la, masuk. Ada gelongsor, permainan untuk budak-budak, di bahagian belakang.

Donald Duck

Yang Donald Duck ni, macam baru tambah, sebab masih ada pita yang dipasang keliling, melarang orang dekat, baru bina lagi kot.

Payung berwarna-warni

Ada lagi beberapa tempat yang boleh OOTD, atau Instagrammable. Jalan-jalan petang-petang bawa budak-budak, sesuai la. Kalau nak lari di sini, jenuh juga nak pusing taman, sebab pusingan dia tak besar.

Satu pusingan Disneyland Ayer Tawar, 0.42 kilometer.

Jika nak datang check-it-out tempat ni, boleh google je, Disneyland Ayer Tawar.

Hehe... saja, kita orang memang suka jalan-jalan, tengok tempat yang tak pernah pergi. Tapi time ni, saya sorang je tengok-tengok kawasan. Suami duduk dalam kereta, dia ada mesyuarat online pula. 

Ok. Sekian perkongsian kali ini. Jumpa lagi, ye. 😊

42 comments:

  1. Baru buat ke Disneyland itu?
    Budak-budak mesti suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jugak, NA, sudah ada sejak 4 tahun lepas. Ha ah, budak-budak boleh main-main. Orang tua boleh duduk-duduk bawah pokok.

      Delete
  2. haha teringat kakak kerani ofis lama masa ammi mula2 kerja dulu. Orang Kuala.

    Biasanya weekend mmg ammi berjalan jelah kan..kata anak dara lagi masa tu..apa kes duduk rumah terperuk. Dan ayat dia nanti "nyonggggggket je keroje kamu ni Sharmila"... panjang harakat gggg dia tu ahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... mak mak punya cara cakap camtu ler... :D

      Delete
  3. untung orang Perak tak payah nak nyongket disneyland overseas,yang dekat dah ada hihi

    ReplyDelete
  4. Wah ada Disneyland juga ternyata disana,anak"pastinya suka lah😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Disneyland kecil saja, Mreneyoo. Boleh la, tempat riadah petang-petang buat anak-anak.

      Delete
  5. wahh..comelnya disneyland tasteless water town

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. memang tasteless dari dulu sampai sekarang. :D

      Delete
  6. Wahhhh.. kat Johor ni ada Legoland tapi masuk kena bayar beratus. Disneyland ni tak kena bayau kan?

    ReplyDelete
  7. Perkataan baru buat saya iaitu nyoket..bolelah masa untuk jalan-jalan ambil angin tempat tersebut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, Encik Hanafi. Boleh la pergi, kalau bosan riadah di tempat saya ni. Tak jauh sangat dari kawasan saya.

      Delete
  8. Seronok nyongket nye yong... Kikiki... Linda jarang pulak lalu situ, jd x jumpa lah.. Lepas2 nie mungkin ke arah situ jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok ler, jugak. :D
      Sila, sila, Linda, bawa anak-anak.

      Delete
  9. Nyongket.. macam nak kena hdung dah bibir mula2 sebut hahaha :D

    ReplyDelete
  10. Laaa... ada disneyland rupanya di sana ya... budak² suka aje tempat mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecik je Disneyland-nya, kakmim. Boleh ler. Hehe..

      Delete
  11. Halo, perkenalkan Kak saya dari Indonesia. Saya coba berkunjung ke sini dan kelihatan postingannya bagus. Tetapi saya kesusahan dengan bahasanya, jadi semoga kunjungan ini bisa sekalian belajar bahasa melayu, hehe

    ReplyDelete
  12. Memang baru tahu ni...nanti nak bgtau anak sedara yg dok Perak, pegi recce dulu hehe ...
    Byk port menarik utk OOTD ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak sedara Puan Hazel tu, duduk di mana? Sila, sila, usha line dulu. :D

      Delete
  13. okla tu mini disneyland...mn tau lps ni dpt pi disneyland beso plak kn

    ReplyDelete
  14. bestnya ada mini disneyland..kita ni x sampai lagi...kalau amik gambar bawah payung2 warna warni tu mesti best kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, SA. Ada lagi tempat lain seperti pintu gerbang lawa, yang saya tak snap, segan dengan uncle-uncle yang duduk situ.

      Delete
  15. untung laaa kome
    dapat pegi disneyland
    walaupun versinya kecil
    huhu

    ReplyDelete
  16. suka kat bahagian payung warna warni tu
    kat kl ada juga tapi sy x penah pegi lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la, banyak dah tempat buat hiasan payung warna-warni ni, kan.

      Delete
  17. Menarik tempatnya ni. Baru tahu kewujudan Mini Disneyland ni. Bolehlah buat tempat menyongket kan Kak Nur. Eh, ke salah penggunaan nyongket ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. boleh je, Fizah. Kita belasah saja. :D

      Delete
  18. Wah ada disneyland rupanya disana Mbak.
    Tapi walaupun hanya mini disneyland tapi asik juga ya jalan-jalan disana. Payung-payung yang berwarna-warni itu cantik sekali.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. kecil saja, Pak Asa. Mini Disneyland. Boleh la Pak, cuci mata, jalan-jalan, sambil menghirup udara segar.

      Delete
  19. Hahahahaha Disneyland ala ala ya kak ,😄😄. Boleh laah kalo untuk anak2, pasti senang mereka bisa main di tempat begini 👍😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, mini Disneyland saja. Hehe.. betul, betul.

      Delete