Sudah pun masuk Jumaat ketiga di bulan Januari 2024.
Saya nak kongsikan jumlah jarak saya berlari sepanjang tahun 2023.
Rumusan larian 2023 |
Jumlah jarak larian sepanjang tahun 2023: 1,880.5 kilometer
Purata jarak seminggu: 36.2 kilometer
Purata jarak bulanan: 156.7 kilometer
Nampak macam tinggi, jarak 1,880 kilometer itu. Tapi sebenarnya, menurun, berbanding jarak saya berlari tahun 2022.
Rumusan larian 2022 |
Tahun 2022, jumlah jarak larian adalah 2,328 kilometer.
Bila saya tengok semula, tahun lepas, nampak yang saya sudah tak konsisten dalam berlari. Semuanya bermula bulan Disember 2022. Sebelum tu, saya boleh buat jarak yang banyak, kebanyakannya melepasi 180 kilometer sebulan. Bermula Disember 2022 (sila refer graf 2022), terus drop mileage saya.
Saya hilang 1 tempat berlari. Saya tak pergi lari dah di tempat di mana saya boleh buat half marathon tanpa keluar jalan utama. Sebab dekat situ, ada peristiwa berlaku yang buat hati saya hancur. Tak mahulah cerita kat sini, benda yang dah lepas.
Tahun 2023, saya mula bangkit, berlari seorang kebanyakan masa. Kadang-kadang ditemani suami, bila dia tak kerja. Bulan di mana mencecah 300 kilometer tu, adalah sebab ada Runliga, lari virtual, kumpul mileage.
Saya kemurungan sepanjang tahun. Cuma saya tak cerita pada orang. Cuma buat benda seperti biasa. Cuba. Bangkit semula lepas trauma bukan senang. Rasa nak duduk je dalam rumah, tak keluar-keluar. Malas nak bercampur dengan orang. Buat apa ada kawan, kalau kawan hanya menggunakan kita dan memerli serta mengejek.
Itu la. Tak sembuh-sembuh lagi luka tu. Tapi boleh je buat bodoh. Takde apa. Lantak la apa orang nak fikir pasal kita. Lebih tenang lari seorang diri. Melayan kaki.
Tahun 2024, saya akan cuba bangkit dengan lebih kuat. Insya-Allah. Walaupun sudah nampak tempias faktor usia itu. Contohnya, seperti sakit lutut. Tempat yang tinggal untuk saya berlari dengan tenang, adalah tempat yang keras, dari konkrit. Apa nak buat. Sini bukan ada tempat rekreasi seperti di taman klcc tu, atau soft landing seperti dalam stadium. Guna saja apa yang ada, yang boleh.
Saya ni sebenarnya tak kuat. Kaki je kuat. Hati saya lemah, sangat fragile macam kaca. Itulah yang saya cuba kuatkan. Tahun ni. Dengan banyakkan amalan. Tambah solat sunat dan mengaji Quran. Saya cuba, ye. Insya-Allah.
How I wish that kami boleh pindah tempat lain. Start new, di tempat baru. Nak duduk dalam hutan, jauh dari orang ramai macam ni...
Tapi, tak boleh, ada tanggungjawap terhadap keluarga. Tapi saya yakin rezeki itu akan sampai di masa yang sesuai. Entah apalah yang susah sangat bagi saya ni. Anak bongsu saya pun tahu yang saya sudah setahun tidak berlari di tempat itu. Dia kata pada saya, "Mama pergi je la. Lari sana. Orang cakap apa, lantak pi la."
Masalahnya, saya bila orang dah sakitkan hati, tengok muka dia pun saya tak hingin. Bayang dia, kereta dia,tak hingin saya dekat. Itulah yang jadi satu masalah juga. Saya ingat, bulan puasa tahun ni, nak kembali solat terawih di masjid, macam tahun 2022. Tahu tak, tahun 2023, sekali pun saya tak pergi, sebab orang-orang berkenaan tersebut pergi masjid yang sama. Saya solat terawih di rumah je, tahun lepas. Hahaha.. itulah masalahnya dengan saya ni. Saya tak kuat. Huhu... tolong lah doakan saya, ye.
Tapi saya rasa, macam boleh, kot. Saya cuba. Masjid ni lain, rumah Allah. Tanam niat dengan kuat, nak cari redha Allah. Itu aje.
