KL Trip, day 2

Sabtu, 23 Disember 2023 - Mandi awal pagi sebelum subuh. Mata ni memang automatik celik pukul 4 atau 5 pagi. Kat rumah ke, kat hotel ke, tak payah nak set alarm. Selesai sahaja subuh, saya siap-siap nak pergi lari di taman KLCC. Nak test kasut baru beli hari sebelumnya. Suami saya, nak ikut juga. Anak-anak lepak di apartment. 

Saya suka berlarian di taman KLCC ni. 

Laluan berlari

Banyak pokok-pokok besar. Laluan lari lembut. Soft landing. Bila dahaga, ada water cooler, banyak tempat. Awal pagi, tak ramai sangat. Tapi semakin lama, semakin ramai datang beriadah.

Saya suka pokok-pokok besar. 😍

Tidaklah saya tahu, yang ada event berlangsung di KL Convention Center, di sebelah taman tu. Ada Comic Fiesta berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad, mula pukul 10 pagi. Walaupun saya berlarian di taman awal pagi, namun sudah ada anak-anak muda berpakaian watak anime mula datang.

Anak-anak muda berpakaian watak anime mula membanjiri KL Convention Center.

Yang rambut biru, rambut hijau, macam-macam watak anime ada. Sangat usahalah dia orang ni. Siap make-up bagai, baik lelaki mahupun yang perempuan, dengan contact lense, lengkap, sudah serupa kartun, sebijik!

Watak ala-ala Counter Strike

Sebab saya pusing berkali-berkali taman tu, bermacam-macam manusia la yang saya nampak.

Ni baru lari dari hospital, gamaknya..

Kalau dia orang ni, stay kat convention center tu saja, takpe juga. Ini, mereka berpeleseran di taman tempat orang awam beriadah ni. Kalau ada pakcik tua tengok yang seksi-seksi tu, mau terjojol biji mata pakcik tu haaa.... 

Kita lari je la, tengok pokok. Suami saya, sekejap saya nampak dok rileks, main telefon, kat kerusi. Lagi satu round saya pusing taman, nampak dia tengah jogging slow-slow pula. 

Larian taman KLCC, 10.27 kilometer.

Alhamdulillah, selamat saya mengetest kasut baru beli semalam, buat 10 km. 

Hoka one one Mach 5 Wide

Ini pertama kali saya beli kasut wide, iaitu lebar di depan. Bila dah cuba kasut hoka, orang kata, tak pandang dah kasut brand lain. Tapi saya, tak rasa begitu. Pada pendapat saya, kasut hoka ni, ringan. Kaki rasa nak pergi lebih laju. Tapi, lutut tak mampu, sebab dah tua. 😁 

Waktu saya tulis entri ini, dua hari lepas, saya ada test lari half marathon, 21.1 kilometer. Memang ok sesangat! Jari kaki boleh bernafas dan bebas bergerak. Alhamdulillah, dapat merasa pakai. Saiz dia lain, tak sama dengan saiz saya pakai untuk Asics. Tu pasal, kalau anda nak beli kasut lari, sila pergi kedai, test di kedai. Lain brand, lain cutting dia, lain design dia, saiz pun tak sama. Kasut Asics, saya pakai saiz 6.5 UK, kasut Hoka ni, saya pakai saiz 6 UK. 

Kasut ni ok, tapi dari segi cushioning, Asics Gel Nimbus 25 lebih sedap (untuk orang yang ada masalah lutut). 

Ok la. Berbalik kepada cerita. Selepas lari, saya dan suami pergi ke Wisma Central, Jalan Ampang, bungkus nasi lemak untuk kami sarapan di apartment. 

Sarapan dulu satu family. Mandi-mandi, wangi-wangi. Kami keluar berjalan-jalan semula. Hajat nak pergi Pavilion, Bukit Bintang. Sudah tanya anak yang bermuka masam semalam, suruh dia lepak je kat apartment, rehat. Tapi dia nak ikut juga, dia kata, dah sampai KL, tak kan tak pergi jalan-jalan kot, rugi ler. Suami rujuk map dari aplikasi Waze, masa kami mula berjalan kaki. 

