Makan di PAKAR

Jumaat, 20 Zulkaedah 1444 Hijrah. 

Salam Jumaat, semua...

saya rehat sehari semalam, tidak online. Memandangkan kita sudah di bulan Jun, sudah separuh tahun, saya tengok semula target untuk tahun 2023 yang saya ada buat di awal tahun. Ada yang saya sudah pun buat, tapi tidak konsisten. Itu yang saya nak cuba perbaiki. Jadi, saya pun buat jadual. Saya akan online untuk update blog ini, selang sehari. Bukan lagi hari-hari seperti sebelum ini. Sebab saya telah mengabaikan projek kait. 🙈 Tak mau la camtu, projek kait tak siap-siap. 

Pagi tadi, saya pergi lari, seperti biasa.

Larian pace siput sejauh 7 kilometer.

Si Puteh tu, datang pada saya semasa nak ambil gambar dia. Selalunya, dia tak pedulikan saya pun, sebab tengah tidur. Kalau sudah terjaga pun, dia masih buat dek je. Si Puteh ni, selalu lepak di perhentian teksi berdekatan terminal feri ke Pangkor.

Lepas lari, saya dan suami pergi sarapan. Lokasi, di Pasar Komuniti dan Karavan atau ringkasannya, PAKAR, Seri Manjung.

Roti bakar telur goyang with baked beans, harga RM6.

Konsep makan di sini, seperti di food court. Kita pergi ke kedai mana satu, kita nak makan. Buat pesanan, bagitahu nombor meja. Orang kedai akan hantar pesanan ke meja bila sudah siap. Boleh bayar pada dia. 

Mula-mula, saya pesan hidangan di atas, roti bakar. Lepas tu, bila kembali ke meja, alamakkk... ternampak kedai depan meja ada jual mee rebus. Jadi suami cadang tukar, dia makan roti bakar goyang, saya makan mee rebus.

Mee rebus, harga RM5

Sedap, mee rebusnya. 😋 Lepas makan, suami tanya, takde kuih-kuih ke? 

Saya pun pusing, tengok kedai-kedai yang ada. Kuih banyak yang sudah habis. Tapi jumpa satu kedai kek. Dia berniaga sambil bawa anak kecil. Anak kecil dia boleh tidur nyenyak, dalam buai di belakang gerai. Untuk info pembaca sekalian, agak bising juga keadaan di tempat makan PAKAR ni. Itu, tidak termasuk persembahan live dari buskers. Ye.. ada persembahan, ok. Makan sambil dengar lagu.

Saya kagum dengan budak kecil yang boleh tidur dalam keadaan bising. Sebab anak saya dulu, masa masih baby, bila lori surat khabar lama lalu je,"Surat khabar lama... old newspaper...!!" anak saya mesti terjaga. 😅 

Kek lotus biscoff dan kek mangga

Jadi, saya pun beli dari adik yang jual kek ni. Harga sepotong kek, RM5. Dua potong kek, RM10.

Alhamdulillah. Kek dia, kurang manis. Ada rasa-rasa, tapi tidak kuat, gitew...

Oi, makan kek pulak. Diet apa cerita? Saya 2-3 hari ni, memikirkan, patutkah saya berlapar dan stay kurus, atau pun makan seperti biasa, dan rasa lebih happy? Saya rasa, saya mudah naik angin bila saya tak dapat kopi. Betul! Walaupun saya tahu, kulit muka saya lebih cantik bila saya tak minum benda manis. Itu dari pemerhatian saya sendiri, bila tengok cermin. Kulit lebih cerah dan licin. Tak ada jerawat pun, bila saya stop gula. Saya cubalah, ok, setakat mana saya mampu. Banyak benar alasan, kan. Bila bangun dari duduk, ada rasa light headed, gelap mata sesaat. Ini memang saya ada alami dari dulu. Kalau saya ambil bacaan gula dalam darah, mesti rendah. Pernah saya test, nurse tu tanya saya, "Sudah makan ke?" 

"Sudah", saya jawap. 

Lepas tu, dia kata, biasanya bila sudah sarapan, tahap gula tu, 5 ke atas. Ini saya, 4 saja. 

Itu yang saya makan kek tu. Tapi bukan selalu ok. Ni baru makan, setelah 9 hari diet. Mungkin sebab saya lari hari-hari, banyak gula terbakar. Lemak ada lagi, banyak. Hehe... kenapa badan kita bakar gula dulu, baru lemak?