Ok. Dah. Saya dah cerita kat sini. Tak pernah-pernah saya cerita. Mulut saya memang selalu tersenyum bila ambil gambar, tapi hati saya penuh crack sana, crack sini.
Ini batu besar dalam duduk, harap tahun ni beransur menjadi ketulan-ketulan kecil, dan beransur hilang sikit demi sedikit. Berusaha! I can do this! Tak mahu lagi toleh ke belakang. I am blessed, sebab dapat berlari hari-hari. Syukur Alhamdulillah. Despite tak dapat buat jarak yang banyak macam tahun 2022, tapi still boleh la, dari tak ada. Betul, tak? Badan sihat sejahtera. Kaki boleh lari jauh. Kena tampar diri sendiri, 5 das sebelah kanan, 5 das sebelah kiri, baru sedar diri sikit, untuk bersyukur. Allahuakbar. Hatiku, oh, hatiku, tolong jadi lebih kuat tahun ni, ye..
"Maka nikmat Tuhanmu yang mana yang kamu dustakan?" - Surah Al-Rahman, ayat 13.
"Adakah manusia fikir bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,"Kami telah beriman" dan mereka tidak diuji?" - Surah Al-Ankabut, ayat 2.
Begitulah rumusan larian saya tahun 2023. Tahun ini adalah tahun untuk bertambah kuat berusaha.
Teruskan, keep going. 💪🏃😊
Moga makin meningkat lariannya tiap tahun, lakukan saja yang paling membuat kita merasa nyaman sis,semangat yaa💪
ReplyDeleteTerima kasih, Mreneyoo. Huggss...
Deletesabar yer kak... xpelah, abaikan orang itu.. kalau tempat itu menjadikan akak sakit, trauma, stress.. akak xperlu pergi... luka itu akan terawat sendiri..
ReplyDeleteLdy doakan agar akak kuat, ia akan jadi kuat bila akak belajar untuk terima sebagai suatu nukilan dari Allah untuk kita lepasi...
Alhamdulillah, akak berjaya lepasinya.. InsyaAllah batu itu akan menjadi cebisan kecil dan lama2 akan hancur.. ameeennnn
Akak baca banyak kali komen LadyBird, nak bagi faham. Terima kasih, ya. Hugsss...
DeleteAmin, ya rabbalAlamin...
semoga Nur terus kuat dalam mencapai target yang di impikan, kak ana pun sama, masuk sahaja usia 50 memang lutut mula rasa sakit untuk pergerakan ..
ReplyDeleteTerima kasih, kak Ana. Faktor usia ya, kak. Kita buat mana mampu je.
DeleteAllah sayang kan kita, itu sebab selalu datang ujian yang merobek hati kita. In syaa Allah, semuanya akan baik-baik. Segala yang menyakitkan hati akan ditiup angin masa. Akan datang, mudah-mudahan yang manis-manis saja yang singgah dalam hidup kita ye Nur.
ReplyDeleteAminnn.... terima kasih, Amie. Sejuk rasa hati saya baca komen Amie.
DeleteKita maafkan semua orang
ReplyDeleteBaik, Wak. Saya dah maafkan mereka. Hari-hari sebelum tidur, saya maafkan semua orang, Wak.
Deletejangan lemah kak..org yang pernah sakitkan hati kita akan ketawa bila tau kita semakin sedih.akak buat macam biasa buat macam tak ada apa yang berlaku,biar dia pula yang rasa kecewa belum berjaya buat akak sedih...semangat kak!
ReplyDeleteBetullah tu, apa Afzan cakap. Baik! Semangat!
DeleteLari waktu berbeza dengan orang itu tidak boleh ke?
ReplyDeleteBetul, sayapun elak jumpa orang yang saya tidak suka. Takpun jangan pandang langsung.
Saya susah sikit nak lari waktu petang, NA. Hehe..
DeleteSama kita, yek.
Nur, kalau Nur menjauhkan diri, nmpk macam Nur kalah. Nur selalu menang di hati kami rakan blogger. Tak ada yang kuat lari macam Nur, mesti hati Nur kuat juga untuk menepis segala andaian. Semoga Nur berjaya mengatasi halangan dan cabaran ya.
ReplyDeleteHuggsss sangat SK. Mekacih, mekacih. Aminnn....
