Lari di UTP, mee tikus dan nasi kandar

Bulan Januari 2024 sahaja, sudah 3 kali saya berlarian di Taman Tasik UTP (Universiti Teknologi Petronas). Biasanya, saya dan suami datang sini apabila suami off kerja. Jadi, kami dapat pergi lokasi jauh sikit dari rumah. Di samping itu, dapat juga jalan-jalan cari makan. 2 dalam 1. Perjalanan ke UTP dari rumah, mengambil masa lebih kurang 40 hingga 50 minit, bergantung pada keadaan trafik. 

Larian 1 Januari, 10.3 kilometer.

Larian 11 Januari, 7.11 kilometer.

Dan semalam pun, saya dan suami ke UTP lagi. Cuma semalam saya tak lari. Rasa malas sangat, jadi saya jalan-jalan saja.

Jalan-jalan 17 Januari, 4.56 kilometer.

Alhamdulillah, atas nikmat sihat yang Allah kurniakan. Bila berjalan, boleh tengok banyak benda, berbanding bila berlari, tak berapa ambil perhatian sangat dengan benda sekeliling kita.

Ada replika dinasour.

Di Taman Tasik UTP ini, bertempatnya Geological Rock Garden, yang merupakan taman geologi terbesar di Malaysia. Baru saja dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, lebih kurang seminggu yang lalu.


Semasa kami pergi semalam, cuaca baik, tak berapa panas sangat. Ada tanda-tanda nak hujan.


Sesuai datang sini, waktu pagi atau petang. Bersiar-siar atau berjogging. Bawa seisi keluarga. Satu pusingan yang paling luar, boleh dapat 2 kilometer.


Ralit perhatikan air tasik. Burung-burung bangau pun banyak berterbangan, lebih-lebih lagi bila mesin pemotong rumput baru melepasi sesuatu kawasan tu, mungkin senang dapat cacing di tanah, bila rumput baru dipotong. Burung lain pun banyak di sini. Jadi, memang rasa tenang untuk layan perasaan dan menghirup udara segar waktu pagi.

Bila cuaca mula panas, kami pun beredar. Tak sampai 5 kilometer pun berjalan. Jadilah, keluar peluh, dari duduk rumah depan tv. 

Kami pergi Batu Gajah, sarapan di sana. Nak cuba tempat baru.

Pernah dengar orang makan mee tikus di Ipoh. Tapi, saya baru tahu, di Batu Gajah, Perak, pun ada gerai menyajikan mee tikus juga. Marilah kita cuba. Saya tak tahu mana mee ni dapat nama mee tikus. 😁

Nama kedai adalah RM Corner. Saya secara kebetulan terjumpa orang cakap tentang kedai ni, di group JJCM@Perak di facebook.


RM Corner tu, singkatan dari Ramli Misha Corner. Bagi yang tak biasa, mungkin berpendapat yang kedai ni, macam kedai makan cina. Sebenarnya, isterinya mualaf. Jadi, makanan di gerai adalah halal.

Lagi keratan akhbar mengenai RM Corner

Saya pula tak pernah makan mee tikus, walaupun selalu ternampak video mee tikus stesen bas medan kid yang viral di Ipoh. Kat Batu Gajah pun ada, jadi, marilah kita cuba, ya.

Mee tikus goreng
 
Sebab pertama kali makan, saya cerita sikit tentang mee tikus yang saya dapat info melalui carian google ya. Mee ini adalah masakan cina yang berasal dari Taiwan, Loh si fan. Loh si dalam bahasa cina bermaksud tikus. Fan pula bermaksud mee. Makna sebenarnya adalah laksa pendek, tapi orang lebih kenal mee ini sebagai mee tikus. 

Masa saya tengah tunggu pesanan sampai, ada bau wangi macam orang goreng kuetiau, dan ada rasa hangit, macam dimasak guna api besar. Saya suka, saya suka, sebab ada bau hangit. Hehe...

Sudah makan. Memang sedap. 😋 

Suami pesan bihun goreng. Tapi saya lupa ambil gambar, bihun goreng tu. Sebab tengah syok makan mee saya.

Lain kali boleh datang lagi. Yeh!

Nama kedai: RM Corner

Alamat: No. 2, Plaza Batu Gajah.

Masa operasi: 8 pagi hingga 1 petang.

Lepas kenyang makan, kami tak terus balik, pergi Kampar la pulak, nak bungkus nasi kandar beratur 786. 😁 Hahaha... tak masak semalam. Yay!

Suami saya pesan 2 nasi  kandar ayam goreng, 2 nasi kandar ayam bawang. Lauk letak asing ye, mamak.

Ayam dia besor!

Selamat makan tengahari, nasi kandaq. Sayur kobis jangan dilupa. Juga, telur masin. Surrrr...... 😋

Lepas tu, banyak kerja rumah kena siapkan. Lipat kain, menjahit baju anak yang koyak. Orang baiki aircond pun datang semalam. Ada 2 aircond rumah rosak. 

Jahit baju koyak

Tak beli baru. Kita jahit je. Dia pun lagi 2 bulan, nak habis sekolah. Baju inner, pakai dalam baju sekolah.

