Kumpul jarak untuk Runathon

 Rabu, 14 Jun 2023 - Masa hantar anak-anak ke sekolah, hujan gerimis mula turun. Jadi, saya tidak pergi ke tempat lari. Saya lari dalam rumah saja.

Larian indoor Rabu, sejauh 10 kilometer.

Saya tak mampu untuk lari lebih laju. Tapi, saya boleh pergi lebih jauh. Jadi, lebih jauh saya lari, lebih banyak kalori terbakar. Jadi, itu yang saya akan buat. Insya-Allah, setakat mana saya mampu.

Target berat belum tercapai. Sikittt je lagi. Cuma nak jadikan BMI saya dari overweight ke normal semula. Overweight pun, sikit je. Itu yang kalau tengok dari gambar, tak nampak saya macam terlebih berat. 

Sarapan Rabu

Sandwich roti bakar dengan hash brown dan telur mata. Tiada butter, tiada mayonis, tiada sos. 

Masak tengahari

Saya buat nasi goreng, dalamnya saya letak fish cake dan burger daging. 

Khamis, 15 Jun 2023 - Cuaca baik, lepas hantar anak-anak ke sekolah, saya pun pergi lari.

Larian Khamis, 10 kilometer.

Tips untuk nampak kurus dalam gambar, pertama, pakai baju hitam. Kedua, kedudukan, haruslah jauh dari camera. Kikiki.... sekali bila jumpa depan-depan, ha, besar, kau. Dalam gambar, kecik je. Giteww..

Eh, kenapa saya tak ambil gambar apa-apa makanan hari Khamis? Alamak.. lupa la. 

Jumaat, 16 Jun 2023 - Gerimis lagi, di pagi hari. Berangin pula, pokok-pokok bergoyang dan berayun ke kiri, ke kanan, mengikut angin. Kalau ikut kepala, nak juga pergi lari luar. Tapi, takut hujan bertambah lebat, tengok awan di langit pun tebal, berkepuk-kepuk, lari dalam rumah saja.

Larian Jumaat, 10 kilometer.

Nampak tak, ada pelangi muncul, sikit je, dalam gambar di atas? Langit masih mendung.

Petang hari, lepak di kedai tomyam. Sambil makan keropok cicah sos, pesan juga bihun kungfu. Share makan, dengan suami.

Sedap, bihun kungfu. 😋

Sabtu, 17 Jun 2023 - Cuaca baik, boleh lari luar, tapi kena balik awal, sebab nak hantar anak kedua ke sekolah, dia ada kelas tambahan. 

Riadah Sabtu

Hanya sempat lari sejauh 5.1 kilometer sebelum hantar anak sekolah. Lepas hantar anak, saya dan suami ke pasar pagi Bota. Jalan sana, sejauh 1 kilometer. 

Alhamdulillah, saya sebenarnya, ada masuk cabaran virtual run. Untuk bulan Jun hingga Ogos, kena kumpul jarak sekurang-kurangnya 243 kilometer.

Poster Runathon saya

Cabaran ini, dari group Malaysia Women Runners, di FB. Kenapa 243 kilometer? Sebab lokasi Kuala Lumpur. Keluasan KL ialah 243 kilometer persegi. Lepas habis KL, lepas ni, akan ada negeri lain pula. Saya masuk cabaran berbayar ini, sebab ada dapat baju nanti. Cabaran ni, seronok-seronok saja, kalau tak cukup target pun, boleh dapat baju juga, sebab sudah bayar. Lebih kepada nak tambah motivasi berlari, sebab kita buat ramai-ramai, walaupun lokasi lain-lain. Kena update juga di group, jarak setakat mana kita pergi. Jadi, itulah yang buat kita rasa, ha, nak tak nak, kena lari tu. Hehe.. Lagi satu, bukan setakat lari, jarak jalan dan hiking juga boleh dikira.

Walaupun lambat lagi nak masuk Ogos, tapi buat je la mana mampu. Gambar di atas adalah poster saya. Lain orang, lain la designnya, kena letak gambar sendiri, sendiri boleh edit dan nak tambah apa-apa. Di hujung cabaran, siapa punya poster paling cantik, ada peluang untuk menang cabutan bertuah. Nanti saya akan update progress saya untuk Runathon ni, dari masa ke semasa, ye.

Hari ni sudah hari Ahad. Ada plan nak kemana-mana ke? Saya lepak di rumah saja. Selamat beristirehat di hujung minggu, ye. Jumpa lagi. 😊

20 comments:

  1. Sedap mee kungfu tu... sini susah nk jumpa yg sedap di tekak sy... kalau sy suka kuey tiaw kungfu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuetiau kungfu pun sedap juga, kakmim. Kedai tomyam memang pandai masak ni, kakmim.

      Delete
  2. Tak la.. gambar jauh atau dekat, tetap Nur nampak kurus. All the best 'Runathon 243km' tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, SK. Mungkin betul cakap arwah mak saya, nampak keding, tapi berat. Urat dawai tulang besi kot, itu yang berat saya masuk kategori overweight.

      Delete
  3. jangan risau pasal kurus atau gemuk...yang penting terus sihat dan aktif....biasanya orang yang aktif sukar untuk jadi gemuk...tapi bila berhenti aktif maka badan akan naik dengan cepat dan mendadak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la, betul sesangat cakap Encik Hanafi, sebab saya pernah melaluinya.

      Delete
  4. Menarik ada cabaran poster cantik juga selain cabaran berlari/berjalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, NA. Cari motivasi berlari, di samping dapat juga reward atas kerja keras kita. :)

      Delete
  5. Semoga Nur berjaya menghadapi cabaran Runathon 243 KM. Take care ye Nur. Sentiasa jaga kesihatan.

    ReplyDelete
  6. Mula2 saya fikir 243km ialah jarak yang mustahil untuk dicapai dalam 3 bulan tapi bila saya congak2, sebulan kena berlari 81km, jadi sehari kena berlari 2.7km. Saya yakin Nur akan capai sasaran dengan senang sebab purata larian sehari ialah dalam 5km. Caiyok2! 👏🏻💪🏻

    ReplyDelete
  7. Yang penting sehat kak...langsing atau kurus itu bonus nya😀 semangat kak💪

    ReplyDelete
  8. Bestnya boleh consistence lari ni...SA hari2 berjalan je..kalau dikumpul2 x tau la berapa km dah berjalan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA boleh beli jam yang boleh kira steps. Jam mur mur, dah banyak sekarang. Sebab SA selalu naik bas, banyak berjalan.

      Delete
  9. kalau nak nampak kurus ambil gbat jari kelingking je hahaha gurau... mungkin boleh lebih dari 243km tu... chaiyok💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. mekasih, Anies. Nanti saya akan update tentang Runathon ni. Tunggu... :)

      Delete
  10. All the best for Runathon...you can do it!!!

    ReplyDelete