Pasar pagi Bota Kanan

 Sabtu, 14 Zulkaedah 1444 Hijrah.

Pada setiap pagi Sabtu, jika suami tidak bekerja, kami suka pergi ke pasar pagi Bota Kanan. Lebih kurang 35 kilometer dari Lumut. Jika ikut lebuhraya WCE, lebih kurang 38 minit.

Kenapa suka sangat pergi sini? Sebab macam-macam ada. Makanan, bahan mentah, barang dapur, baju, tudung, buah-buah, sayur-sayur, macam-macam lah. 

Sayur yang saya tak kenal pun ada. Yang saya tak pernah masak. Kalau cari sayur kampung yang rare, datang la ke pasar pagi Bota Kanan. 

Ajom, kita jalan-jalan di pasar pagi Bota Kanan.

Dari kanan, gerai ada banner hijau adalah gerai putu perak, gerai nasi lemak, gerai putu mayong (putu mayam) dan gerai ayam gunting

Yeh... pilih, pilih. Nak makan apa. Tu pasal saya declare hari Sabtu sebagai hari cheat-day saya! Kikiki... tapi, hari ni, buat pertama kalinya, saya takde lah beli makanan banyak seperti sebelum ni. Ada kawal sikit la, nafsu membeli makanan tu. Haaa... sambung jalan...

Dari kanan, gerai ayam gunting, yang ramai sampai tak nampak tu, cendol, diikuti gerai jual pelbagai air balang

Jika anda zoom-in gambar di atas, ada ternampak pakcik bawak bakul pink, itu lah suami saya. Dia tengah usha cendol. Ramainya orang kerumun pakcik cendol tu. Suami saya pakai topi rambut tu, dia beli kat shopee, harga RM7. Buang tebiat orang tua ni. Al-maklumlah, kalau nak tunggu rambut asal panjang, memang tak la, rambut pun tinggal separuh kepala je. Kikiki... kome diam-diam, jangan cakap kat dia. Bila rambut di topi itu cacak ke atas, saya tengok udah rupa macam Naruto. Ish.. ish... asalkan suami bahagia...

Pakcik cendol niaga guna motor je. Cendol sedap! 😋

Kucing datang kat kaki suami, dia bau dalam bakul, ada ayam gunting, baru beli. 

Cendol satu! Harga 2 ringgit.

Cendol tidak terlalu manis, cukup rasa. Segar bila minum. Terbeliak biji mata. Ahhh... leganya... 

Chiang Mai Mee Goreng

Mai singgah gerai ni. Suami beli bihun goreng, saya pula, nasi goreng. Belakang adik tu, dia sedang goreng kuetiau. Dia masak tang tu jugak, jual panas-panas. 

Depan gerai mee goreng ni, ada jual yang ni pulak...

Jual racun serangga perosak. Sebelahnya jual baja untuk tanaman.

Sebelah gerai jual baja, ada jual serbuk kopi kisar. Sebelah gerai mee, ada jual sushi melayu, dan pelbagai jenis kek.

Suami sedang lalu gerai jual pelbagai biskut dan gula-gula yang siap dibungkus.

Gerai jual daging segar. Sebelahnya, jual ayam

Kalau beli daging sini, tanya dulu, tau, daging apa? Sebab selain lembu, daging kerbau juga turut dijual. Saya dulu masa mula-mula pindah ke Perak dari KL, tinggal di Seri Iskandar, saya beli daging je, sebab murah. Biasa beli daging setengah kilo je masa tu. Bila dah lama, baru terniat nak tanya, ni daging apa, bang? Rupa-rupanya, daging kerbau. Kih kih kih... takde beza pun, bagi kami, lembu ke kerbau. Lebih kurang je, rasanya. 🙈 Tapi sebenarnya, kalau perati betul-betul daging mentah ni, daging kerbau slightly darker than daging lembu. 

Ada juga beberapa gerai jual ikan sungai, dari sangkar. Udang galah kaki biru pun ada. Ramai orang, tak boleh ambil gambar.

Gerai jual pelbagai jenis kacang rebus

Kacang ni, regular beli. Kacang tanah ada, kacang kuda pun ada.

Kepok lekor!