Ingat kan, petang lepas Asar, free la, untuk update blog. Tak sempat juga. Saya keluar sampai nak maghrib, baru balik rumah. Cari barang anak-anak sekolah. Gitulah ceritanya. Apa nak buat. Hari yang sibuk. Hehe..

Orait. Jumpa lagi, ye. 😊

36 comments:

  1. mee tikus tu macam laksa pendek ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Afzan. Laksa kontot. Teksture nya kenyal-kenyal, macam laksa.

      Delete
  2. 1st time dgr mee tikus ...rupanya maksud nama lain mee yg laksa pendek tp seram juga nk mkn bila dgr nama tu kan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. biasa. Sebab benda tak pernah nampak dan cuba.

      Delete
  3. teringat masa kat ITM dan belajar bahasa Mandarin. Kawan kelas dok panggil lecturer "laushu, laushu" dan lecturer tu kata... bukan laushu (i bukan tikus)... I lao shi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... oh, Ammi amik degree di ITM. Bagusnya, belajar third language. Kalau tahu Mandarin, senang dapat kerja.

      Delete
  4. mi tikus ni sy tau melalui IG.. foodie buat review

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. ya, ya. Saya pula tertengok kat fb, video orang review.

      Delete
  5. hahaha 2x tgk
    ingat gajah betul tadi
    🤣🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  6. Keren juga ada taman hewan purba , mirip-mirip jurasik park lah😁nah itulah kalau jalan ada yang di lihat, bisa sambil ambil foto spot cantik, danau, pohon,..ayoo terus berlari jangan sampai berhenti..cayoo💪,udah kenyangkan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, ye, Mreneyoo.. lebih kurang seperti Jurassic Park, cuma dinasour tak bergerak. :D
      Terima kasih, ya.

      Delete
  7. tengok tajuk rasa takut, mee tikus.. rupanya mee pendek.. hihihi..

    fobia dgr mcm2 cerite skrg ni, kicap perisa tahi tikus la.. fish ball tanbahan mende lain la.. terbayang2 td tikue banyak di kedai mee.. :D

    selamat berjoging atau berjalan2 kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, LadyBird. Laksa pendek.
      Terima kasih, ya.

      Delete
  8. Biasa dgr Mee Tikus Ipoh, ingatkan masa Iman belajar dulu sempatlah nak pergi makan, tapi tak sampai setahun PKP pulak. Nampak gambar sedap jugak Mee Tikus Batu Gajah ni ya, wok heiii!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, kan. Mee Tikus Ipoh tu dah lama viral, harga dulu sebelum PKP RM3 je. Sekarang tak tahu, berapa harga.
      Boleh tahan rasanya, SK. Kalau lalu, singgah ler...

      Delete
  9. Amboi! Berjalan sakan semalam.
    Baru tahu mi tikus itu bagaimana.

    ReplyDelete
  10. Wah mi tikus...satu nama yang cukup pelik dan menarik...rasanya sedap ok la...cuma bila terigat tikus memang rasa tak nak makan dah hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula pasal. Saya mula-mula pun skeptikal juga. Tapi, nama je pelik. Rasanya sangat sedap, Encik Hanafi.

      Delete
  11. berbahagialah masih diberi waktu untuk jalan jalan santai dan lari lari santai

    ReplyDelete
  12. Saya baru nak mula berjinak2 dgn indoor walking dekat gym bawah rumah hehe. Sekarang ni tengah cuba nak istiqomah dapatkan 10k steps sehari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya, ada gym bawah rumah. Senang nak bersenam. Chaiyok, Carneyz! You can do it! Enjoy enjoy je. :D

      Delete
  13. Replies
    1. Tak tahu pulak kat Johor ada ke tak, Wak. Dua-dua kedai jual mee tikus goreng ni, dekat Perak belaka.

      Delete
  14. Saya tuh July planning ke JB, tapi masih galau, apa perlu mampir Ipoh, Krn rasanya makanan di Ipoh pun banyak sedap 😍😍😍.

    Namanya memang bikin geleng2 saat pertama dengar ya kak. Dikira pakai tikus 😅. Tapi kalo ini laksa pendek, saya pun sukaaaaa 😍😍

    Dan samaa kita, saya juga suka kalo ada aroma smokey gitu di makanan. Beuughhh sedaaap kan 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. itulah pasal, Fanny. Unik namanya. Iya dong, haruslah ada bau hangit atau smokey, barulah confirm sedap! :D Datanglah Ipoh, banyak juga tempat makan-makan sedap.

      Delete
  15. Pertama kali dgr ni mee tikus. Awal baca tajuk tadi, seram juga takut ada kes tikus dlm kedai/makanan 😅
    Samalah, sibuk dgn urusan anak2 juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... nama saja yang unik, Puan Hazel.
      Iya la kan, sama kita, sibuk dengan urusan anak-anak.

      Delete
  16. Kenapa la letak nama mee tikus... dgr je mcm nk tak nak je nk try

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Kakmim tengok videonya, mesti kakmim rasa nak cuba. :)

      Delete
  17. pernah mkn mee tikus goreng, kwn pejabat buat jual dulu, dah lama, sebelum pkp..sedap, kenyal2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul, kak, macam tu la, teksture-nya. Sedap, kan.

      Delete