Jawapan dari google

Entah, I don't understand. 🙈 Jadi, kalau nak bakar lemak, kena bersenam berapa lama?


Lebih 20 minit. Nak lebih bagus, 1 jam bersenam. 

Oh, nasib baik sesi larian pagi tadi, selama 1 jam 20 minit.

Ok la. Makan saja la. Kalau tak makan, rasa tak ada tenaga untuk berlari. Makan secara sederhana. Jangan melampau sampai gendut, ok. Hehe... jumpa lagi. 😊

24 comments:

  1. Haah Puan Nur bersenam, guna banyak tenaga. Jadi kena seimbang antara makan dan bersenam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari keseimbangan tu la yang sedikit payah, NA.

      Delete
  2. Memang rendah bacaan gula Nur, walaupun lepas makan bacaannya 4. Cantiknya....saya paling rendah pun 4.8 hihihiiii. Itu selepas makan bakso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rendah juga tu, bacaan gula dalam darah, Amie. Bila Amie sebut bakso, terbayang kesedapannya, bila makan panas-panas.

      Delete
  3. Amboi mcm2 dia mkn.. kalau org aktif mcm nur kena mkn lebih jugak sbb kalori byk dh terbakar ms berlari.. ok la tu byk mkn byk lari.. balance jugak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak lebih banyak dari lari, kakmim. Itu pasal berat tak turun-turun. Tapi sekarang, sudah insaf dan sedang usaha. Hehe..

      Delete
    2. typo. *makan lebih banyak dari lari

      Delete
  4. Baru menyadari kalau memang sudah pertengahan tahun. Target apa ni yang belum tercapai mulai terpikir lagi hehe

    Wahh kulinernya bikin perut keroncongan, Kak

    Salam kenal yaa kak🥰

    ReplyDelete
  5. Saya biasanya liat dulu nak workout apa saat itu kak. Kalo nak workout pakai dumbell, saya sarapan dulu, tak usah banyak. Baru workout pakai dumbell sejam.

    Tapi kalo sebatas cardio atau lari, saya tak nak makan. Cardio dulu sejam, baru istirahat sejenak, dah tuh makan. Biar yg dibakar lemak, karena tak ada pemasukan gula kan.

    2 tahun pakaj cara ini, lumayan sih, bikin berat badan saya stabil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cakap Fanny. Saya juga tak pernah makan dulu, sebelum berlari. Patut badan Fanny kecil molek saja, bukan setakat cardio, ada buat weight training juga. :)

      Delete
  6. Habis lari pagi lanjut sarapan pagi yang nikmat...sedapnya liat mie rebus..salam kenal kak😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Mreneyoo. Terima kasih, singgah sini.

      Delete
  7. kek lotus dan kek mangganya kelihatan lembut dan creammy..

    mee rebusnya suka karena ada tauge dan telur rebus

    roti bakar n telor goyang plus kacang kedelai best for breakfast

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, kek juga rasanya tidak terlalu manis, sedap, saya suka kek rasa begitu.

      Delete
  8. tujuan makan untuk dapat tenaga...jika tenaga tidak digunakan secara penuh ..maka disimpan untuk jadi lemak...diet pula ada pelbagai tujuan...saya diet untuk mengurangkan peratusan lemak dalam badan supaya otot lebih kekar hehehe

    ReplyDelete
  9. Sedap mi rebus!

    Banyak kesan baik dari segi kesihatan bila kita kurangkan pemakanan manis.

    Saya pun tak boleh nak blogging hari2. Nanti tak terkejar hal lain. Tak reti nak disiplinkan masa 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Ujie, boleh tahan sedap, mi rebusnya.
      Betul, memang sepatutnya, kita kena kurangkan pengambilan benda manis, kan.
      Samalah kita. Banyak lagi kerja lain perlu diselesaikan, selain blogging ni.

      Delete
  10. betul ke kek tu harga rm5? macam tak percaya je... sbb lazim kalau ada biscoff auto kek jadi mahal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Anies. Itu yang saya ada describe di atas, ada rasa-rasa, tapi tak mewah, rasanya. Berpatutan harganya, RM5.

      Delete
  11. sedapnya mee rebus...rendah bacaan gula 4 selepas makan, metabolisme bagus..

    ReplyDelete