Keropok lekor ni pun, wajib beli. Yang keping-keping dipotong nipis tu, kita orang boleh habiskan sambil dalam kereta, balik Lumut. Ye la, suami sambil mandu kena munch-munch sesuatu. Elak mengantuk, kerja shif malam.

Gerai jual kitab, buku, Quran, kopiah, tasbih dan sebagainya.

Pelbagai jenis pokok bunga, dan buah-buahan.

Kalau nak cari anak pokok durian, sini macam-macam ada. Cakap je, nak durian apa. Semua jenis ada. 

Makcik ni jual nasi putih, nasi kerabu, nasi dagang. Kadang pulut kuning pun ada.

Gerai nasi ni, pun wajib beli. Portion dia banyak. Bukan jenis berkira. Kita nak kuah sikit je, mintak dengan makcik. Dia akan bagi lebih. Masakan makcik pula bukan jenis cepat basi. Tahan sampai ke petang. Kami tak habis lauk, simpan peti ais awal-awal. Boleh perangat esoknya. Macam orang-orang tua masak dulu. Susah nak jumpa macam ni. Rasa ada, tahan lama, memang dia masak dari hati, nak bagi pembeli dia kenyang dan puas hati. 

Jual buah-buah.

Gerai jual pecal, tauhu sumbat, mi rebus, mi kari, dan rojak pasembor

Yang ni, rojak pasembor dia sedaaaaaapppp! 😋😋 Dia goreng cucuq panas-panas kat situ. Tapi hari ni, saya tak beli. Kawal sikit, nafsu tu. Dah beli nasi goreng tadi, nak beli pasemboq lagi kaaa... 

Kalau anda datang sini. Must try, ok! Portion banyak pulak tu. Kena share makan, yang pasemboq tu, sorang tak habis.

Jual apron, kain ela, sarung bantal, cadar, baju, tilam dan bantal kekabu, dan lain-lain. 

Petai, durian, jering, pisang, dan lain-lain.

Jual tayar motor pun ada. Sebelah dia, jual ikan bilis.

Sayur, sayur, sayur!

Jual jala pun ada.

Jual baju, seluar wanita.

Beraneka kerepek, muruku, kacang-kacang.

Roti kukus Junus

Ini pun biasanya, beli juga. Tapi hari ni, tak beli. Roti dia lembut, sampai ke petang. Biasanya, beli roti kaya butter. Pastu petang-petang pulak, bancuh kopi. Haaa... terangkat!

Selamat dah balik rumah. Banyak barang beli. Penuh bakul. Banyak barang makan je. 

Beli bedak sejuk

Lama tak tepek muka dengan bedak sejuk. Panas-panas ni kan. Semoga putih melepak mukaku macam snow white, maklumlah, hari-hari berlari kena panas.

Putu perak inti gula perang

Inilah rupanya putu perak. Ada 2 jenis, satu yang dalam dia nyor (kelapa), satu lagi, inti gula perang. 

Gitulah kaedahnya. Banyaknya gambar dalam entri ni. Seronok jalan-jalan di pasar pagi Bota Kanan ni, macam-macam ada. Long time ago, sebelum covid, lagi meriah tau, banyak barang antik, macam pasar karat. Tapi dah mengecil sikit la, saiznya. Dulu lagi, panjang. Sekarang, kalau jalan-jalan, adalah lebih kurang 1 kilometer. Itu pun, saya tak pergi semua tempat, yang ada jual bawang-bawang, barang plastik dan perkakasan dapur, dan sebagainya. Sokong orang-orang kita niaga juga. 

Kalau anda ke Perak, jalan-jalanlah ke sini ye. Setiap hari Sabtu. Buka pukul 7 pagi, sampai ke tengahari. 😊

18 comments:

  1. Dulu masa otw ke Kellie's Castle dari bagan serai kami ada lalu pasar pagi x sure area mana tp mmg meriah dan banyak gerai... sy sempat ambik video je dr dlm bas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak pasar pagi di kampung-kampung di Perak ni, kakmim. Selain di Bota Kanan, di Chenderong Balai pun ada, di Lekir pun ada. Saya pun tak pasti kakmim lalu yang mana satu.