Akhirnya, kami sampai ke Pavilion, Bukit Bintang. Jarak lebih kurang 1.2 kilometer sahaja dari apartment kami. Kat sini, kami tak sempat nak jalan semua tempat. Ada budak tu, dah start buat muka masam dia tu, macam semalam. Heee... pelik sungguh la. Last-last, nak menghilangkan dahaga, kami lepak di Paris Baguette, sebuah cafe, yang ada jual kopi dan pastries. 

Gambar dari google.

Cafe T20 ni. Dia punya air Evian (air mineral), RM7 ke, RM8, sebotol. Saya pun tak ingat. Kegilaan apakah... adoi.. baru jalan sikit, muka dah masam. Tak sempat la mama nak tawaf window shopping di Pavilion. Tapi best juga duduk dalam cafe tu. Tengok orang kiri kanan. Dia orang bukannya makan banyak pun. Order satu air, satu kek, share berdua. Hehe.. lebih kurang macam kami juga la. Kami pun share-share. Habis tu, baru je tadi makan nasi lemak lauk ayam kat apartment, kan. Bukan lapar pun, dahaga je.

Kalau budak tu tak ikut, kami sampai ke Lot 10 kot, jalan-jalan. Anak kedua saya ni memang tak suka keadaan ramai orang. Dah cakap dah dengan dia, kita ni kat KL. Bukan kat rumah di Perak. Nama pun ibukota Malaysia. Mestilah ramai orang.

Jadi, lepas minum tu, kami pun patah balik ke arah KLCC. 


  Barulah nampak ada laluan khas pejalan kaki dari KLCC ke Pavilion, dan sebaliknya. Tadi masa datang, kami ikut jalanraya je, dari bawah. 

Laluan pejalan kaki.

Sungguh selesa, laluan pejalan kaki, ada aircond lagi. Bertuahnya orang Kuala Lumpur. Nak pergi shopping senang, tak kena hujan panas. Asalkan ada keinginan untuk berjalan. Banyak steps dalam  sehari boleh dapat.

Kami nak pergi Decathlon lagi sekali, jadi, kami lalu di KLCC. Memang ramai orang, termasuk beribu-ribu orang yang pergi Comic Fiesta di KL Convention Center tu. Satu sikap yang saya nampak, bila orang kl nak selfie ke, nak berborak ke, dia stay je tengah jalan. Tak ketepi pun. Ini mengganggu perjalanan orang belakang. Kita yang nak berjalan non stop ni, kena bijak cari lubang-lubang laluan yang boleh dilalui di celah-celah orang ramai. Time ni memang tak buka topeng muka langsung. Jalan pun langkah pendek, sebab terlampau ramai manusia. Di pokok krismas KLCC tu, jumpa orang pakai watak Doctor Octopus, dari Spiderman. Walaupun tak kenal, bila ada character menarik je, ada je orang minta selfie sama. Melayan pula dia orang ni. 

Kami masuk Decathlon semula. Beli baju dan seluar. Sebab semalamnya, ada beli sorang satu. Lepas tu dah cuba pakai, sedap pulak baju Decathlon. Fabrik yang bagus, walaupun berpeluh, cepat kering. Itu yang pergi lagi. Kat Perak mana ada Decathlon, encik. Beli lagi baju dan seluar kali ni, untuk anak-anak. 

Habis shopping, kami pulang dulu di apartment. Berehat dan solat jamak. Lepas tu, kami keluar semula, kali ni, jumpa kakak saya. 

Memang ramai manusia tengahari hari Sabtu itu, di mana-mana. Nak cari tempat makan pun, susah juga. Last-last, kami lepak di mamak di Hotel de King Boutique, di Jalan Ampang. Apa nama kedai mamak pun, saya dah lupa. Yang sebelah dia, ada jual durian tu. 


Kakak sulung saya tinggal di PJ, tapi kerja di KLCC. Jadi, dia tahulah lubang-lubang shortcut mana nak lalu, time ramai orang ni.

Alhamdulillah, dapat jumpa kakak. Lama juga lepak. Lewat petang, baru balik ke apartment. Dan tak keluar-keluar dah.

Mandi wangi-wangi, tidur awal. Saya la tidur awal.

Anak sulung buat assignment

Suami teman anak sulung buat assignment, sampai pukul 11 malam. Assignment sepatutnya dihantar hari sebelumnya, tapi lecturer beri kelonggaran, sebab sedang cuti. Kerja kumpulan pula, nak kena kumpul kerja semua orang dan submit dalam bentuk video. Anak sulung saya ni, sedang belajar jurusan Perakaunan, sekarang semester 3. Nice kan, view bilik anak ni.

