Resepi Muffin Pisang

 Banyak-banyak buah, saya suka pisang. Sekarang ni, bila beli pisang, cepat benor jadi hitam. Bila pisang masak ranum, anak-anak sudah tak suka makan. Selalunya, saya buat cokodok la. Tapi kadang bila datang mood membaking, terjadi jugalah muffin pisang. 

Muffin, sebelum masuk oven. 

Buat pagi, petang habislah. Bawa sampai ke tea time. Sebab saiz dia besar. Makan sebiji pun kenyang. 😁

Muffin pisang, siap! 😋


Rupa tak lawa. Tapi rasanya, tidaklah mengecewakan.

Marilah saya share, resepi muffin pisang.

Bahan-bahan:

3 biji pisang berangan. Ikut la, berapa pisang ada. Guna je semua, nak habiskan pisang yang hitam-hitam atas meja makan tu. Lenyek-lenyek dengan garpu dan biar sat, sampai warna jadi hitam.
2 cawan tepung naik sendiri
2 biji telur ayam, dipukul dengan garpu
1 cawan gula. (saya guna brown sugar)
1/2 cawan minyak masak (saya guna minyak jagung)
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
Pisang untuk hiasan, jika nak. (dihiris). Kalau tak ada, chocolate chip pun boleh, seperti yang saya guna.

Cara-cara:

1. Dalam bekas, ayak tepung naik sendiri dengan garam. Ketepikan.

2. Dalam mangkuk lain, masukkan telur, gula, esen vanilla dan minyak masak. Saya pukul guna mixer. Kalau tak ada mixer, kacau je sebati, guna senduk kayu. Selepas sebati, masukkan pisang yang kita sudah lenyek awal-awal tadi.

3. Masukkan tepung naik sendiri yang sudah diayak dan kacau dengan senduk.

4. Panaskan oven, suhu 180 darjah celcius, selama 10 minit.

5. Susun bekas cawan muffin dan isikan adunan sehingga 3/4 memenuhi cawan muffin kita.

6. Hias dengan pisang yang dihiris di bahagian atas adunan. Atau saya, guna chocolate chips saja, tabur atas.

7. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 20-25 minit, atau sehingga muffin masak. Cara nak uji sudah masak ke belum, ambil pencungkil gigi, cucuk muffin. Keluarkan dan lihat jika pencungkil gigi bersih, tiada adunan yang melekat, maka sudah masak.

8. Bon appetit, selamat mencuba...! 😊

32 comments:

  1. Nampak senang plak resepi muffin pisang ni...boleh la SA cuba buat...bakar dalam Airfryer je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, SA, senang je. Takde guna baking powder ke apa, sebab dah guna self raising flour. Boleh, guna airfryer, oven pun boleh.

      Delete
  2. ptg2 ni sedap jga dpt muffin
    wangii bau pisangg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Cik Nor. Memang semerbak satu rumah bau pishaangg..

      Delete
  3. Saya juga suka niih yang ada pisang"nya, saya juga buat kue loh😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, Mreneyoo, enak banget, dihidang bersama kopi atau teh. Makan muffin panas-panas.

      Delete
  4. Saya sukaaaa... Tapi bila buat selalu tak menjadi. Nanti boleh cuba resipi ni pula. Terima kasih kongsi.

    ReplyDelete
  5. Bukan saja pisang cepat jadi hitam, beli nanas pun cepat jadi buruk. Sebab apa ye... baja ke?
    Cantik muffin pisangnya Nur. Saya tak sabar nak makan yang baru keluar oven sebab aromanya sangat menggoda!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ye ke? Tak tahu pula saya, sebab saya jarang beli buah nenas. Stok lama, agaknya, ya, Amie.
      Hehe.. betul, betul. Wangi satu rumah, bila buat muffin pisang.

      Delete
  6. Rumah kitorangpun banyak pisang sebab tanam keliling rumah. Jenuh makan.
    Bagus Puan Nur rajin buat mufin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya, rumah ada pokok pisang. Saya nak juga tanam, tapi bahaya, nanti beruk liar yang makan.
      Sekali-sekala, NA, bila teringin.

      Delete
  7. Rasa yang tak mengecewakan tu yang kita nak. Kalau buat macam ni cepat laku sikit kan. Cekodok saya pandai buat tapi muffin tak berapa nak pandai. Pandai makan je. hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. senang je buatnya, Fizah. Tak rumit macam buat kek tu.

      Delete
  8. seronok kak masak apa pun ramai yang makan...rumah saya tak ramai yang pemakan nak buat apa2 pun jadi malas..hihihi alasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. tak lama lagi, tinggal berdua je Afzan dengan suami, anak dara dah nak masuk asrama. Tak yah masak la, Afzan. Hari-hari boleh dating. Kikiki...

      Delete
  9. kalau pisang kat rumah jarang sempat hitam...si bongsu selagi tak selesai selagi tu dia makan pisang.

    kalau kat office ammi beli dan frozenkan je. Sbb nak masuk dalam shake..mmg dah kuranglah khasiatnya tapi daripada beli letak kat luar pastu kena hurung dengan unggas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya, anak pandai makan pisang.
      Oh, Ammi ada buat banana shake. Mesti sedap.
      Ya, betul la tu. Bila dah hitam, labi-labi tu suka hurung pisang.

      Delete
  10. bestnya kalau pandao buat muffin...puas makan berbanding kalau beli kat kedai

    ReplyDelete
  11. kita baca resepi jer berani nak buat belum tentu hahahah :D

    ReplyDelete
  12. lama tk buat muffin...tp suka muffin blueberry or chocolate chip yg guna tepung instant tu mudah...tp muffin pisang ni nmpk menarik juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ye ke.. lain kali jumpa, nak beli la, belum pernah buat muffin guna tepung instant.

      Delete
  13. aihhhh kenapa laaa ternampak muffin petang2 ni
    lapo tau x?
    hahahahah

    ReplyDelete
  14. kalau rasa sedap... rupa tolak tepi hahahaha
    tapi ni utk makanan je ya
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikiki... tapi ada orang memilih calon, rupa tolak ke tepi, sebab poket tebal kot. Heee...

      Delete
  15. Sukaaaa kue pisang ini. Kebetulan keluarga saya punya bakery shops di Medan, dan salah satu jagoan menu nya banana cake. Makanya saya sukaaa... Tiap kali mudik Medan, pastj mampir ke bakery dan beli banana cake nya 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, bestnya family Fanny, ada bakeri. Senang nak makan. Hehe..

      Delete