Beriadah di UTP

Isnin, 25 Zulhijjah 1443 Hijrah.

Ingatkan hari Sabtu dan Ahad, tak nak online, supaya dapat luangkan lebih masa untuk mengait. Tapi, tak lama pun dapat mengait. Sibuk dengan benda lain. Ke sana, ke sini. 🙈

Pada hari Jumaat, saya cucuk jam dengan cable USB pada laptop, sambil-sambil online update blog, dapat juga caj jam. Tak dapat caj bateri jam hingga penuh. Sempat 3 bar sahaja.

Pada pagi Sabtu masa nak keluar jogging, 0 bateri jam saya. Kosong. Tanda-tanda bateri jam sudah mau kong. Tak boleh caj dengan connect pada laptop, saya rasa. Lebih elok caj cara biasa, guna power cable, cucuk kat suis letrik dinding.

Last-last, hari Sabtu tu, saya rekod larian saya guna aplikasi Strava sahaja, sebab jam mati.

Cuaca mendung pagi Sabtu

Sempat berlarian sejauh 10.8 km pada hari Sabtu lepas. Jangan percaya pada pace tertera dalam gambar di atas. Strava memang suka belanja lebih. Saya standard la, pace siput, pace 9 atau 10. 😁

Pada hari Ahad pula, suami off kerja. Ajak dia beriadah jauh sikit dari rumah. Kami pergi ke Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Seri Iskandar. Lebih kurang 40 minit dari rumah kami di Lumut, Perak.

Saya dan keluarga pernah tinggal di Seri Iskandar, dari tahun 2003 hingga 2012. Dulu selalu bawa anak-anak yang waktu tu masih kecil, main di taman tasik UTP ni. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain. 

Orang ramai boleh je masuk untuk beriadah di taman UTP ni. Sebaik masuk melalui pintu utama, ada lorong kecil belah kiri, menghala ke taman ini, sebelum pondok pengawal. Banyak tempat parking di sediakan.


Dah ada tambahan dari segi keluasan taman. Ada tambah beberapa dinasour la pulak. Lamanya tak datang sini. Sesuai sebagai tempat riadah seisi keluarga. Saya apa lagi... pantang jumpa tempat best, tinggal laki kat belakang. Lari sorang. 😁

Hari Ahad, agak ramai orang. Tapi, tidak lah sesak. Ramai students kot. Sebab dia orang semua macam pandai-pandai, dia orang stay belah kiri laluan jogging. Jadi, runner yang laju boleh potong belah kanan. Biasa, kalau non runner atau taman awam, depa tak tau rules ni, habis satu laluan jogging tu depa conquer, orang nak potong pun susah. Kalau slow, jangan block orang. Macam bawa kereta di jalanraya juga, muatan berat stay lorong kiri. Gitu ler..


Asal jumpa dinasour je, berenti lari, selpiaq sat.

Lebih kurang 2 km ikut laluan jogging paling luar. Ada laluan belum siap sepenuhnya, masih pasir dan berbatu. Tapi tak de masalah pun, bagus training untuk trail. 2 km kira satu pusingan bagi saya, agak luas juga la. Ada beberapa tasik juga. Tasik ke kolam? Lombong tinggal sebenarnya, kan.

 

Bila dah pusingan ketiga, baru jumpa suami tengah duduk berehat di satu tempat. Saya sambung jalan dengan suami pulak.

Tolong! T-Rex dah makan laki aku!

Lain kali, boleh datang awal sikit. Kalau pukul 8 lebih camtu, dah panas la!

Selpiaq dengan mammoth pulak


Sempat berlarian sejauh 6 km di taman UTP. Alhamdulillah. Cukuplah 10 ribu langkah.

Camana hujung minggu anda? Kakak saya yang dari Kuching pun datang ke KL, masuk event larian Twincity. Pastu, airport sesak. Long weekend bagi orang Sarawak. 

Baiklah. Jumpa lagi, ye.

12 comments:

  1. Cerita tentang UTP, tahun 2018 pernah ke sana jalan-jalan ke tempat belajar Abang Farid.
    Hujung minggu kami habiskan di rumah kakak ipar yang baru balik haji. Ada doa selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Seri Iskandar memang lokasi bagus untuk belajar. Tempat makan pun banyak, untuk pelajar-pelajar. Untung anak Amie, dapat belajar di universiti yang bagus.
      Alhamdulillah, selamat pulang dari tunaikan haji, kakak ipar Amie.

      Delete
  2. Kena tinggal seorang di rumah. Biasalah jaga ikan. Takpelah ada hikmah. Nanti saya pula sakan jalan-jalan. Mana tahu. Insya Allah.
    Oh ada kenangan di UTP. Saya ada kenangan dengan universiti saya. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, NA, duduk sorang pun best juga. Saya pun suka kalau dapat spend time alone, tapi kurang berkesempatan akhir-akhir ni.

      Delete
  3. Dinosaur tu kalau Opick nampak confirm dia tak nak balik tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, budak-budak suka dinasour kan, SA. Masa saya pergi tu, ada la budak cuba nak panjat tanduk mammoth tu. Patut ada papan tanda melarang untuk panjat dinasour. Sebab budak-budak suka panjat. :)

      Delete
  4. Jauhnya Nur pergi berjogging. Tapi sekali-sekala ubah pemandangan baru la tak boring berlari kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, Carneyz. Bila suami tak kerja, baru dapat peluang jalan jauh sikit. Betul sesangat, lari tempat yang sama, bosan juga.

      Delete
  5. menarik...ada dinasour...sambil lari, sambil photoshoot..

    ReplyDelete
  6. tak cukup power kalau charge usb laptop. Kena guna power supply gak tu baru loading battery. Jauh berjogging tu Kak Nur. Pertama kali masuk UTP ni masa anak buah konvo. Baru tahu ada Dino kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul cakap Fizah.
      Baru juga la Fizah, dia tambah dinasour-dinasour kat taman tu.

      Delete