And the journey continues...

 Jumaat, 13 Zulkaedah 1444 Hijrah.

Rasa macam baru je hari Jumaat. Hari ni dah hari Jumaat. Cepat betul masa berlalu, lebih-lebih lagi masa cuti sekolah. 😁

Diet suku suku separuh continues...

Makan tengahari semalam

Suami goreng sayur pucuk paku. Saya isi sayur separuh pinggan. Ayam masak sambal seketul, dan nasi suku pinggan. 

Ok, makan suku suku separuh ni. Tapi in between tu, rasa lapar. Saya biasanya, pergi buka peti ais, ambil coklat, kit kat ke, buka balang biskut, ambil chipsmore sekeping ke. Tapi semalam saya tidak berbuat demikian. Proud of myself, sebab berjaya tahan keinginan makan jajan. Bila lapar, minum air masak sahaja.

Selepas zohor, keluar, ajak suami, pergi beli buah. 

Sambil jalan-jalan, bungkus nasi kandaq Pantai Remis untuk anak-anak. Beli sate Sungai Wangi, dekat Ayer Tawar. 

Jadi, itulah dinner saya semalam. Sate ayam dan daging. Juga, ada buah tembikai. Alhamdulillah.

Hari ini, Jumaat

Bangun pagi, sediakan sarapan untuk anak kedua yang ada kelas tambahan pukul 8 pagi. Perangat nasi kandaq semalam, untuk anak sulung dan anak bongsu makan. 

Basuh kain. Subuh. Sidai kain. Siram pokok. Hantar anak. Kemudian, saya pergi tempat jogging, walaupun sudah pukul 8. Dah lewat. Selalunya, saya lari pukul 7. Tapi apa nak buat, family first. 

Larian Jumaat

Takpe la, muka hitam pun, kena matahari. Asalkan hati tak hitam. Ayat sedapkan hati sendiri. Lari sehingga cukup 10 ribu langkah, iaitu 5.59 kilometer. Jadi la. Nak buat lebih, tak tahan wei... paneh bebenor...

Bila balik rumah, suami sedang potong rumput, guna mesin. Dia pun join saya juga, sedang diet dan misi menurunkan berat badan. Dia obese kelas 1, saya pula overweight sikit. Sikit ler, sebab BMI 25.4. 

Kalau BMI 25 ke bawah, baru BMI normal. Suami balik kerja shif malam, sebab dia tak boleh beriadah, at least dia keluar peluh juga, tolak mesin rumput tu.

Oh, dia siap rebus telur lagi, untuk sarapan.

Alat rebus telur

Siapa ada alat rebus telur ni di rumah, angkat mouse! Hehe...

Dah tanya suami, dia isi air panas sampai penuh, baru telur jadi 3 suku masak.

Hari tu, saya isi sampai ke garisan paling atas, dia jadi suku masak je. Lagi pun hari tu, telur besar, AA.

Hari ni, guna telur gred C, ok, menjadi, 3 suku masak.

Pagi tadi, saya dah siap mandi, suami masih belum masuk rumah. Suruh dia stop, sambung esok, sebab sudah pukul 10 pagi. Tak boleh main panas sangat. Semalam, saya cabut rumput dan siram pokok tengah panas, pagi ni bangun, rasa tekak sakit, macam nak demam. 

Tapi sekarang saya dah ok. Kena minum air masak banyak-banyak.

Sarapan pagi Jumaat

Sarapan saya ialah pisang separuh pinggan (2 biji pisang). Besar pisang saya beli, semalam. Tak tau pisang apa. Pakai beli je. Dia lebih besar dari pisang berangan. Telur 3 suku masak, 2 biji, dan roti bakar 2 keping, dibiar kosong. Sebelum ni, saya bila makan roti bakar, suka sapu butter. Ya Allah... wangi bila kita bakar roti guna toaster, kemudian kita sapu butter yang diambil segar dari peti ais. Kemudian butter itu melt di atas roti bakar yang masih panas. Astaghfirullah azim... korang tolong makan bagi pihak saya, ye. Saya makan roti kosong je. Huuu... Ye, saya tahu. Kena tukar roti putih ke roti whole wheat. Habiskan dulu roti ada di rumah ni, ye. Jangan membazir.

Alhamdulillah. Rasa kenyang. Rasa macam patut makan sekeping je, roti. Atau mungkin sebab pisang besar.

Ok. Tu jer perkongsian kali ini. Jumpa lagi. 😊

16 comments:

  1. Rasa bersemangat jugak nak tiru Nur buat DSS ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marilah Carneyz, join saya. Still boleh makan nasi, cuma kurangkan je. :)

      Delete
  2. Tempat saya pun panas ...sangat panas memang tahan untuk aktiviti luar rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ye ke.. kena limitkan masa di luar kan, macam tu.

      Delete
  3. comel alat rebus telur tu.. heheh. memang suka breakfast gaya gitu. lebih sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun gitu juga. Walaupun cuma telur dan roti.

      Delete
  4. teringat lagu 'nyonya bangun pagi siram pokok bunga'...makan pisang mengenyangkan..

    saya target 6,000 langkah sehari..Alhamdulillah, boleh capai...next boleh target 10 ribu pula...ahaks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok bunga melur, tanam tepi kolam. Eh... hehe...
      Kipidap, nohas. Yeh... mari kita tingkatkan usaha, menyambut seruan kerajaan, 10 ribu langkah sehari. Chewah...

      Delete
  5. pisang montel agaknya kak..hehe,saya pun ada bekas rebus telur tu tapi awal-awal je semangat guna last sekali terperuk dalam store

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa... betul la tu, Afzan, pisang montel. Memang montel pun rupanya.
      Laaa... awat terperuk dalam store. Sangat bermanfaat. :)

      Delete
  6. Hehe jangan paksa sangat. Kalau tidak buat senaman yang banyak bakar lemak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat senaman yang banyak bakar lemak tu, tak berapa nak mampu, buat masa ni, NA. Bila berkesempatan, Insya-Allah.

      Delete
  7. dalam cuaca panas sekarang memang x bleh nak lama2 ddk luar. sy dok luat setengah jam rs dah lencun yakmat baju ni... walaupun ada angin tp x terasa langsung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Anies. Kena minum air suam banyak juga, nanti boleh pening kepala, tanda dehidrasi.

      Delete