Sedapnya makan di Rumah Makan Nasi Talam Taiping

 Ahad, 10 Disember 2023 - Saya dan suami ke Taiping. Saja, jalan-jalan makan angin, berdua jek. Singgah ler di Rumah Makan Nasi Talam. Pertama kali kami singgah sini. Lebih kurang pukul 1. Perut pun dah berkeroncong. Cuaca panas lit lit masa kami sampai. Parking tepi jalan je.

Gambar ehsan google

Tak ingat la, nak ambil gambar dari depan. Jalan laju je masuk, mau cari nasi. 😁


Pilih lah, pilih. Nak makan mana satu... Gambar ada tu. Sampel pun ada tu. Buka bawah tudung saji tu, ye. Untuk lihat camana rupa menu yang paling menawan selera. Ayam bakar ada, sotong bakar, kambing bakar, siakap bakar.

Menu lebih terperinci ada ditampal di tepi. 


Geram tengok menu sotong jahat. Bukan sotong tu jahat rompak bank. Bukan. Sotong tu jahat sebab dia gemuk! Alamak, lain kali nak order sotong jahat la. Hari tu, kami nak order siakap. Tapi siakap not available untuk 2 orang. Tuan kedai ada rekomen menu lain, sangat membantu, mungkin sebab tengok kami cangak bangak tak tahu nak pilih mana satu. Lain kali kalau mai ramai orang sikit, boleh cuba siakap. 


Sambungan menu di atas. Ish ish ish, kena mai lagi la, pekena menu lain pulak. Hari tu, kami order set ayam bakar je, untuk 2 orang.

Cari tempat duduk dekat kipas, bahagian dalam. Lain kali, nak duduk luar. Mungkin ada angin. Makan di dalam berpeluh, ok.


Bila sampai, macam ni la rupa dia. Klasiknya talam dia. Talam kenduri orang zaman dulu, ni. 😁

Meh kita angkat ayam bakor tu ke tepi, nak tengok apa ada bawah.


Saya pun ingat-ingat lupa, sebab benda berlaku tahun lepas. Mari saya cuba recall balik. Dalam set ayam bakor tu, ada lauk daging tetel asam pedas, masak lemak sayur apa tu yek? Alamak, hilang ingatan aku. Rasanya pucuk ubi. Kalau salah, saya minta maaf. Ada sambal tempe bersama kacang panjang, sambal belacan (power sambal dia. Air hidung sampai keluor, ok), di tengah tu, ikan patin masak tempoyak. Saya ingat, masak gulai. Tempoyak tu, tak berapa rasa sangat. Ada ulam-ulaman, dan ikan masin. Nasi, satu bekas tu, dia bagi. Air, satu jag dia bagi. Jag kenduri. 😁

Haaa... jemput, jemput makann....


Alhamdulillah. Licin makan. Cuma nasi je kami tak mampu nak habiskan. Dia bagi nasi banyak. Itu pun, saya tambah 3-4 kali juga. Punoh diet.

Masa nak balik. hujan pun turun dengan lebatnya.


Makan untuk 2 orang, harga RM59.90. Ok tak harga tu? Saya rasa, ok. Berpatutan. Sedap, ada rasa.

Lepas bayar, nak balik ke kereta, hujan teramat lebat. Sampai naik air depan kedai. Sementara tunggu hujan reda sikit, saya tengok ada sudut dalam kedai, ada jual pelbagai makanan ringan. 

Cuba korang tengok tulisan kat dinding tu. 😁

Lama la kami tunggu hujan reda. Pekerja kedai sampai bagi pinjam payung, sebab tengok kami berdiri lama. Suami hantar saya ke kereta dengan payung pinjam. Dia kembali ke kereta, sambil berpayungkan bekas telur orang kedai kasi. 

Inilah Taiping. Sekejap panas. Tiba-tiba hujan. Lebat pulak tu. 

Alhamdulillah. Pada pendapat saya, sedap makan nasi di sini. Boleh datang lagi lain kali. Kalau korang singgah Taiping, jemput datang ye.

Rumah Makan Nasi Talam

Lot 1456 Jalan Kuala Kangsar Changkat Jering 

34850 Taiping, Perak.

Masa operasi: 11 pagi hingga 5 petang

Tutup Jumaat.

Baik. Jumpa lagi, ye. 😊

40 comments:

  1. tuu diaaaa tinggal kuah je...
    confirm sedap ni!

