Wifi sudah ok

 Rabu, 18 Zulkaedah 1444 Hijrah.

Pagi tadi, lebih kurang pukul 9.30 pagi, orang TM datang, baiki kabel fibre yang putus digigit kera.


Technician adalah cerita sikit dengan suami, sambil-sambil buat kerja. 

Memang kawasan sini, banyak rumah yang alami masalah macam kami, talian internet terputus. Macam kami, bernasib baik juga, sebab dapat kesan kerosakan kabel tu di mana, iaitu di depan rumah saja.

Ada rumah, tak tahu mana tempat nak baiki, jadi technician perlu trace kabel sambil naik kereta, cuba cari mana kerosakan yang bole dinampak.

Technician TM juga berpesan pada suami, supaya jangan marah pada kera-kera yang melintas atas kabel-kabel ni. Pulak dah. Awat pula, kan?

Dia pun cerita la, ada satu rumah tu, baling mercun bola kat segerombolan kera yang melintas, baling bertalu-talu pula mercunnya. Nak tahu apa berlaku esoknya?

Kera-kera tu balas dendam, ok. Esoknya, kera tu bawa geng lebih ramai, dia cabut bumbung rumah. Ada lah 2-3 tile bumbung jatuh ke bawah, pecah. Kompressor aircond yang ada luar rumah, kan, 2 biji jatuh ke bawah, kau!

Apakah? Serius la? Betul, dia kata, beriya-iya dia ulang pada suami, jangan baling mercun bola! Kera jenis intelektual, yang pandai ambil tindakan seperti manusia ni. Tak mustahil beberapa tahun akan datang, jadi macam filem Planet of the Apes pulak, spesies beruk, monyet, kera vs. manusia. OMG. 

Suami pun cakap dengan saya, lepas technician tu pergi, mungkin kera tu gigit kabel internet kita orang, sebab dia pun ada baling mercun bola juga. Pandai kera tu pilih kabel ye, untuk digigit, tepat kena kabel rumah kami, bukan kabel rumah orang lain. Hahaha... 


Selesai je technician ganti kabel baru, kami pun buat projek mencantas pokok tempat kera selalu melepak depan rumah, sambil lompat turun naik, turun naik, macam atas trampoline atau pun sekadar lepak cari kutu atas badan kawan dia.

Sila bandingkan kedua-dua gambar di atas ye. Atas nasihat orang TM, kami cantas la pokok tu.

Alhamdulillah. Talian Wifi di rumah sudah pulih. Harapnya, tidak berlaku lagi, kejadian kabel putus ni. Dah tu, tak payah baling mercun lagi, nanti kera balas dendam. 🙈

Sekian.

28 comments:

  1. Aduhai kera!
    Kenapalah nakal sangat?

    ReplyDelete
  2. Panggil perhilitan suruh amek tindakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Wak. Saya sudah take note.

      Delete
  3. dh jd cerita planet of the aPes pulakk.. huhuhu 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. banyak sangat tengok movie saya ni, ye, Wak.

      Delete
  4. alahai... jenuh jugak je depan rumah jadi laluan kera plak. apa pun, alhamdulillah dah ok & pokok2 pun dah cantas...

    ReplyDelete
  5. kurang ajar punya perangai baling baling mercun... ingat kita beli rumah ni guna daun ke? apa dia ingat cukup sekadar meletup je ke? kalau terbakar rumah org ko nak ganti??? eeee geram lak sy!!!😡

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabor, sabor. Hehe...entah la, Anies, saya pun tak tahu kenapa orang tu buat camtu, kot nak halau kera liar pun, kan. Kita kalau dengar bunyi mercun sekali, tiba-tiba, pun dah terkojut kan.

      Delete
  6. Mungkin majlis perbandaran boleh pindahkan kera2 di sini ke kawasan hutan simpan supaya tak mengganggu kawasan kediaman manusia. Sebab nampaknya kejadian ni berlaku berulang2 kali. Kalau saya, letih asyik kena panggil org TM baiki line asyik dikokak oleh kera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Carneyz. Saya tak berapa mengharap dengan majlis perbandaran sini. Sebab apa yang berlaku sekarang, sebab salah PBT juga.

      Delete
  7. tapi betul jugak kata adik tu kak, kera ni memang jenis pandai dan dendam. Mujur dia ingatkan suami akak.. harap lepas ni takde dah gangguan kera bila pokok tu dah takde kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Dana. Harap-harap gitu la. Akak baru tahu, Dana, yang kera ni pandai simpan dendam.

      Delete
  8. Nasib baik segera dibaiki.
    Ya jangan kacau kera. Hehe tebang terus pokok yang dekat dengan kabel untuk keselamatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tebang pun pokok. Cantas je, NA. Gergaji rumah tumpul. Parang kentot je yang masih tajam.

      Delete
  9. alhamdulillah...masalah WIFI sudah selesai, yang tak selesai masalah kera kerana mereka akan berkoloni dan berkembang biak...boleh adukan kepada Jabatan PERHILITAN untuk hapuskan kera tersebut...sama ada tangkap atau tembak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Encik Hanafi. Saya sudah take note.

      Delete
  10. Repot juga ya Mbak kalau wifi terputus. Begitulah karena keseharian kita sudah terbiasa dengan internet, saat wifi terputus benar-benar merasa sangat kehilangan.
    Masih banyak kera ya disana Mbak?
    Semoga gangguan wifi nya tak terulang lagi.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Pak Asa. Rumah saya berdekatan dengan taman paya bakau, habitat semulajadi kera-kera ini. Dulu, masuknya percuma. Tapi sekarang, taman kera sudah dikenakan bayaran, jadi tiada pengunjung. Kera-kera pun sudah biasa diberi makan oleh manusia. Disebabkan tiada makanan di sana, kera-kera masuk ke taman perumahan saya.

      Delete
  11. pandai revenge kera2 ni ya...tangkap, bubuh dlm zoo, baru adan uke...semoga kejadian begini tidak berulang lagi..

    ReplyDelete
  12. widi lancar, connect to the world pun lancar. semangat!

    ReplyDelete
  13. Saya agak takuut lah kak dengan kera 😅😅. Pernah dikejar dulu, agak trauma jadinya. Tapi memang kera tuh hewan pintar. Dia bisa saja balas dendam kalo disakiti, apalagi kalo dah bawa gerombolannya 🤣

    Semoga esok2 tak terjadi lagi yaa, kabel WiFi digigit mereka 😅

    ReplyDelete
  14. Ye la, Fanny. Sama kita. Sebab gigi dia tajam, seram, kan...

    ReplyDelete
  15. mcm pernah lalu di kejiranan nie...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ye ke... kalau lalu, mai la singgah. :)

      Delete