Hadiah Pengomen Tegar 2023 Blog Mrs A

 Semalam, sewaktu anak saya sampai depan pagar rumah dari sekolah, dia datang hulurkan bungkusan kepada saya. Musykil juga saya, sebab saya tidak ada beli apa-apa barang online. Saya terlupa yang saya ada beri alamat pada Mrs. A, minggu lepas, sebab saya adalah antara pengomen tegar sepanjang tahun 2023 di Blog Mrs. A. Alhamdulillah.

Dapat pula hadiah yang memang berguna pada saya, yang berlari hari-hari ni. Jeng jeng jeng...


Saya dapat tudung sukan Raqtive! 😍

Gumbiranya rasa di hati. Alhamdulillah. Terima kasih kepada Mrs. A, yang hadiahkan tudung sukan yang cantik ni.

Material tudung ini adalah fabrik microfiber yang berkualiti tinggi, dikhaskan untuk kegunaan ketika bersukan dan berekreasi.

Ia juga ringan dan sangat selesa dipakai. 

Ate.. tak kan nak tengok je, kot. Marilah kita cuba pakai.

Makcik perasan model sports hijab πŸ™ˆ


Suka, suka. I is terharu, ok...


Terima kasih kepada Mrs. A, yang bermurah hati hadiahkan tudung sukan ini pada saya. Semoga Mrs. A dan keluarga dimurahkan rezeki, sihat-sihat dan gembira selalu, dan sentiasa dalam rahmat Allah. 

Kepada pembaca yang masih belum mengenali Mrs. A, jemput lah berkunjung ke blog beliau di sini. Jangan lupa follow Blog Mrs. A juga. 

Saya tak pernah menang hadiah top pengomen ni. Suka, suka. 😍😁

Baik. Jumpa lagi, ye. 😊

42 comments:

  1. cantik sangat kak...sukanya bila dapat hadiah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan selesa juga, Afzan, akak dah cuba pakai lari. Alhamdulillah. Suka, suka. :D

      Delete
  2. tahniah kak Nur...
    sesuai tu kak jd model, gaya ada dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Linda.
      Banyak tengok America's Next Top Model dulu. Saja gatai, orang tua buang tebiat.

      Delete
  3. Cantik helok terletak dengan muka Nur heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Mrs. A. Pandai Mrs. A pilih saiz. Mesti dah pernah beli tudung Raqtive, ye. :)

      Delete
  4. hadiah yg sesuai sgt.. congrats!!

    ReplyDelete
  5. Tahniah Nur πŸ‘πŸ½

    Ada dah tu gaya model πŸ˜€

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekacih, Ujie. Alhamdulillah.
      Heee... malu saya.

      Delete
  6. Tahniah Nur, cantik di pakai di wajah Nur :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, kak Ana. Alhamdulillah. Memang tudung ni cantik buatannya. Muka saya bulat. Salah pakai tudung, nampak pipi tembam.

      Delete
  7. Selamat...kelihatannya tudungnya sangat nyaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Mreneyoo. Fabriknya sejuk. Bila berpeluh, tidak rasa berat. Lightweight.

      Delete
  8. Cantiknya hadiah tudung suka!
    Tahniah Nur.

    ReplyDelete
  9. Tahniah puan Nur...lepas nie pasti lari lebih jauh dan lebih laju lagi hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Encik Hanafi. Hahaha...semangat tudung baru, gitew..

      Delete
  10. Memang berguna, boleh selalu pakai.

    ReplyDelete
  11. Selamat atas hadiahnya Mbak. Cocok juga ya untuk aktivitas lari yang rutin Mbak lakukan.
    Btw, jadi penasaran dengan Mrs. A. Baik segera saya kunjungi blognya.

    Salam,

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah, kasi semangat lagi utk Nur terus berlari tahun ni. Cantik tudung sport tu πŸ‘πŸ»

    ReplyDelete
  13. Cantik di kak nur hijabnya...bahannya bagus dan alhamdulilah rejeki awal tahun dari kawan blogger berdatangan ya kak ^^

    ReplyDelete
  14. Tahniah Nur ... alhamdulillah rezeki kan..meh la jemput jadi top Komentator blog SA plak ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, SA. Hehe... saya cuba, ya. Insya-Allah.

      Delete
  15. tahniah tahniahπŸ‘πŸ‘πŸ‘
    pandai mrs a pilih hadiah kan?

    ReplyDelete
  16. lepas ni lagi laju laa lariannya yaaa πŸ˜€dpt tudung baru semangat punπŸ’ͺ

    ReplyDelete
  17. elok je pakai spec dan bertudung sarung...cermin mata ammi jadikan tudung tu rupa apa ntah. nak tukar spec ongkos ilek pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, asal tutup aurat ok je, Ammi. Tak kisahlah tudung rupa camne disebabkan spek kita. Memang mahal buat spek skrang. Tunggu power tambah gila gila sampai tak nampak, baru tukar baru. Hehe..

      Delete
  18. Replies
    1. Ya, lihatlah dunia, hidungku yang kembang.

      Delete
  19. Alhamdulillah, rezeki awal tahun...cantikkk..

    ReplyDelete
  20. Awalnya saya tak tahu itu tudung sukan. Tapi pas kakak pakai, issshhh baguuuuuus memang. Dan panjang juga yaa πŸ‘πŸ‘πŸ‘. Saya belum ketemu tudung sukan yg pas di kepala, dan nyaman. Masih trial and error coba cari πŸ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, Fanny. Tutup dada. Bolehlah cuba beli Raqtive sports hijab, jika mencari tudung sukan yang bagus. Beli online pun boleh.

      Delete