KLCC, waktu malam.

Nak tahu jumlah langkah saya berapa, setelah berjalan-jalan satu hari? 36 ribu, ok! Termasuk saya lari 10 km di taman klcc dan jalan-jalan sampai ke Pavilion dan KLCC. Ini melebihi langkah yang saya dapat kalau saya buat half marathon. Buat hm je pun, sekitar 34-35 ribu langkah sahaja, biasanya.

Saya rasa, sangat beruntung orang yang tinggal di tengah ibu kota. Tak perlu ada kereta. Naik public transport lebih senang. Lagi satu, banyak pula stesen LRT dan MRT yang menghubungkan ke pusat membeli-belah. Siap ada laluan pejalan kaki berhawa dingin. Antara nak atau tak nak je, untuk berjalan, bakar kalori. Jalan dalam shopping complex pun ok sesangat, boleh window shopping.

Apa pun, saya enjoy dapat berjalan banyak tempat di hari kedua. Jalanraya dan bangunan sudah banyak berubah, tak seperti masa saya kerja KL dulu. Dapat jumpa kakak sulung. Alhamdulillah. 

Oklah. To be continued... jumpa lagi, ye. 😊

38 comments:

  1. Tahniah dapat melarikan diri ke klcc

    ReplyDelete
  2. Ha yang inilah saya lalu masa pergi KLCC dan Pavilion dari apartmen sewa itu. Kejang kaki. Haha.
    Anak ke-2 itu suruh patut balik sendiri ke bilik.
    Memang patut jadi amalan berjalan kaki untuk warga KL, kemudahan banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. sampai cramp ye, NA.
      Kalau balik sendiri, satu hal pulak, sebab pass card ada satu je.
      Ye, kemudahan orang dah sediakan. Patut guna.

      Delete
  3. Ooo datang masa ada comic fiesta ya… best tu dpt tengok gelagat peminat2 anime… nak masuk kena byr. So boleh laa tgk dari luar…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Anies. Kebetulan, tak tahu langsung tentang event tu.
      Ha ah. Kena register online kot, kat Ticket2U, tak silap saya.

      Delete
  4. Sy suka taman klcc ni. Tenang je. Tapi bila time orang ramai rasa serabut. Hahaha… harap2 taman ni dijaga sebaiknya sampai bila2…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan Anies. Rasanya, boleh duduk lama-lama bawah pokok. Syok tengok gelagat orang ramai lalu lalang. Betul, betul. Memang bagus dia orang maintain taman ni.

      Delete
  5. kalu dari umah cik nur dkt 10 minit sampai klcc, tp kalu x jem la he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, dekatnya rumah Cik Nor dengan KLCC. Boleh jogging di taman klcc setiap minggu. :)

      Delete
  6. Kadang kalau rajin keluar malam, singgah tengok air pancut berirama di KLCC. Habis je, terus drive balik rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. seronok juga lepak malam-malam tengok air pancut ya, Sharhanah. Macam-macam gelagat orang boleh nampak.

      Delete
  7. oo..dah test kasut Hoka...mineral water Evian mmg mahal, imported from France...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, air mineral import rupanya. Patut harga kayangan.

      Delete
  8. Banyaknya kalori terbakar Nur!
    Yang muka masam tu ada senyumlah sudah hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la, Amie boleh tahan. Tapi kalori masuk pun banyak juga. Hehehe...

      Delete
  9. Wow, 36k steps ye! Hebat ni. Sayang pulak tak dapat nak jalan lama2 di Bukit Bintang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la Carneyz. Nak kena datang KL lagi ni, pusing Pavilion dan Bukit Bintang je. Hehe.. oh, dan TRX. :D

      Delete
  10. Replies
    1. Alhamdulillah. Pengsan, Puan Hazel, malam tidor tak sedor diri.

      Delete
  11. Sy pernah terjebak comic fiesta watak² anime ni. Act, terjebak tu, terdatang masa ada event. Memang pelik² la mereka ni sanggup dan tak segan pakai macam tu, terasa kita dalam dunia mereka pulak, hihi.

