Hari terakhir di KL

 Ahad, 24 Disember 2023 - Seawal pukul 7 pagi, kakak sulung datang ambil kami di apartment, bawa pergi sarapan di Pelita Nasi Kandar, Jalan Ampang. Naik kereta kakak. Empat orang duduk belakang. Anak bongsu duduk di kerusi sebelah pemandu. Hehe.. itu la, tak bawa keluar kereta kami langsung sepanjang stay di KL. Masa datang dan balik je, guna kereta sendiri. 

Lama jugalah kami makan, sambil sembang di mamak tu. Hari Ahad, tengok ramai orang naik basikal lalu depan restoran, yang berlari pun ramai. Lepas tu, kakak bawa kami pusing-pusing di pusat bandar. Lalu depan bangunan the Exchange TRX tu. Lalu Bukit Bintang, nampak Lot 10, pusing Kampung Pandan. Pastu dia pun drop kami semula depan apartment.

Kami pun siap siap pack barang untuk check-out. Sebelum tu, marilah ambil gambar kenangan duduk apartment tinggi yang diberi nama Sky Suites KLCC ni. 


Alhamdulillah, dapat berkumpul satu keluarga, habiskan masa bersama-sama. 


Ada rezeki lebih, lain kali, kami datang lagi, ya.


Bye bye, KLCC...! 💓 When will we see you, again...?

Masa check-out, kena jumpa ejen yang uruskan penginapan tu, semula. Dia kembalikan wang deposit RM200. Kami kembalikan pass kad untuk kereta dan rumah. Alhamdulillah. 

Kami dah janji jumpa kakak di rumah bapa di Rawang. Kakak bungkus siap-siap nasi beriani yang dibelinya di Taman Tun. 

Bapa saya semakin uzur. Badan ada sedikit bongkok. Kurus je. Rasa kesian, tengok orang tua. Makcik (ibu tiri saya) kata, baru nampak papa makan banyak sikit, cucu dan anak datang. Bapa saya tak tahu pun yang saya dan family nak datang. Bapa ingat, kakak sulung seorang je, nak singgah rumah. Hehe..


Lama duduk rumah papa. Dari makan tengahari sampai ke minum petang. Kakak order grab pula, pisang, ubi goreng, cokodok, dan air kopi. Anak sulung habiskan kerja assignment, sampai dia selesai hantar kerja, barulah kami bertolak balik ke Perak. Tumpang wifi rumah Tok, laju. Kalau nak submit tengah jalan, takut takde line pula dalam perjalanan. 

Semasa perjalanan balik, bila sampai Sekinchan, tukar pemandu. Anak sulung bawa kereta sampailah selamat sampai rumah Perak. Alhamdulillah, selamat sampai.

Begitulah cerita percutian hujung tahun kami hari tu ke Kuala Lumpur. Seronok dapat tukar angin, tengok tempat orang yang penuh orang dan sesak dengan traffic jam. 😁 Dapat shopping di Decathlon dan kasut baru, jumpa kakak, papa dan makcik. Syukur Alhamdulillah, rezeki dan nikmat Allah beri. 

Ok la ye. Jumpa lagi. 😊

28 comments:

  1. Rajin sembang dengan kakak padahal sudah jumpa semalam.
    Eloklah selalu lawat papa supaya dia gembira.
    Memang betul tukar angin sesekali iyu seronok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak selalu dapat jumpa kakak sulung tu, NA. Catch-up stories anak beranak. :)
      Ya, Insya-Allah, NA.

      Delete
  2. bila tang last paragraph tu ammi pun taktau kenapa ammi rasa sebak...

    i miss my late father and mother. :(

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah rezeki berjalan2 dan jumpa keluarga... seronok tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Ye, Cuya, lokasi pun jauh-jauh. Itu yang jarang jumpa. Suami akak pun jarang dapat cuti.

      Delete
  4. Alhamdulillah, dapat berjumpa ahli keluarga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Lama juga tak jumpa papa dan makcik.

      Delete
  5. Alhamdulillah sudah kembali ke Perak...semoga kesihatan bapa Nur semakin baik...aamiin

    ReplyDelete
  6. Syukur masih ada kesempatan berjumpa orang tua,saya sudah gak ada keduanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huggsss untuk Mreneyoo.... mudah-mudahan dapat ketemu kedua orang tua di syurga. Aminnn...

      Delete
  7. Selamat kembali ke rumah Mbak.
    Liburan yang menyenangkan ya Mbak dan bertemu juga dengan bapak.
    Semoga bapaknya tetap sehat..

    Salam,

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah atas nikmat bercuti dan bertemu ayahanda 🤲
    Dah besar² ye anak puan... Dah boleh tukar driver, seronoklah nak jalan² jauh pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak sulung tu, baru saja dapat lesen memandu, Puan Hazel.

      Delete
  9. Alhamdulillah sempat ziarah ayah Nur dan jalan2 dengan kakak Nur.

    ReplyDelete
  10. Family gathering mcm ni yg paling best....ziarah menziarah kan..SA sejak Mak Pah sakit memang susah nak bergerak kemana-mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu sedara yang datang berkunjung di rumah SA, la ye. Semoga Mak Pah semakin sihat.

      Delete
  11. Alhamdulillah, bukan sahaja jalan² juga merapatkan ukhwah. Sy pun sedih tengok orang tua uzur sebab pernah tengok mereka sihat. Dulu masa kecik² tengok orang tua tak ada perasaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, SK. Sebab kita pun dah tua, kot. Tengok orang tua kita, rasa sayu dalam hati.

      Delete
  12. laa knape x singgah the exchange? dkt dah tuu singgah beli cekelat sedap😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waktu tu, pagi lagi, belum kul 10, shopping belum buka. :D

      Delete
  13. bila berkumpul mcm ni laa yg paling seronok... ada je benda nak disembangkan.. lg pun bkn selalu jumpa kan...

    ReplyDelete
  14. Saya rindu laaah makan pelita kandar yg jl ampang itu 😄. Tempat saya ketemu teman2 kalo ke KL biasanya 😁. Paling mudah dicari soalnya.

    Seronok pasti ketemu keluarga kan. Kalo saja Jakarta - Medan dekat, dah sering2 balik pulang saya ketemu papa mama😄. Sayangnya naik pesawat saja 2 jam, naik mobil 3 hari 🤣🤣.

    Memang tak bisa sering2. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. marilah datang KL, Fanny. :D
      Waduh, jauhnya rumah Fanny dengan kampung halaman papa mama, ya. Hari raya boleh balik. :D

      Delete