    ReplyDelete
  2. deep betul pesanan kat dinding tu...
    harap ramai yang nampak dan hadam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atau mungkin juga pesanan nak bagi laris jualan makanan ringan tu je, kot. Hehe..

      Delete
  3. Unik juga penyajian makanan pakai wadah lebar gitu, nah sayur pucuk ubi dan sambal belacan dan ikan asin tu memang paduan yg cocok, kalau sudah ketemu lauk pauk begitu suka lupa diet hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, benarrr... sehingga menjilat jari, gituu... :D

      Delete
  4. dekat Changkat Jering, bolehlah try...sotong buncit yg jahat..hihi...oo..set ikan siakap takleh makan 2 org ya...kalau saya boleh je...hihi..ratah2..byk jg lauk dlm satu set...ok tu harganya...berbaloi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya, siakap dia besar. Selain tu, ada lauk sampingan, sebab tu kot, mungkin kalau 2 orang order, tak habis kot. Tapi betul juga, pernah makan siakap di kedai tomyam, boleh je habis. Hehe.

      Delete
  5. Balik taiping, x sempat je nk singgah.. Sebab mesti bawak mak ke rumah saudara mara dulu... Kita pun jarg2 balik, tu lah masa menziarahi makcik pakcik saudara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo.. pergi ziarah saudara mara lebih afdal. Kampung Linda di Taiping rupanya. Senang la, nak pergi lake garden dan zoo. :)

      Delete
  6. haha ayat benda berlaku tahun lepas...macam lama nau berlakunya kejadian ya

    ReplyDelete
  7. bestnya.. tp jauh sgt nak ke sana tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti-cuti boleh kot. Taiping pun ada banyak tempat menarik boleh dilawati. :)

      Delete
  8. baru ni g perak.. 29 hb doblas.. duduk di hotel mosse di slim river.. cr juge di mana la lokasi sungai kurus tu.. xsempat jumpe terus ke kedah..

    done follow.. dan masukkan sis dalam senarai blog d blog ladybird.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ke sungai kurus di Slim River? Hehe.. macam cari pantai di Pantai Remis. Takde pun. :D
      Terima kasih, follow dan add dalam bloglist. Kita buat juga.

      Delete
  9. Kalau makan dalam talam macam ni teringat kenduri dulu2 kat kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, Carneyz. Orang kampung gotong royong hidang guna talam. Sekarang dah pupus dah.

      Delete
  10. Alhamdulilah rezeki makan sedap2!

    ReplyDelete
  11. makan ala ala kenduri dulu2, wajib dlm talam gini.
    blk Taiping nk cari lah he hee

    ReplyDelete
  12. syok ni! haritu lalu masa cuti sekolah penuh giler orang! nanti kena try hari biasa hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, memang ramai orang. Masa akak pergi, belum cuti sekolah. Ok la.

      Delete
  13. Siap ada sampel makanan. Boleh tengok sambil agak-agak banyak mana hidangan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye. Bijak, kan. Memang lauk banyak. Tak tau nak pilih mana satu.

      Delete
  14. Best best.. tapi tu la kat Taiping nun sana hahaha.. Kalau blik kg di utara boleh la singgah ke sini :D

    ReplyDelete
  15. Kita memang plan nak ke utara minggu depan. Kalau kena timing, boleh singgah ni, Nur. Dah save gbr resit tu, senang nak cari nanti, hihi.

    ReplyDelete
  16. Memang sedap sungguh ni boleh nampak gambar yang selepas last sekali tu hehheee

    ReplyDelete
  17. baru balik dr Taiping.. hehe nk kena pi lg nih

    ReplyDelete
  18. Menarik ni, mana tau SA tersesat ke Taiping bleh singgah sini...harga pun berpatutan

    ReplyDelete
  19. Kaaaak, saya liat bentuk nya saja, dan yakin sedap memang 😍😍😍. Tipe makanan yg saya sukaaa juga. Apalagi pakai talam model lama nacam tu.

    Okelaah harga dia, untuk 2 orang kan.

    Saya pun kalo disajikan nasi pakai bakulan, tak pernah bisa habis. Krena banyak sangat..pdhl kdg dah bilang nasi cukup utk 2 orang saja. Tapi mereka masukkan bagai untuk 5 orang 🤣.

    Prefer nasi yg langsung ditaro atas piring. Lebih pas porsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, Fanny suka makan makanan kampung begini, ya. Memang enak banget! Ya, harga berpatutan.
      Haha, sama kita. Nasi dalam bekas bakul begitu memang banyak.

      Delete