Riadah dan sarapan di Kluang Road Cafe

 Khamis, 18 Januari 2024 - Selepas hantar anak-anak ke sekolah, saya dan suami berlarian sebentar di Esplanade Lumut. Takdelah berlari sangat. Slowjogging pace siput sahaja. 🙈


Aman tenteram rasa di hati, dapat menghirup udara segar dan melihat matahari naik di ufuk timur.

Di rumah ada roti gardenia yang sudah sampai tarikh luput. Saya potong kecil-kecil, letak dalam plastik roti, dan bawa sekali pergi jogging. Nak bagi makan burung merpati.


Sekali je bagi, terus dikerumuni burung-burung, dan sekelip mata, roti pun habis. 😁

Hampir sejam kami jogging, kami pun pergi makan di Kluang Road Cafe, Seri Manjung.

Cafe ni sudah berpindah lokasi. Dulu, letaknya di depan padang orang jual lemang semasa hari raya, tapi sekarang sudah beralih ke sebelah Restoran Walid dan Ummi. Saya rasa, mereka satu keluarga. Sebab walaupun makan di Kluang Road Cafe, buat bayaran di restoran sebelahnya.

Lokasi baru ni, tempatnya sudah berhawa dingin. Sebelum ni di lokasi lama, restoran terbuka, tiada aircond. Jom tengok kami makan apa.


Saya suka pesan laksa johor bila makan di Kluang Road Cafe ni. Sebab nak buat sendiri, memang tak lah, pemalas punya orang. Laksanya ada di bawah kuahnya yang pekat itu. Sebelum makan, gaul semua sekali, dan perah asam limau. Sambal tu pula, saya campur sikit-sikit bila nak suap. 

Air pula, saya pesan white coffee panas. Sudah dihidangkan dalam cawan kopi klasik. Sebelum ni, kopi dalam mug, jadi dapat lebih. Ini, dalam cawan klasik, jadi kecil. Macam tak puas minum pula. Hehe... tapi waktu itu, lah, ye. 

Waktu entri ini ditulis, saya sudah berhenti minum air manis selama 4 hari. Yang ini, lain kali saya cerita ya, apa kesan yang badan saya alami setelah berhenti minuman manis. Tunggu.... 😊


Close-up menu gambar laksa johor. Harga RM9. Pada pendapat saya, laksa johor dia terbaik lah! 😋


Ini pula, hidangan suami saya pesan, iaitu kacang pool. Roti bakar dia tebal. Colek dalam kacang pool tu, memang sedap! 😋 

Memang puas hati makan di cafe Kluang Road ni. Alhamdulillah. 

Itulah cerita pada 18 Januari yang lalu. Bermula 23 Januari, saya sudah mula intermittent fasting semula. Tak boleh dah sarapan di kedai, sebab saya boleh makan agak lewat, hampir pukul 11 pagi macam tu. Huhu...

Ok lah. Jumpa lagi, ye. 😊

34 comments:

  1. Kiranya Kluang Road ni signature dish nya makanan Johor ke, Nur? Ke owner dia orang Kluang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, SK. Banyak makanan Johor. Termasuk nasi ambeng, lontong biasa, lontong kering, dan sebagainya. Tak pasti pula saya, SK, sebab tak pernah bertanya tuan dia.

      Delete
  2. jauh ada cawangan kluang Road nie...linda x reti plak makan laksa johor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap, Linda, laksa johor. Kalau ada peluang, cuba, tau.

      Delete
  3. seronoknya dapat bagi burung makan.. tenang jiwa..

    ReplyDelete
  4. Sedapnya laksa Johor, ...memang harus ada niat yang kuat kalau mau berhenti yg manis",pelan tapi pasti.

    ReplyDelete
  5. lama tk mkn laksa johor...sedapnya

    ReplyDelete
  6. balik JB hari tu suami ajak makan kacang pool tu..SA yang tak nak..padahal dia nak ajar SA tu..hahaha

    ReplyDelete
  7. Dapat rasakan bestnya hirup udara segar tu. Pace tak berapa nak siput tu. Laju jugak tu bagi saya. Laksa Johor fav saya juga. Nak buat tu memang taklah kan. Saya juga pemalas orangnya kalau setakat nak makan buat rasa-rasa je. hehe..Kluang Road Cafe ni kiranya dah ada dimana-mana lah ye selain di Kluang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama kita ye, Fizah, suka laksa johor. Tak pasti akak, Fizah. Mungkin nama je sama, kot, Fizah. Tak pernah bertanya pula sama ada dia ada cawangan di Kluang tak.

      Delete
  8. Lama betul tak makan laksa Johor... Suka segala rencahnya gaul² sekata nikmatnya!

    ReplyDelete
  9. Teringar Kluang Road Cafe di Palm Mall Seremban dah lama tak singgah situ tak pasti wujud lagi ke tidak. Suka signature kopi depa.
    Sempat aje Nur berlari lepas hantar anak ya
    Dah tengok baca pos entry GA Cuya tu. Bukan rezeki kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah cuba signature kopi depa, Kopi Mantul namanya, tak silap. Peh.. kow betul!
      Sekejap je, berlarian, Mrs. A. Kalau tak lari, boleh meroyan.
      Iya, takpe la, takde rejeki. :D

      Delete
  10. Cuba tangkap tak burung tu...? hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seriau la, uncle. Takut dia melepas atas kita. :D

      Delete
  11. sedapnya dua2 menu tu..suka kacang pool guna roti tebal, baru puas makan...hehe..

    ReplyDelete
  12. Ada teman berlarian ye Nur. Bestnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Sekali-sekala je, dia ada. :)

      Delete
  13. selamat jalani IF sebelum kita jalani puasa di bulan Ramadan nanti...saya belum cuba lagi menu kacang pool

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sudah tak IF, Encik Hanafi. Malas. Hehe.
      Kalau jumpa, mesti cuba, tau. :)

      Delete
  14. fav saya juga laksa johor,saya bukan takat malas nak buat sendiri tapi tak pandai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak renyah nak buat, Afzan. Banyak bahan.

      Delete
  15. Hehe nanti keluar sarapan lepas pukul 11 pagi.

    ReplyDelete
  16. kenapalah kacang pool itu sangat menggoda pada waktu petang begini?
    whyyyyyyyyy
    hahahaha

    ReplyDelete
  17. Duuuuh laksa Johor itu penasaraaan nak coba 😍😍😍👍. Saya suka laksa2 Malaysia ini. Walopun setakat ini baru cobain hanya laksa Penang, serawak dan Melaka. Makanya nak coba juga laksa lainnya kalo kesana lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain kali jika Fanny ke Johor, boleh cuba, ya, laksa johor. Enak banget! :)

      Delete