DeleteTahniah dan semoga berjaya lagi untuk tahun 2023...hidup ada perjuangan untuk mengatasi masalah demi masalah...tanpa masalah bukan hidup namanya...keep it up in running
ReplyDeleteTerima kasih, Encik Hanafi. Saya cuba. Insya-Allah.
DeleteTahun 2024 buat derk je boleh ke? sy pun sejenis kalau x suka malas nk tgk org tu, sbb penat nk jd fake... jgn pendam sorg² nur bahaya... apapun gembirakan hati dgn berlari ya... yeayy!!
ReplyDeleteBoleh, boleh.
DeleteYeh, inilah dia. 10 markah untuk kakmim! Kita bukan fake. Yezzaa.. saya pilih untuk happy, yihaaa....
apa-apa puntetap banyakkkkkkk juga larian tu berbanding saya ni hahaha... tahniah tahniah!
ReplyDeleteMekasih, Anies. :)
Deletepedulikan mereka mereka tu
ReplyDeleteapa kata thn ni terawih kat 30 masjid dan surau berbeza?
tak apa jauh sikit janji kita dpt solat terawih dgn hati yg tenang.
sy penah buat dulu. tp x smpi laa 30 masjid/surau sbb ada off day kan...
pengalaman tu seronok. so kita dpt jumpa mcm2 jenis org...
Idea bagus tu, Anies. Insya-Allah. Saya akan pergi masjid lain yang dekat-dekat.
Deletebyk kilometer juga lari tu...tahniah.....kdg2 mmg sakit hati kalo org buat kita smp kita tkleh tgk die....apa2pun jgn lemah....bz kan diri dgn mcm2 aktivit ...insya allah dipermudahkan segala urusan
ReplyDeleteTerima kasih, mama tisya. Dah ok dah. Insya-Allah, akan ok. :)
DeleteMungkin mudah untuk orang lain berkata maafkan ajelah.
ReplyDeleteTapi itulah yang sabaik-baik supaya hati kita lebih tenang.
Semoga cita-cita Nur untuk berlari lebih km akan tercapai
Sudah lama dah saya maafkan mereka, Mrs. A. Cuma luka lambat sembuh. Tapi, Insya-Allah, ok. Terima kasih, Mrs. A.
DeleteBila la SA nak start ni...brisk walk je hari2 ke tempat kerja...itupun x konsisten...skrg ni plak musim hujan kan
ReplyDeleteBrisk walk pun ok sesangat, SA. Jalan-jalan dalam shopping complex pun boleh tambah steps juga. :)
DeleteKita hidup tenang-tenang je kak, jangan fikir dah hal lepas² tu. Move on dengan semangat baru. Akak sumber inspirasi saya tau, saya baru nak mula berlari ni. Jom semangat kak!
ReplyDeleteYe, Fizah. Akak cuba. Terima kasih, ya. Berusaha! :)
DeleteCadangan ammi, pergi jelah tarawih tahun ni. Manalah tau manusia2 toxic itu dah insaf dan kembali ke pangkal jalan (taktau cerita sgt tapi main agak2 je). Kalau masih sama, u do your obligations dan balik.
ReplyDeleteItulah plan saya. Nak solat terawih je. Benda lain tak penting. Mekasih, Ammi.
DeleteYe lah nama pun hati kan.. sakit nya hati sakit seluruh badan walau kaki kuat berlari.. namun ia perlu diperbaiki setiap masa.. apa pun jgn biar diri down disebabkan org lain yg tak function pun dlm hidup kita.. life carry forward by our own.. :D
ReplyDeleteItulah. Betul sesangat. Mekasih, Encik Time Traveller.
DeleteApapun yang terjadi, saya doakan kak nur bisa lebih kuat ke depannya. Belajar untuk tak mempedulikan orang yg dah buat kita sakit hati. Memang berat, tapi pelan2 yakin bisa.
ReplyDeleteHebaaat pencapaian larinya kak, walo angka menurun. Tapi saya saja mungkin tak sanggub raih hasil segitu 😂.THN ini saya pun nak mulai fokus dengan workout. Kemarin2 pun fokus, tapi saya nak tambah waktunya.
Amin... terima kasih, Fanny. Hugss...
DeleteSemoga Fanny juga berjaya mencapai target workout yang diingini untuk tahun ini. We can do it!