    Oh, rupanya anak muka masam tu tak suka orang ramai ya. Ingat dia penat ke.. memang ada yg tak suka org ramai, biasanya mereka ni suka diam² dalam rumah tapi betullah, rugi dtg KL kalau melepak aje. Sy pernah lalu jejantas aircond tu. Memang hati berkata², untungnya jejantas pun ada aircond.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, nampak berusahanya mereka menyerupai watak anime yang dia orang suka.
      Memang. Bagus betul kemudahan yang disediakan, kan SK. Tempat kita takde pun jejantas ber-aircond gitu. :D

      Delete
  12. Gimana rasanya berlari pakai sepatu baru hadiah suami😁tambah semangat yaa...memang orang kota tu beruntung ya bisa cuci mata sambil jalan-jalan,lumayan tak terasa sudah berapa puluh langkah putar" mall ,sekaligus menyehatkan😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasut baru, memang semangat baru, Mreneyoo. :D
      Iya benar.. jalan kaki saja sudah berpuluh ribu steps, walau hanya ke mall.

      Delete
  13. hebat kak 36ribu langkah,kalau saya ni mau lembik dah kaki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak rasa letih, Afzan. Lebih kepada rasa teruja, sebab tempat yang kita tak pernah sampai. :)

      Delete
  14. ammi meamng kena pakai kasut yg bukaan depan besar sebab ammi ada bunion. kalau pakai yg tirus alahaii...memang cantik tp terseksa teruk kaki tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak. Kalau gitu, kasut jenis wide seperti Hoka ni, sesuai untuk Ammi. Tapi pernah baca orang cakap, sandal Y pun sesuai untuk kaki yang ada bunion.

      Delete
  15. Atas titah Permaisuri Cuya, Kerajaan Kelapa menjemput tuan hamba untuk menyembah duli menyertai giveaway yang sedang berlangsung di blog Kerajaan Kelapa.

    Yang benar,
    Permaisuri Cuya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah pun menurut perintah, wahai Permaisuri Cuya. :D

      Delete
  16. masa bercuti pun sempat lari-lari...bagus kerana beriadah itu satu kemestian untuk kesihatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Berlari di tempat orang, syok, Encik Hanafi, dapat tukar angin. :)

      Delete
  17. Walaupun sedang liburan, aktivitas lari tetap berjalan ya Mbak.
    Udara di taman cukup sejuk ya karena banyak pohon-pohon besar...

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus, Pak Asa. Seronok berlari di taman yang luas dan cantik kerana di tempat saya, tidak ada taman rekreasi sebegitu, Pak.
      Iya, tidak terasa panas. Kerana banyak pohon besar.

      Delete
  18. Dalam bercuti pun sempat lari 10km tu hehehee
    Gigih betulkan mereka yang jadi anime

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak test kasut baru punya pasal, Mrs. A. :D
      Iya, mesti banyak belanja dikeluarkan untuk menyerupai betul watak anime. Kena buat homework pula tu, banyak usaha.

      Delete
  19. Saya belum pernah coba Hoka. Nanti nak try. Memang kak, size sepatu ini suka besar2 tiap brand kan. Saya pun kalo beli Nike, pasti jadi pilih nomor lebih kecil. Biasanya pakai 37 kalo di adidas atau Skechers, di Nike wajib 36. Padahal harusnya size international sama kan 😁

    Makanya untuk sepatu saya juga prefer beli langsung di toko nya. Takut salah size.

    Decathlon nyaman untuk baju sport mereka. Saya beli beberapa baju buat workout juga di Decathlon. Barbel, dumbell, kettle ball juga beli di Decathlon. Buat saya kualitas bagus tp Hrg lebih murah.

    Itulah kenapa kalo ke KL saya juga suka jalan kaki. Krn memang aksesnya mudah. Mass transportationnya juga udah banyak menjangkau mana2 tempat.

    Kalo JKT belum banyak, makanya saya prefer naik mobil kalo Jakarta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, Fanny, saiznya berbeda, jadi perlu cuba kasut di kedai juga, takut kalau ketat, susah juga. Harga kasut pula bukan murah, kan.
      Setuju dengan Fanny, tentang Decathlon. Kualiti dengan harga berpatutan.
      Oh, gitu, kalau di Jakarta.

      Delete