Buat muffin pisang

 Ahad, 15 Zulkaedah 1444 Hijrah.

Semalam, hari Sabtu, saya ada cakap, saya punya cheat-day, kan. Tapi, cheat-day saya, dalam kategori terkawal lagi. Sebab saya tak rasa macam gendut pun. Walaupun saya tak ikut sangat diet suku suku separuh (DSSS) tu.

Makan tengahari Sabtu

Saya makan pita kebab, dan pisang sebiji. Pita kebab tu, saya beli di pasar pagi Bota Kanan. Sedap juga. Dia punya perapan daging tu, ada rasa macam sate.

Makan malam pula, saya, suami dan anak sulung makan luar, di kedai tomyam dekat rumah.

Makan malam Sabtu

Pesan nasi 2 pinggan. Saya dan suami share nasi, separuh-separuh. Minta pinggan kosong satu. Lauk yang kami pesan adalah kailan ikan masin, ikan kembung masak tiga rasa, telur dadar, ayam masak merah dan tomyam campur. Alhamdulillah.

Anak sulung sudah nak balik ke Dungun hari ni. Lepas Asar, kena hantar ke stesen bas. Nanti, raya haji yang akan datang ni, dia akan balik Perak lagi, Insya-Allah. Kulu kelor, kulu kelor, orang perak cakap. Padahal lebih 400 kilometer tu, sehala. Kalau tinggal sana, nak makan apa? Sana macam Kelantan juga, kalau raya haji, tak ada kedai yang buka. Dah semua kawan-kawan balik, takkan nak tinggal sorang. Seram pulak kang.

Ahad

Bangun awal, sebelum pukul 5 pagi. Hujan turun. Nampak gaya, tak dapat pergi lari hari ni. Saya tengok, pisang atas meja sudah masak ranum. Nak buat cokodok ke, nak buat muffin? Buat cokodok, goreng. Kalau buat muffin, bakar dalam oven. Saya pilih untuk buat muffin.

Sebelum masuk oven

Saya guna tepung naik sendiri. Tak letak soda bikarbonat. Kalau guna tepung gandum biasa, kena letak baking powder dan soda bikarbonat. Sebelum-sebelum ni, bila buat muffin, adunan akan melimpah keluar semasa dimasak. Saya letak adunan kurang dari tiga perempat bekas muffin tu. Saya tabur chocolate chips. Lagi satu, saya guna gula perang, bukan gula putih.

"Gula perang mempunyai nilai kalori yang kurang sedikit iaitu 15kcal berbanding gula putih 16.3kcal, tetapi perbezaan tersebut sangat minimal dan tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada gula perang. Perbezaan utama adalah dari segi warna dan rasa sahaja." - dari google

Sikit benor beza nilai kalori. Tapi, sikit pun takpe la. Make the best of what you have. 

Muffin pisang, sudah masak.

Lepas Subuh, saya jogging dalam rumah sahaja, sebab masih hujan. 

Indoor running Ahad, 9 kilometer.

Saya berhenti jogging bila suami balik kerja. Dia bawa balik sarapan.

Sarapan pagi Ahad

Saya makan nasi suku pinggan, ayam kicap seketul, dan buah oren, separuh pinggan. Oh, dan saya makan muffin pisang satu.

Boleh tahan sedap, muffin pisang with chocolate chips. ๐Ÿ˜‹

Saya cubalah ye. Tak ada lah strict sangat DSSS tu. Saya still kena masak untuk anak-anak. Jadi, takkan nak tengok je kot. Mesti nak rasa sebiji. Hehe..

Orait. Salam hujung minggu. Eh, besok masih cuti la. Yay! Anda pergi jalan-jalan mana tu?

10 comments:

  1. Hmmm...muffin pisangnya menggiurkan, Mbak. Apalagi ditambah coklat chip diatanya. Sangat mengundang selera.

    Btw, Mbak menulis di blog setiap hari rupanya. One day, one post ya Mbak. Saya paling banyak baru bisa update tulisan ke blog 2 post per minggu.

    Salam persahabatan,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Pak Asa. Memang enak, muffin-nya. Alhamdulillah.
      Saya cuba untuk update blog setiap hari, Pak Asa. Tapi kadang-kadang banyak urusan, sibuk, tak dapat juga update.

      Delete
  2. Suka bake kek pisang juga dulu.. moist2 sedap. Adik pula suka garing2 haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Teksture dia lembut, moist-moist gitu. :)

      Delete
  3. Ahad sambut harijadi mak di Hotel La Crista. Macam biasa sambut harijadi keluarga di sana.
    Hehe jangan ketat sangat diet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, bestnya, sambut birthday mak di hotel. Makan-makan.
      Tak la, NA, saya tak mampu sentiasa DSSS. Tengok keadaan juga.

      Delete
  4. wahhh dan lagi buat muffin...๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘makan muffin panas2 memang layannnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann... makan sampai pejam-pejam mata gitew.. menikmati.

      Delete
  5. elakkan sebarang gula jika nak defisit kalori...jika nak manis boleh cari stevia ..BTW

    ReplyDelete