      Delete
  2. Ini contoh yang baik. Pergi ke pasar ditemani suami. Dan pasarnya ramai juga ya Mbak.
    Disana rupanya ada cendol juga ya. Persis sama dengan yang ada disini. Disini dalam cendol suka ditambah irisan buah nangka yang manis. Apa disana sama juga Mbak.

    ps. Ini pertama kali berkunjung ke blog Mbak. Tulisan panjang, detil dan mengalir. Enak dibaca.

    Salam kenal dan salam persahabatan dari saya di Sukabumi, west java, INA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Pak Asa. Boleh kah saya panggil begitu?
      Ooo.. di sana pun, ada cendol. Baru saya tahu. Mesti sedap, ada buah nangka. Cendol di sini, ngak ada, pak Asa.
      Terima kasih kerana sudi singgah blog saya. Salam kenal juga, dari saya, Nur, Lumut, Perak, Malaysia. :)

      Delete
    2. Sila panggil saya demikian, Mbak.
      Terima kasih juga Mbak telah berkunjung dan berkomentar di blog saya.

      Salam,

      Delete
  3. salam nur... wah rajin nur pepagi dah gi pasar.. byk ke memborong nya tu? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Ako. Boleh la tahan, penuh satu bakul yang suami saya bawak. Tak cukup tu, siap saya bawa lagi barang kiri kanan tangan penuh. Hehe...

      Delete
  4. wahhh cendol 2 ringgit uncle mcm best je!
    jual tayar motor & jual jala tu agak jarang jumpa hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap, cendolnya, Ana. :)
      Hehe.. itu la pasal. Yang jual tayar motor tu pun, pertama kali saya nampak. Sebelum ni, tak ada pun.

      Delete
  5. jauhnyaaa cari cendol... besar juga pasarnya. macam-macam barang ada. dah macam one stop centre pula pasar ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cendol tu, kebetulan ada. Kadang, uncle cendol tu, MIA jugak. Betul, Anies, macam-macam adaaa... hehe..

      Delete
  6. saya baca sampai habis coretan ini dan semakin seronok dibaca...sudah menghampiri penulisan blogger Anies yang santai dan fun...jangan percaya kata saya selagi tak tanya orang lain hehehehe...BTW kalau ada kesempatan mahu juga melawat pasar Bota Kanan..meriah dengan jualan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Encik Hanafi, sudi baca hingga habis.
      Ye, kalau Encik Hanafi datang ke Perak, singgah la ye.

      Delete
  7. Bestnya pasar tu, macam2 ada. Kalau pasar2 malam area JB ni, banyak dah makanan orang zaman skrg, dah tak ada yg rare macam ni. Seronok ni kalau berjalan rasa tak mahu pulang. Kalau membeli pulak, mahu tak menang tangan menjinjing, nasib ada bakulm eh, kita gelak tengok pakcik pakai topi rambut bawa bakul pink.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Dulu, saya tak bawa bakul, SK. Sakit-sakit tangan jinjing barang banyak. Kalau ada troli, dah lama saya bawak troli.
      Hehehe....

      Delete
  8. Tempat ini jauh dari Ipoh tak kak? Saya planning ke Ipoh dengan teman2, walo belum pasti kapan 😄.

    Saya sukaaaa tempat macam ini. Krn bisa ketemu banyak kuliner dan barang2 yg biasanya tak dijumpai.

    Saya baru balik dari Melaka, dan sedih lah tak ketemu pasembur, keropok lekor, atau memang tak ada di sana yaa?

    Tapi senang bisa puas makan cendol Melaka, laksa 😄😄. Selalu puas kalo kuliner di Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan jauh juga, Fanny, lebih kurang 50 minit, naik kereta dari Ipoh.
      Alamak, takpe, lain kali datang Malaysia lagi, pasti ketemu pasembur dan keropok lekor. Ada, Fanny. Kalau Fanny tak jumpa on the street, lain kali, cuba food court di Lotus Hypermarket. Di Aeon Mall, rumah saya juga ada dijual keropok lekor, bukan setakat di pasar malam atau night market sahaja.
      Sedapnya, Alhamdulillah, dapat makan cendol dan laksa Melaka ye. Tentu sedap! :)

      Delete