Berlari di taman tasik UTP

 Sabtu, 11 Jun 2023 - Saya pergi berlari di taman tasik Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Seri Iskandar, Perak. Jarak dari rumah saya, lebih kurang 47 kilometer. Sebab hari Sabtu, saya dan suami biasanya ke Pasar Pagi Bota Kanan. Jadi, lajak lebih sikit dari Bota, keluar rumah awal selepas subuh, untuk pergi lari dulu, sebelum pergi pasar.

Saya pernah cerita tentang beriadah di UTP melalui entri ini, tahun lepas.

Taman tasik UTP ini dibuka kepada umum. Orang luar juga boleh masuk beriadah di taman tasik ini, walaupun bukan pelajar atau kakitangan UTP. 

Sebaik saja memasuki pintu utama, terus belok ke kiri, ada jalan ke tempat parking. Tidak perlu melalui pondok pengawal. Masuk percuma. 

Trek lari

Inilah trek lari di sekeliling taman. Ada juga dari trek pavement keras tu, di sesetengah tempat. Ada juga laluan berpasir dan berbatu. Satu pusingan, lebih kurang 2 kilometer. Besar, kan? Saya suka!

Jangan terkejut pula bila jumpa dinasour, ye. 😁


Jumlah dinasour juga semakin bertambah, berbanding semasa kunjungan kali pertama saya tahun lepas ke sini. 


Semasa pusingan pertama berlari, bukan boleh lari laju sangat pun. Mesti berhenti bila jumpa dinasour. Sesuai beriadah seisi keluarga, bawa sekali anak-anak. Jalan-jalan, keluar peluh, sambil menikmati udara pagi yang segar, ada tempat duduk santai, dan ada tempat teduh dengan pokok-pokok besar. Nak berpiknik pun boleh.


Ada papan tanda penerangan, nama-nama dinasour, info berkaitan, era dinasour yang mana ia wujud, di setiap dinasour yang ada. Kalau baca satu-satu, memang tak berlarilah saya. Macam pergi muzium pula. Hehe..


Lihat di sebelah kanan, ada papan tanda penerangan tentang dinasour berkaitan. Nama dia ni Giant Sloth.




Lihat tasik di belakang sabretooth cat ni, cukup mendamaikan. Boleh layan perasaan duduk sini, sambil tengok tasik.


Ini antara laluan lari, mengikut loop pendek. Banyak laluan yang kita boleh ikut. Jika rasa tak larat nak pusing ikut laluan paling luar, boleh ikut laluan paling pendek, lebih singkat, untuk keliling tasik.

Primitive Antelope

Turtle

Turtle dari zaman dulu hingga sekarang, lebih kurang sama saja rupanya, kan. Apa pengajaran yang boleh kita ambil? Untuk kekal umur panjang, harus lari slow-slow, dan bukan laju-laju. Setuju tak? Hehe...

Jambatan merentasi sebahagian tasik

Jambatan ini boleh dilalui jika ikut laluan paling dalam.

Saya, di samping alat dalam laut yang namanya, the Subsea Tree

Penerangan mengenai alat Subsea Tree

Ooo... sebelum diletak di sini, alat ini terletak 89 meter dalam laut, di Sarawak. Banyak lagi papan-papan tanda seperti ini, di sekeliling tasik UTP ini. Jika punya masa lapang yang banyak, bolehlah anda baca. Boleh dapat ilmu. Seperti kita pergi melawat Petrosains di KLCC pula.

Bukan saja dinasour, di sekeliling tempat ini juga, kita dapati adanya taman batu, atau rock garden. Juga ada papan tanda penerangan di setiap taman batu yang ada, untuk info lebih lanjut.


Saya sempat berlarian sejauh 8 kilometer. Alhamdulillah, dapat berlari di tempat lain. Tukar-tukar angin. Rentas daerah Manjung, masuk ke daerah Perak Tengah. 

Itu pun, masih ada lagi yang dalam pembikinan, di taman ini. Saya nampak seperti planet-planet dalam sistem suria kita. Memang sesuai bawa anak-anak ke sini. 

Lepas berlari, saya dan suami pun beredar, untuk pergi pasar pagi Bota. Jalan-jalan, cari makan hari Sabtu. 

Jika dari Ipoh, taman tasik UTP ini terletak lebih kurang 30 kilometer. Jika naiki kereta, lebih kurang 40 minit masa perjalanan.

Baiklah. Jumpa lagi. 😊

24 comments:

  1. Bagus tamannya, bukan saja sesuai untuk riadah tapi dapat tambah pengetahuan.

    Memang kira besar kalau satu pusingan dapat 2 km. Yang satu pusingan 1 km pun saya dah rasa besar dan penat 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Ujie, besar tempatnya. Loop besar, kita tak bosan, macam-macam benda boleh lihat. Dan rasa sekejap je, lari, dah siap. :)

      Delete
  2. kok keren banget sih ada dinosaurus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, bukan saja anak-anak, orang tua macam saya pun, excited, bila ada banyak dinasour.

      Delete
  3. Baguslah letak replika dinasour. Ralit dan boleh beri budak-budak tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, NA. Memang menarik. Teringat dulu masa kecil, ada taman dinasour macam ni juga, iaitu Mimaland.

      Delete
  4. datang sini ralit layan dinasour je sampai ke sudah... hehe sy laa tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama je, budak-budak ke, orang tua ke. Tak tengok dinasour, selfie, sebab pemandangan cantik, Anies.

      Delete
  5. Sambil berlari boleh gak menambah ilmu pengetahuan. Sau idea yg bagus dari pihak UTP.

    ReplyDelete
  6. Jauhnya Nur pergi berlari, 47 km dari rumah! Tapi menarik jugak taman ni, sambil berlari sambil tambah ilmu. Ada dinasour ni, mesti anak2 saya minat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambil-sambil makan angin, Carneyz. :D
      Kalau datang sini, singgah ler...

      Delete
  7. wah...free ya..ok2 len kali boleh try masuk...dari luar teringin nk tgok dinosour tu...salam kenal ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, masuk free. Salam kenal. Terima kasih, singgah sini.

      Delete
  8. Best ada dinosaur... budak² yg suka dinosaur mst suka ni

    ReplyDelete
  9. Minggu lepas lalu beberapa kali di jalan besar luar UTP tapi tak masuk. Kami bermalam di Tronoh. Kalau Firdaus nampak dinasour, mau duduk berjam-jam di situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo... bermalam di Tronoh. Hehe.. nasib baik Firdaus tak nampak.

      Delete
  10. Menarik tempatnya ni, Nur. Sambil lari bayang2 kena kejar dinasour, haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. bagus juga idea SK tu, jadi kita lari lebih laju, cepat siap, cepat balik rumah. :D

      Delete
  11. Bagus kak taman tempat berlarinya ...banyak replika binatang jugak..anak"pasti senang..badan sehat hati senang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, betul tu, badan sihat, hati senang. :)

      Delete
  12. Taman nya indah banget Mbak. Sepertinya sejuk dan segar di dalam taman ya. Cocok untuk olah raga pagi. Kalau Mbak melakukan aktivitas lari, saya kalau disana paling juga hanya berjalan cepat mengelilingi trek.

    Salam sehat selalu Mbak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Pak. Memang cocok untuk aktiviti berlari, juga beriadah bersama keluarga. Semoga Pak Asa juga, sihat selalu.

      Delete